Thursday, December 6, 2012

satu MEMORANDUM dihantar kepada Ketua Polis Daerah Nilai selepas kecewa 4aduan sebelum ini tiada tindakan.


 Gara-gara empat aduan mengenai perbuatan kianat terhadap bendera Keadilan di sekitar Dun Labu sejak beberapa bulan lalu hingga kini tiada perkembangan daripada pihak berwajib.Majlis Permuafakatan Keadilan Dun Labu dan pucuk pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan Tekad menyerahakan satu memorandum kepada Ketua Polis Daerah Nilai di IPD Nilai,Mantin.Memorandun ini bertujuan untuk meminta pihak polis menyiasat lebih lanjut dan  memantau lebih kerap kejadian kianat keatas  bendera Keadilan di sekitar Labu.Ini kerana kami tidak mahu  perkara-perkara tidak ingin berlaku.Kami di Keadilan Labu berharap pihak Polis dapat menyiasat perkara ini dengan  lebih terperinci dan menyelesaikan perbuatan kianat ini daripada berulang pada masa akan datang.

Takkan tergugat kot???bendera pun nak takut ke???macam mana nak perjuangkan nasib melayu dan agama islam kalau bendera pun takut.


Perangai syaitan bertopengkan manusia kini menjadi-jadi.yang peliknya bendera yang tak bernyawa pun ditakuti golongan yang berlagak membela orang melayu dan agama islam.bak kata Ketua Permuda UMNO"HIDUP MELAYU" cium keris...muah3 tapi tengok bendera pun takut cam tangok hantu.kahkahkah...Yang terbaru golongan kononnya perisai melayu ni risau dengan kemunculan bendera Keadilan di persimpangan Jalan Kampung Pulau ke jalan ke simpang Jerangkang.Kerana takut, ada orang atas atau ketua pembela melayu kononnya m'yuruh cai-cai mereka menurunkan dan mengoyakkan bendera tersebut.Apela dosa bendera yg ta khidup ini diperlaku seperti ini?Takkan goyang kot tengok ramai orang Labu dah berubah angin ke PAKATAN RAKYAT ke???atau takkan  nak jaga imej kat pimpinan UMNO lain KONONnya kubu kuat UMNO Labu dah ditebusi oleh KEADILAN Labu???hihihihi.Lawak2.Ape-ape pun kalau nak pasang bendera berjuta mana pun pasanglah walaupun kat atas pokok pisang pun xpe asal janganlah tangan nak mengatal cabut bendera orang lain.Sepandai-pandai tupai melompat pun,akhirnya jatuh ke tanah jugak.so hati-hatilah lepas ni cai-cai,lau ada orang kami dapat...berdoa-doa lah agar dapat tengok esok hari...

Monday, December 3, 2012

UMNO TAK PEDULI MASALAH RAKYAT LABU

Labu. Bertahun lalu, awal april ini,  3 hari yang lepas, 2 hari yang lepas dan malam ni. banjir terus menghantui penduduk sekitar Kg Tengah dan jiran-jiran yang berdekatan. Kalau mengikut Sdr Samad Hasan seperti yang dilapurkan kelmarin dalan Sinar Harian ahad 2 Dis 32012, Banjir ini telah menghantui beliau hampir 29 tahun yang lalu atau sejak beliau berumur 12 tahun... Kalau benar ini terjadi, apakah peranan yang telah dimainkan oleh JKKK UMNO sekitaran( sbb semua Pengerusi JKKK adalah Naib Ketua Peti Undi Tiroi ) yang sepatutnya menyalurkan masalah kepada Adun Labu  Melayu UMNO yang seterusnya mendesak agar perhatian segera diberi oleh Menteri Besar Orang Melayu beragama Islam di Negeri Sembilan. Ini kerana hampir 100% penduduk yang terlibat adalah orang melayu beragama islam. Apakah pemimpin UMNO yang melaungkan agenda melayu terkhilaf pandang tentang masalah banjir ini.
Bayangkanlah , orang tua yang melalui jambatan dimalam-malam buta  sedangkan jambatan digenangi oleh air yang memenuhi terowong tersebut.
Kita sebenarnya bersempati dengan usaha yang dijalankan oleh beberapa ketua kg yang terlibat dengan menyelenggara kawasan tersebut baru-baru ini dengan peruntukan segera 5ribu ke 7 ribu. Malangnya tindakan kurang bijak tersebut tidak mendatangkan apa-apa hasil. Dikoreknya kawasan yang tidak berkenaan dan dipaksanya limpahan air yang membanjiri terowong mudik ke atas atau ke ulu ? Bukankah tindakan tidak berakal namanya tu... Duit habis.. Masalah tak selesai... Ibarat bagi kerja pada Sang Tikus menyelenggara buah Labu.... Fitrahnya sepatutnya, di arahkan aliran air mudik ke hilir. Sepatutnya dibuatkan satu perparitan yang disambungkan pada hujung pokok sena yang berhampiran. Ini kerana telah ada sistem perparitan lama yang bersambung dengan parit buatan yang jaraknya 100 meter. Pendekkata , tidaklah sebesar mana sangat rumit kaedah penyelesaiannya, cuma mungkin YB UMNO ambil tak kesah masalah orang labu, Mungkin beliau sibuk mengumpul harta menjelang pertandingan UMNO tahun hadapan. Tapi yang hairannya, selalu keluar masuk kg di dalam tu, tak kan tiada tok pengampu yang bercerita masalah banjir ni... Cuba tengok baik baik, gambar gambar banjir ini bukan sahaja menyusahkan orang tua, kanak2, tapi juga menghalang kenderaan....Pendek kata , siang malam, petang ke petang banjir, hingga kini haram jadah nak di "repair". Ni yang dikatakan  JANJI DI TEPATI...















