Wednesday, August 22, 2012

KENALI PENAUNG MAJLIS PERMUAFAKATAN KEADILAN DUN LABU





        PERIBADI

        Nama : Ismail Bin Ahmad

        Tarikh Lahir: 18 Julai 1956

        Berasal: Kampung Labu Batu 8

        Hobi: Membaca dan Berkebun 


        PENDIDIKAN

        1963-1968 -Sekolah Kebangsaan Labu ulu seremban

        1969 - 1971 - Sekolah Men. Dato Mohd Said Nilai

        1972-1973 - Sekolah Men.Alam Shah Kuala Lumpur

        1974- 1978 - Universiti Pertanian Malaysia Serdang (UPM)

        1981 -1986 - University of Georgia USA


        KELULUSAN


      ·         UPSR - 1968
      ·         PMR  -1971
      ·         SPM -1974
      ·         DIPLOMA PERTANIAN – 1978
      ·         SARJANA MUDA PERTANIAN  - 1984
      ·         SARJANA PENDIDIKAN PERTANIAN – 1985

PENGALAMAN KERJA

·                    Guru sementara sekolah menengah di Seremban, Lenggeng dan Rembau  (1977 – 1978)
·                     Pembantu pertanian  Jabatan  Pertanian Malaysia di Kuala Lumpur (1979)
·                    Pembantu pertanian  Majlis Perbandaran Seremban (1979 – 1986)
·                    Pegawai pertanian Majlis Perbandaran Seremban ( 1986 -2003)
·                    Pengarah Pengindahan dan Seni Taman Majlis Perbandaran Seremban (2003 – 2012)
·                    Bersara mulai 1Jun 2012


          BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

·                  Setiausaha  Agong  Persatuan Malaysia Islam UPM(PMIUPM) (1975 – 1976)
·                 Timbalan  Dipetua Persatuan Pendidikan Islam Negeri Sembilan (PPINS) (1980 – 1982)
·                  Exco Pendidikan ABIM NSDK (1986 – 1989)
·                  Pengerusi Lembaga Sek Rendah islam ABIM (1989 - 1995)
·                  Pengerusi Lembaga sek Men Islam ABIM( 2004 – 2008)
·                  Yang Di Pertua Angkatan Belia Islam N.S.D.K (2002 – 2004)
·                  Yang Di Pertua Persatua Ibubapa Sek SMVP Rembau (1996 - 2002)
·                  Yang Di Pertua Persatuan Ibubapa Sek Men Dato Sheikh Ahmad Seremban ( 2000 – 2010)
·                  Yang Di Pertua Badan Kebajikan Islam Majlis Perbandaran Seremban ( 2006 – 2012)
·                  Yang Di Pertua Badan Khairat Tmn Temiang Jaya ( 2006 – Kini)
·                   Ahli Lembaga Koperasi Belia Islam Malaysia ( 2004 – 2008)
·                  Pengerusi  koperasi Masjid Sikamat Seremban Bhd ( 2006 – Kini)
·                   Ahli Jawatan Kuasa Masjid Sikamat Seremban ( 2008-  Kini)
·                   Setiausaha Agong Persatuan Industri Landskap Malaysia(SILARA) ( 2006 – 2008)
·                   Pengerusi Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) N.S.D.K ( 2008 – kini)
·                    Ahli Majlis Syura Kebangsaan (MSK) (2004 – kini)
    
         PINGAT DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN

·                     Pingat Jasa Kebaktian (PJK) N.S.D.K  -2000
·                     Pingat Jubli Perak Pemerintahan Tunku Jaafar – 2001
·                      Pingat Perkhimatan Masyarakat Cemerlang (PMC) N.S.D.K – 2006
·                     Anugerah Perkhimatan Cemerlang Majlis Perbandaran Seremban ( 1990, 2000 , 2004  dan 2012)

