Friday, March 19, 2010

NOTIS ROBOH GERAI DI TMN GADONG JAYA, LABU. Mengapa "Hulubalang Melayu" tak Menyalak seperti di Penang ?


Utusan Malaysia dengan megahnya dimuka depan menunjukkan gerai orang Melayu dirobohkan sedikit masa lalu di P.Pinang. Nah, sekarang ini di Tmn Gadong Jaya, Labu, Negeri Sembilan notis merobohkan gerai telah dibuat oleh Majlis Perbandaran Nilai.
Menariknya notis dikeluarkan sehari sebelum berlansungnya program JUARA RAKYAT bersebelahan dengan kawasan gerai tersebut pada 6 hb Mac 2010. ,
Di Negeri Sembilan, Kerajaan, MBnya orang Melayu , semua gerai ( 15 orang lebih kurang ) semuanya Orang Melayu dan Majoriti di Labu ni orang Melayu. Tak kan berdiam diri shj. Kalau di P.Pinang, Utusan Malaysia mengaung, "Pahlawan Melayu" rasa terhina, NGO atau Dewan Melayu melalak tentang ketidakperihatin Ketua Menteri Cina, apakah di N. Sembilan, nada yang sama tidak diutarakan?
Pelik dan Ajaibnya, notis berbunyi ....kacauganggu iaitu meletakkan dan menjalankan perniagaan di atas jalan masuk ke balai raya Tmn Gadong Jaya. ( Tempat berlangsung Program Juara Rakyat.)
Sedihnya, hampir 5 hingga 6 tahun mereka berniaga disitu, hanya kerana kononnya Program JUARA RAKYAT yang dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri ( itupun tak jadi datang..), mata pencarian mereka direntap sedemikian rupa... JUara Rakyat apakah ini ?
Lebih menyedihkan, Ketua Pemuda UMNO Negeri adalah anak watan Labu sendiri.. Kita cabar beliau untuk mempertahankan Gerai2 Melayu ini... dan mempertahankan penjaja melayu di Tmn Gadong ini drp tindakan MPN .Adun Labu tak payah nak cakap.... Beliau lebih arif dan mungkin terlalu sibuk untuk mengambil tahun hal2 kecik sebegini agaknya?