Sunday, January 24, 2010

ADUN LABU ABAIKAN WARGA OKU, Nasib Khairul Nizlan yang Terrencat Akal dan Buta terumbang-ambing



Ladang Labu Bt 10. Masejnya sangat jelas.
Disahkan Buta, Disahkan terencat akal dan berdasarkan Kad Kuning Jabatan Kebajikan Masyarakat bertarikh 29.08.06 Jenis Ketidakupayaannya diklasifikasikan sebagai Masalah pembelajaran
Pelik dan Ajaibnya, Khairul Nizlan Mohd Shah, 18 tahun yang mempunyai KP 910401055137 diistiyarkan tidak layak mendapat bantuan kebajikan masyarakat.....





Ibunya, Puan Kamariah Abdul Rahman, 50 tahun, bekerja sebagai pencuci di Kilang sawit berhampiran dengan gaji bersih RM 300 tidak dapat untuk berkata apa-apa. Apatah lagi selepas pemergian suaminya kerahmatullah beberapa bulan yang lalu.
Lebih malang, anak lelaki bongsunya itu tidak pandai untuk membersihkan diri terutamanya bila membuang air besar.. perlu dibantu dan ditolong ....
Kepada Adun Labu... janganlah tidur, jenguk dan hulurkanlah bantuan dengan kuasa yang ada di tangan Yang Berhormat. Kepada mereka yang sudi menghulurkan bantuan, bolehlah terus ke rumah mereka di Ladang Rumah Kilang, Batu 10 Labu... Kepada Jab Kebajikan Masyarakat, jenguk2lah balik surat tuan bertarikh 18/11/2008, Ruj : PKMD.NS.01/600/04. ....., yang ditandatangani oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban, En Burhanuddin Bachik.... mungkin perlu dibuat penilaian semula.