KELUARGA
·        Sudah berkahwin
·         Mempunyai 10 orang cahaya mata( 7 lelaki dan 3 perempuan)
·         Mempunyai seorang cucu lelaki
·         Isteri bernama Hjh Selamah Bti Hj Sulaiman (Bekas guru)
·         Mempunyai 12 adik-beradik ( 7 lelaki dan 5 Perempuan)
·         Keluarga menetap di Labu Batu 8 dan Kawasan sekitarnya.
·     Bapa sebelah ibu merupakan  salah seorang Pembesar  Luak Sg.Ujong Negeri Sembilan iaitu Dato Shahbandar Abd. Kadir Bin Osman. 
·      Adik lelaki bernama Mokhtar Bin Ahmad merupakan calon PKR PRU 12 N20 Labu dan seorang aktivis PKR Cabang Rasah.



Bersama Dr.Siqqid

Melihat kerja-kerja pemasangan lampu jalan bersama  Yb Ng Chin Tsai

Bersama rakan seperjuangan




Turun padang

khusur Landskap

Bersama cucu sulung

Menyampaikan cenderahati dalam majlis keagamaan

Bersama Pak ku dan Dato Fauzi



Bersama Dato Halim


Bersama bekas Adun Labu dan Speker Negeri


Bersama pemimpin Pakatan Rakyat dalam aktiviti masyarakat

Bersama Yb John


CATATAN

Hj Ismail dikenali ramai di Negeri Sembilan terutamanya di Seremban dan Nilai.Oleh kerana beliau
sudah biasa menghiasi muka akhbar-akhbar tempatan mengenai khidmatnya kepada masyarakat
khususnya dalam Majlis Perbandaran Seremban dan NGO di Negeri Sembilan.Beliau mudah untuk
bekerjasama kerana beliau seorang yang peramah ,tidak kedekut ilmu dan berfikiran terbuka dalam
sesuatu perkara.Beliau juga seorang yang tegas dalam perkara yang melibatkan hak masyarakat.Banyak
memegang jawatan dalam NGO oleh kerana beliau mempunyai tahap kualiti kepimpinan yang  bagus
dalam menguruskan sesuatu organisasi/persatuan.Dalam soal politik pula,beliau banyak menyumbang
idea dan pandangan dan melibatkan diri dalam parti secara diam-diam pada mulanya.Selepas beliau
bersara pada 1Jun 2012.Beliau lebih aktif  dalam parti khususnya dalam aktiviti masyarakat dan
keagamaan setempat.Disebabkan beliau memiliki mutu kepimpinan baik, mudah bermasyarakat dan
mempunyai pemikiran yang terbuka.Beliau dilantik oleh Parti Keadilan Rakyat Dun Labu sebagai
Penaung Majlis Permuafakatan Keadilan Dun Labu.Labu Negeri Sembilan sudah sebati dengan
beliau.Disinila tempat bermulanya kehidupan dan kerjaya beliau dari sejak  kecil hingga kini.Mempunyai
saudara mara yang ramai disekitar Labu.Mengenali masyarakat setempat disebabkan beliau mempunyai
ramai kenalan,selalu menghadirkan diri dalam majlis kemasyarakat di sini dan banyak mengutarakan
permasalahan setempat kepada media.



Negeri Sembilan Beraya bersama bendera Pakatan Rakyat

KeADILan Labu mendapat komen daripada kawan-kawan luar Negeri Sembilan dan orang tempatan mengenai suasana hari raya di Negeri Sembilan lain dari yang lain berbanding tahun lepas.Ini kerana kebanyakan daerah di Negeri Sembilan dihujani dengan bendera Pakatan Rakyat.Ianya kelihatan amat ketara bukan setakat di bandar sahaja malahan di kampung-kampung turut kelihatan bendera Pakatan Rakyat berkibar amat megah di sepanjang jalan-jalan utama.Seperti di Rembau,Nilai,Labu,Jelebu,Seremban,Kuala Pilah,Port Dickson dan Tampin.