BANJIR LAGI... ADA AKU ADUN LABU KESAH ?



Kg Tengah Bt 8 . Untuk hari seterusnya banjir terus berlaku.. Tempat yang sama, waktu yang lebih kurang sama.. Penduduk yang sama. Ketika sibuk penduduk sekitar Kg Kering, Kg Jawa, Kg Merbau Condong, Kg Sekolah Lama dan Kg Pelegong Homestay dahaga penyelesaian tentang masalah banjir... Nun di hujung kampung, kumpulan Syarizat Lembu sibuk kempen memfitnah pembangkang... Katanya Jangan sokong Pemimpin seperti ANwar yang Liwat macam-macam orang, Jangan pangkah PAS...yang mengkafirkan sesama Islam dan jangan Undi DAP yang tak bela orang melayu di P. Pinang dan dan gadai tanah2 melayu... Lahh, penduduk nak masalah banjir ni selesai.... Banjir pada 1 Dis 2012 lalu terus menghantui penduduk di Labu... Masa ni Mursidul ..UMMno , sedang gah menjanji gunung dan lautan ... memaki hamun pembangkang  di PERSADA Dewan PWTC... Hidup Melayu.. Hidup Melayu.... Lahhh, kg aku ni banjirlah mat... Cuba lu tengok gambar-gambar ni...

BANJIR LAGI .. ADA AKU KESAH ?



KG JAWA. Kini , dulu dan selamanya. Banjir di kawasan jambatan KTM ini telah menjadi trademark Labu. Bila banjir berlaku lagi, peranan JKKK , Adun Labu dan pihak berkaitan, sama sahaja. " Nak buat macam mana.... tak boleh dah, . Itulah masalahnya bila buah labu diserahkan pada tikus... Peruntukkan segera yang diberikan sedikit masa lalu dibuat pada tempat yang tak kena pada tempatnya...Pembangkang tahu buat apa... Kita kerajaan tahu apayang nak dibuat untuk selesaikan masalah banjir ini..berlagak pulak YB ni bila diberi pandangan. Namun penduduk dilabu terus menjadi mangsa... hujan lebat sejam dua menyebabkan kawasan sama terus dibanjiri air... Janji bukan sahaja tidak ditepati.... tapi .. peduli apa dengan penduduk kampung... Ada Adun Labu kesah? Banjir .. banjir dan terus banjir... tanpa ada tindakan segera. Anda saksikan gambar2 banjir  yang dirakam pada 30 Nov , Jumaat , 5.43 pm. Kala ini... mungkin pemimpin UMNO Labu sibuk bersantai di Grand Season Hotel dan bersorak ... HIDUP MELAYU... HIDUP RAKYAT... BELA MELAYU , di PWTC bagi mengikuti Persidangan Tahunan UMNO.

BANJIR MELANDA LABU -








LABU. Gambar suasana meriah banjir di Jambatan KTM yang menghubungi Pekan Bt 8 dan 5 kg yang mempunyai penduduk anggaran seribu orang. Adun Labu datang dan pergi melencung sahaja. Sibuk meninjau kawasan banjir ... tapi tindakan akan..akan... akan...bla..bla..bla...
Tapi inilah tragedi rakaman pada 3 April yang lalu... Rakyat terus tidak diperdulikan. Satu lagi Janji tidak ditepati, membela nasib masyarakat luarbandar dan infra. 





tapi banjir terus berlaku...