Sunday, November 25, 2012

BENDERA PKR LABU TERUS MENJADI MANGSA BAKAR

KAMPUNG TIROI. Khianat..khianat.. khianat. Itulah yang berlaku kepada bendera PKR yang terus menjadi mangsa bakar. Kali ini kejadian berlaku di Kg Tiroi berhampiran jalan utama Labu Nilai. Kejadian disedari pagi tadi lebih kurang 9 pagi oleh penyokong parti yang kebetulan pulang dari sarapan pagi di gerai berhampiran. Kejadian tersebut mungkin berlaku awal pagi tadi antara pukul 1 am hinnga 4 am, 25 Nov 2012.
Dalam kejadian awal pagi itu, satu banner bendera keadilan yang digantungkan pada salah satu tiang di jalan utama sekitar kg Tiroi telah dibakar. Kesan dibakar jelas kelihatan pada cebitan kayu dan kain bendera yang masih terkulai kukuh pada tiang tersebut. Ini adalah kejadian ke 5 berlaku  di Labu dalam tempoh 3 bulan terakhir ini. Walaupun 4  laporan polis telah dibuat sebelum ini, namun Keadilan Labu kecewa kerana tiada   satu tindakan pun diambil dan kita juga tidak dimaklumkan tentang status kes yang berlaku.... Mungkin pihak yang berkaitan  merasakan kejadian ini adalah kejadian biasa menjelang pilihanraya.Mungkin atas alasan tersebut juga mendorong untuk mereka terus melakukan kerja-kerja khianat dan mengulangi tindakan provokasi bagi mencetuskan suasana tidak mesra penyokong-penyokong antara pihak yang bertentangan.
PKR di Labu mengulangi desakan agar pihak berkepentingan seperti pihak Polis agar mengambil tindakan tegas dan menjalankan siasatan yang mungkin boleh disabitkan di bawah Seksen 427KK (khianat) kepada kelompok atau individu berkenaan...

Tuesday, November 20, 2012

KeADILan Labu membantah/mengutuk serangan Rejim Israel Keatas rakyat Pelestin


Baru-baru ini,saudara kita di bumi Pelestin telah diserang oleh Rejim Israel yang mengaku bumi Pelestin adalah tanah milik Israel dengan menggunakan serangan tanpa sifar perikemanusiaan.Menembak,menjatuhkan bom,membunuh dan menyekat semua bantuan untuk rakyat Pelestin.Hingga hari ini serangan haram ini masih dilakukan atas alasan permuda islam pelestin menyerang kediaman penduduk israel di tebing Gaza mengunakan peluru roket.Kami di Keadilan Labu mengutuk sekeras-kerasnya serangan ini dan berdoa agar saudara kita di pelestin selalu mendapat pertolongan Allah S.W.T dalam menjalani kehidupan yang amat sukar di bumi Pelestin.Kuatkan semangat menghadapi serangan israel yang keji ini.Ayuh rakyat Malaysia kita boikot barangan keluaran israel dan sekutunya.

Wednesday, November 7, 2012

Projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PRIMA ) di Jalan Labu, Selamatkah ??? Kuari IJM kurang 500 meter. EIA lulus ke ?


LABU.  Tidak lama dulu Perdana Menteri   “ Haram Jadah “ telah melancarkan Projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia @ PRIMA di Jalan Labu berhampiran Perkampungan Orang Asal Kg Sebir.
Kita menyokong usaha murni mana-mana kerajaan untuk membantu rakyat memiliki rumah. Bahkan salah satu manifesto Barisan Nasional PRU 12 adalah “ meningkatkan penyediaan rumah bermutu dengan harga yang mampu beli ". Persoalannya, bagaimana projek PRIMA tersebut dibuat bersebelahan dengan Kawasan Kuari.? Apakah telah ada kelulusan daripada  pihak berkuasa tempatan atau jabatan-jabatan berkaitan ??
Ada sumber memberitahu, rumah tidak boleh dibina berdekatan  dengan kauri, Setidak-tidaknya 500 meter daripada sempadan . Sekiranya Projek PRIMA hendak dibuat juga terpaksalah Kuari di tutup. Dan pihak2 berkaitan seperti DOE kenalah mengambilkira faktor2 atau kesan2 seperti TAHAP KEBISINGAN , DEBU  dll.  Ini tidak lagi mengambil risiko keretakan rumah atau risiko batu berterbangan semasa kerja2 pengeboman  batu sekiranya operasi Kuari ini diteruskan. Soalnya adakah Operasi Kuari akan ditutup ?  Sekiranya tidak, bila pula projek PRIMA hendak dimulakan ??
Faktor2 ini perlu diberi perhatian kerana kita tidak mahu dikemudian hari nanti, kita melonggokkan penduduk disuatu kawasan bermasalah dari segi kesihatan. Penyakit seperti Kanser, Asma, Kegatalan @ Alahan Kulit, jangkitan paru2, penyakit telinga, hidung dan tekak  adalah adalah sebahagian  penyakit yang mungkin boleh berpunca dari kesan aktiviti perlombongan kauri ini.