Antara lokasi berkibarnya bendera Pakatan Rakyat

Kami di KeADILan Labu amat berbangga dengan usaha dan semangat yang ditunjukkan oleh rakan-rakan sepejuangan di Negeri Sembilan.Semoga PRU13 nanti kita dapat merampas kerajaan Negeri daripada Kerajaan Barisan Nasional dan membentuk Kerajaan kita sendiri daripada suara rakyat Negeri Sembilan sendiri.Amin....."Jom Ubah Demi Rakyat Negeri Sembilan"

Lokasi bendera di tepi Jalan Besar

Ubah demi Rakyat Negeri Sembilan

Tuesday, August 21, 2012

BERTAHUN-TAHUN MINTAK SEDEKAH BANTUAN JKM ?

Keratan Sinar Harian



Labu. Pendedahan Akhbar Sinar tentang nasib Tujuh sekeluaga hidup serba dhaif amat dihargai. Detail rujuk Akbar Harian Sinar 21 Ogos 2012 mukasurat 35. Permohonan bantuan yang ditunggu-tunggu bagaikan menunggu buah yang tidak gugur. Difahamkan telah berkali-kali berjumpa dengan wakil rakyat. Kali terakhir pada 21  Januari 2010 seperti yang diberitahu. Bayangkan Insan tua Abdullah Jani 85 tahun dan isteri Echot Abdul Kadir 80 tahun, atas kudrat apa untuk berulangalik menagih sempati agar permohonannya didengar. Agaknya berapa lamakah lagi mereka boleh bertahan. Mereka terus menunggu dan menunggu.. namum hingga sesenja beginipun mereka tidak diendahkan. Melihatkan kepada Nenek Ichot yang terlantar ditambah dengan mengalami sakit jantung dan masalah penglihatan, amat malang keluarga ini tidak diberi keutamaan oleh JKM melalui BOT ( Bantuan Orang Tua ).Alasan yang biasanya standard diberi, tiada pihak yang memaklumkan kepada pihak mereka.

Amatlah menyedihkan JKKK yang diberi amanah untuk menjadi mata dan telinga kerajaan untuk menyampaikan permasalahan rakyat tidak berfungs pada tempatnya. JKM  yang diwar-warkan turun padang pun tidak diketahui padang mana yang mereka pergi. Bahkan jejak E-Kasih pun mungkin tersesat hinggakan " Gajah didepan mata " sebeginipun tidak dapat dilihat. Mungkin JKKK atau JKM atau Squad E-Kasih melihat melalui mata "politik". Maklumlah sebahagian mereka memang sah menjadi  agen-agen UMNO dan Barisan Nasional. Pengerusi JKKK sendiri kalau ditinjau dalam buku pelancaran Jentera Barisan Nasional adalah Berpangkatkan, Naib Ketua Peti Undi.Jadi, adalah tidak mungkin mereka akan buat kerjakerja berdasarkan maslahat kampung atau kawasan yang dikepalai melainkan berpaksikan sentimen politik UMNO -BARISAN NASIONAL. Sempena menyambut Eidilfitri dan Hari Kemerdekaan ke 55 beberapa hari, adalah amat menyedihkan kedapatan jiwa-jiwa pemimpin pemerintah masih kolot dan dibelenggu oleh sentimen politik pilihkasih dalam menentukan sesuatu keputusan rakyat. Tok Abdullah Jani 85 tahun , Nek Ichot,80 tahun dan keluarga adalah satu daripada pulohan atau mungkin ratusan tertimonial kegagalan kerajaan UMNO BARISAN Nasional berlaku adil kepada rakyat . Jadi, apa yang ingin dibanggakan dengan kenyataan Menteri Besar N. Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mengatakan bahawa penerima bantuan JKM di N. Sembilan telah meningkat daripada 22,841 kepada 24,641 statistik yang berakhir pada 31 Disember 2012. Hingga ada yang sinis berkata, berpuluh tahun orang yang sama dapat bantuan, berpuluh tahun juga orang yang sama lainlainnya tidak mendapat bantuan. Jadi apa tunggu, ubah sahaja kerajaan sedia ada dalam PRU 13 nanti !











Keadilan Labu bangga dengan prestasi cemerlang Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat


Faktar Anda patut tahu tentang Kerajaan Pakatan Rakyat

PULAU PINANG

Pulau Pinang meluluskan sebanyak 104 projek industri(ketiga tertinggi).Dasar CAT (daya saing,pertanggungjawaban dan ketelusan) menjadi pemangkin kepada kejayaan Pulau Pinang untuk merekodkan lebihan belanjawan(surplus) sebanyak Rm88 juta pada 2009 berbanding jangkaan defisit sebanyak R35 juta (belanjawan 2008).

Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga mewujudkan 200 ekar hub pendidikan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat pendidikan terunggul.Pengiktirafan serta bantuan kewangan (pemberian tunai) kepada pelajar terbaik SPM dan STPM serta para huffaz.

Bantuan kewangan kepada kepada sekolah Agama Rakyat berjumlah RM97,000 per sekolah,Rm60,000 kepada setiap sekolah cina dan tamil.Jumlah keseluruhan ialah RM11.3 juta.

SELANGOR

Negeri Selangor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM6.76 billion pada 2009 dan mencipta sebanyak 20,753 peluang pekerjaan.Dari jumlah pelaburan tersebut,RM 2.752 billion(40.8%) adalah pelaburan tempatan.Manakala projek industri yang diluluskan di Selangor berjumlah 278,merupakan yang tertinggi dicatatkan di negara ini.

Kerajaan Negeri juga memperuntukkan kira-kira RN6 juta setahun kepada Sekolah Agama Rakyat(SAR) di negeri ini bagi menjalankan aktiviti pendidikan dan pembelajaran berteraskan Islam.Peruntukan ini diberikan kepada SAR yang tidak mendapat sebarang peruntukan kewangan dan peralatan pembelajaran dari kerajaan negeri mahupun sumbangan individu.

Sehingga JUN 2012,Selangor mempunyai rizab tunai bernilai RM1.9 billion(RM1,900 juta).Sejumlah RM700 juta telah dibelanjakan kerajaan negeri untuk program Merakyat Ekonomi Selangor(MES).

KELANTAN

Semenjak 20 tahun lepas Kerajaan Kelantan secara berterusan dianaktirikan akan tetapi Kelantan tetap berjaya dengan program negeri berkebajikan.Program kifalah untuk anak yatim,golongan miskin,ibu tunggal dan orang kurang upaya telah menjadi contoh kepada banyak negeri.Begitu juga dengan program Perbandanan Ladang Rakyat juga membantu golongan marhaen,Bandar Baru Tunjang dibina menjadi pusat komersil satelit kepada Kota Bharu.

Kerajaan Negeri berjaya mengambil alih bekalan air daripada Thames Water kepada Air Kelantan Sdn Bhd(AKSB).selain itu Perbandaran Menteri Besar Kelantan (PMBK) menjadi agensi pelaburan utama negeri yang belum ini gagal di bawah pemerintahan BN sebelum tahun 1990.

Kerajaan Negeri berjaya menguruskan 20 sekolah agama bantuan penuh kerajaan negeri yang cemerlang dan menjadi saingan kepada sekolah premier di bawah Kementerian Pendidikan.Kehadiran pelbagai syarikat multinasional adalah bukti kuasa beli rakyat Kelantan terus kukuh.Sepanjang 20 tahun pemerintahan ekonomi tempatan dibina secara kendiri tanpa bantuan stimulus dari kerajaan pusat.