Rumah tidak boleh dibina berdekatan dengan kauri, setidak-tidaknya pada jarak 500meter daripada sempadan. Sekiranya Projek PRIMA hendak dibuat juga terpaksalah Kuari di tutup. Dan pihak2 berkaitan seperti DOE kenalah mengambilkira faktor2 atau kesan2 seperti TAHAP KEBISINGAN , DEBU  dll.
  



Ini belum mengambilkira faktor2 lain yang sudah pasti memberi kesan sampingan. Faktor Banjir kilat dihiliran Sg Labu sudah pasti  berlaku jika Projek Prima dijalankan dalam masa terdekat… Ketika itu bersedialah penduduk disekitar Labu Bt 8, Kg Pulau dan Jijan menghadapi banjir.. Dengan system perparitan dan saliran sedia ada , sudah pasti tidak dapat menampung derasan air akibat kegondolan tanah di sekitar tapak projek Priima. Ini belum lagi mengambilkira pembangunan rancak di Seremban 2, Ulu Mantau dan Projek Pembangunan di Galla. Kesimpulannya, kita mahu Projek PRIMA diteruskan, tapi faktor2 alam sekitar dan kesan kepada penduduk sekeliling seperti Penduduk Asal Sebir mesti juga diambilkira  bersesuaian dengan tema Rakyat didahulukan , Pencapaian diUtamakan

Kempen dan Jawab


WANITA "Shahrizat LEMBU " Dah Mula kampen tabor fitnah  Rumah Ke Rumah,
Mereka kata,
1. Jgn sokong Anwar  yang “liwat “ dan 
     jual maklumat Negara.
2.  Mat Sabu sokong komunis sebagai 
     pejuang.
3.  Tanah orang Melayu di P. Pinang
      habis dijual oleh DAP.

Kita jawap je lah..
  1. Mahkamah dah putuskan Anwar tak bersalah… siapa engkau orang?
  2. Apa kerjasama Mou yang Tengku Adnan UMNO buat kat Beijing dengan CPC ( Parti Komunis China ) pada 5 August 2011. Tengoklah  Web UMNO ONLINE.
  3. Apa Muhidden Yasin buat dengan Setiausaha Agong  Komunis, CPC, Zhao Le JI di putrajaya tu.. tengoklah Web UMNO ONLINE
  4.   Abeh.. MB N. Sembilan Orang Melayu agama islam belasah tanah 487.3 hektar tanah Hutan simpan Tetap Jeram Padang… apa cerita.. 
  



Bekas Tentera Komando di anaktirikan Bukan mintak projek, Cuma mintak turap jalan

Pak Ijat 51 Tahun


KG TANJONG. Pakcik Ijat 51 tahun bukanlah  orang biasa. Beliau adalah bekas skuad terlatih. Beliau adalah pejuang barisan hadapan. Jasanya tidak ternilai jika hendak diganti dengan wang ringgit. Di kepalanya dulu, hanya terlintas, SATU PELURU SATU MUSUH. Arahannya hanya dari Yang DiPertuan Agong…..

Tapi itu dulu.. hamper 20 tahun yang lalu. Kini beliau hanya insane biasa. Suaranya dan rintihannya  kini sayut-sayut kedengaran. Bertahun minta diperbetulkan jalan masuk yang berkubang bila hujan. Jangankan diturap Tar, batu-batu peravel itu pun haram jadah tak diletakkan..Gambar sebelah menunjukkan jalan masuk rumahnya boleng aje dengan tanah merah. Walhal belakang rumahnya, tak sampai 1km tersergam indah Perumahan Elit Kota Serimas. Mana poe eh JKKK… tidak pasti.

Susah2 sangat kita mintalah Mjr (B) Razali Zakaria,Pengerusi Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara ( GMPN ) turun padang, tengok sendiri kedhaifan jalan masuk rumah sdr seperjuangannya.. Jgn asyik nak demo dan melalak kat Bang Mat dan Anwar aje. Buat demo kat Kg Tanjong,, Usik sikit Adun Labu tu… Jgan abaikan KOMANDO KAMI.. kalau tak, kami tak sokong lagi UMNO… barulah garang bertempat untuk anak2 buah…amacam.. boleh.

Buletin Labu dengar ada Ketua Pemuda yang terpughok kereta mewah masa datang nak tengok lembu hari tu… tak kan tak perasan jalan haprak tu ?  bawa2lah ke atas…


Jalan masuk rumah  Pak Ijat 51 thn. Ijat. Bila hujan lepas, air bertankung sana sini