KEDAH


Pelaburan adalah penyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri.Di bawah kepimpinan YAB Dato'Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Kedah telah mencatatkan pelaburan keseluruhan lebih RM839 juta bagi tempoh Januari hingga September 2009, dengan nilai pelaburan tempatan sebanyak RM279.4 juta dan pelaburan asing sebanyak RM559.8 juta.

Kini dengan keluasan 1,000 hektar kerajaan mendapat hasil RM16.7 juta, tidak termasuk cukai per tan metrik bila balak dikeluarkan dari hutan.sedangkan di bawah pentadbiran Umno-BN ,dengan keluasan yang sama ,hanya mampu mengutip RM3 hingga 4 juta sahaja termasuk cukai kayu per tan metrik.Kejayaan ini merupakan hasil dari pelaksanaan dasar yang telus serta tidak berkompromi dengan rasuah.

Jadi Negeri sembilan apo lagi.jom kita tukar kerajaan BN kepada kerajaan Pakatan Rakyat.Banyak mafaat akan kita perolehi daripada hasil bumi dan pelaburan negeri kita.Nanti PRU13 jangan lupo undi Pakatan Rakyat.Kekayaan negeri untuk semua,bukan untuk kroni.Mari kita ubah Nogori sombilan."Jom ubah demi rakyat Negeri Sembilan"




Monday, August 20, 2012

ROYALTI MINYAK , KELANTAN JANGAN PERCAYA DOLAK-DALIK BN

LABU. 4 Ogos 2012, Najib umumkan penubuhan Jawatankuasa mengkaji isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri pantai timur. Penubuhan jawatankuasa ini disambut pelbagai reaksi daripada banyak pihak. KeAdilan Labu mengingatkan rakan-rakan, khususnya kerajaan Kelantan jangan mudah percaya dengan dolak-dalik dan permainan jahat Najib dan Barisan Nasional. Seperti yang dijelaskan oleh Ketua Umum KEADILAN, Dato Seri Anwar Ibrahim, Najib tidak perlu berdalak-dalih, segerakan pembayaran royalti 5 peratus kepada kelantan. Perjanjian Petroleum 1974 yang ditandatangai pad 9 Mei 1975 oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamed Bin Nasir yang mana Petronas diwakili oleh Tengku Razaleigh Hamzh sebagai pengerusinya telah terang lagi bersuluh.Dipersetujui bahawa menyerahkan selam-lamanya hak petroleum, sama ada di pantai atau luar pantai Malaysia kepada Pertonas.Penyerahan tidak boleh dibatlkankan.Petronas membayar sebanyak 5 % daripada nilai yang diperolehi di Kelantan dan di jual oleh Petronas. Bayaran dibuat setiap enam bulan. Pembayaran pertama pada 1 September manakala bayaran kedua pada 1 Mac tahun berikutnya. Pembayaran terhenti jika petroleum tidak lagi diperolehi dan tiada pampasan akan diberi ekoran terhentinya bayaran.

Bayar Royalti bukan wang ehsan


Alasan Najib suatu ketika dulu yang mengatakan Kelantan tidak berhak mendapat royalti kerana kawasan bertindih adalah alasan dangkal dan menjijikkan. Kelantan  dan rakyat Kelantan dihukum kerana mereka menyokong kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Pimpinan PAS , Tok Guru Nik Aziz. Kita tidak harus percaya dengan tindakan terdesak Najib. Penubuhan jawatankuasa itu hanyalah gula-gula menjelang PRU 13 yang semakin hampir. Menafikan hak roylti rakyat kelantan adalah pencabulan terhadap perjanjian antara kerajaan negeri dan Petronas pada 9 Mei 1975. Najib dan Kerajaan Barisan Nasional harus bertanggungjawab dengan pencabulan ini.Penggunaan  Kuasa politik tidak seharusnya digunakan untuk menindas rakyat yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan. Bersama kita tolak Kerajaan Najib-BN, Penindas Rakyat dan kita angkat kerajaan Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti dan kita berharap janji Buku Jingga, pengagihan royalti  petroleum 20%  kepada negeri yang berkaitan dapat dilaksanakan.



Antara gambar aktiviti-aktiviti Parti KeADILan Rakyat Dun Labu sepanjang Ramadhan


Hj Ismail,moktar bersama Yb Loke menyampaikan sumbangan Hari raya
Agih bantuan di Kampung Pelegong

Berbuka puasa bersama jentera parti

Sumbangan Di LBJ

Bersama masyarakat berbuka di surau batu 9


berbuka bersama jentera parti di Jijan
Tazkirah di Masjid Labu lama

Bantuan kepada ibu tunggal di Gadong Jaya

Buka puasa bersama jentera parti

Moreh bersama penduduk di surau kampung Jawa




Bersama pasangan keluarga OKU


Bantuan di Batu 10

Moreh di surau LBJ



Bantuan Di Labu Hilir
Bantuan Ramadhan

Bantuan Ramadhan
Bantuan Ramadhan

Sumbangan di Pulau
Ziarah warga emas
Menyampaikan Bantuan kepada warga emas

Majlis buka puasa di Batu 8

Tarawih dan tazkirah di surau batu 8
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang membantu dan menjayakan  aktiviti Majlis Permuafakatan Keadilan Labu sepanjang bulan ramadhan.Harap kita dapat meneruskan aktiviti seperti ini pada bulan seterusnya.semoga Allah S.W.T  merahmati perjuangan kita.amin....

Ucapan Hari raya daripada Penaung Majlis Permuafakatan KeADILan Labu

Hj ismail bersama isteri beliau,Hjh Selamah Sulaiman

Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir&batin dan selamat menyambut hari kemerdekaan ke-55 daripada saya, keluarga dan warga kerja Parti Keadilan Rakyat Dun Labu(N20).Semoga hari raya dan hari kemerdekaan tahun ini lebih bermakna,pulang ke kampung berhati-hati.semoga pergi dan balik selamat.amin....salam perjuangan  daripada kami.

Sunday, August 19, 2012

SALAM EIDILFITRI KEPADA SELURUH WARGA LABU

LABU. KeADILan N20 Labu mengucapkan Salam EidilFitri kepada seluruh Umat Islam khususnya warga Labu. Dikesempatan ini juga, bagi pihak warga kerja KeADILan ingin mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan tahniah atas kerja keras semua pihak dalam siri program jejak fakir sumbangan ramadhan dan Program Senyum Hariraya pemberian hamper hariraya kepada Ibu/Bapa tunggal, Fakir miskin ,golongan OKU, Mualaf dan anak yatim di sekitar Dun Labu. Sebanyak 200 bungkusan/hamper telah berjaya disumbangkan meliputi kawasan Jijan, Gadong, Labu, Kondok Labu Hilir, Lambar, Tiroi, Batu 8, Batu 9 dan Kg LBJ.Selain itu kita juga berjaya mengadakan majlis berbuka puasa dengan jentera parti di Jijan ( dan penubuhan Ranting Jijan ), Solat Sunat Tarawih dan witir di kebanyakan surau dan masjid di Dun Labu. Dalam masa yang sama dapat beramah mesra dalam program moreh, taskhirah dan lawatan meninjau permasalahan penduduk seperti masalah jambatan runtuh dan tidak mendapat bantuan JKM. Moga sumbangan tersebut dapat meringankan beban dan memeriahkan sedikit suasana Ramadhan dan HariRaya.Pihak Kami juga menjemput seluruh penduduk Labu dan pembaca untuk sama2 memeriahkan Sambutan Rumah Terbuka KeADILan N20 LABU pada 9 September 2012 di Perkarangan Dataran KeADILan, Pekan Batu 8 Labu bermula 3 ptg hingga 7 ptg.



Moktar,Yb Loke,Hj Ismail dan Ibrahim menyampaikan sumbangan Hari raya