Saturday, July 16, 2016

KEMALANGAN BUS EKSPRES - APA SEBENARNYA YANG TIDAK BETUL ?




BUS EKSPRES ADA 63 SAMAN TERTUNGGAK, PEMANDU ADA 9 SAMAN . Apa dah jadi dengan agensi yang bertanggungjawab hari ini.....  Persoalan yang sering bermain di kedai-kedai Kopi adalah, bagaimana bus ni hidupkan cukai jalan  atau insuran.... System Online JPJ tak blok ke. Tak kan dari tahun 2011 hingga 2015, cukai jalan bus ni tak mati-mati ke ? .. Mustahil. Habis... macam mana boleh terus "on" kat jalanraya.... Pemandu pun sama , macam mana dia hidupkan lesen.... atau saman tu saman baru...

Peliknya ada yang bersunggut, .. ada  satu dua kes, saman kenderaan ada satu sahaja, tapi tak boleh hidupkan cukai jalan...ngapa ye  . Tapi apabila berlaku seperti Tragedi BAS Rempuh 10 Kenderaan  di  Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora..... ceritanya jadi pelik, kelakar pun ada, tak munasabah pun ada, prejudis pun ada..... macammana bas atau pemandu masih bebas beroperasi. Cerita kemalangan itu sudah pastilah sesuatu yang tidak diingini oleh sesiapa sahaja... baik pemandu apatah lagi Syarikat bas. Tidak ada pemandu yang ingin cedera atau syarikat yang ingin rugi.... itu cerita lain.
Berdasarkan pengamatan lalu, bila terjadi sahaja kemalangan, isu yang kemudiannya menjadi viral adalah tentang SAMAN.... ohhh Pemandu terlibat, banyak Saman... Ohhh Bas terlibat banyak Saman  ....  sebab dah jadi isu selepas kejadian tu.... barulah tindakan segera dan tegas diambil ke atas pemandu atau syarikat terbabit... jadi, ada kebenaran seperti yang dikatakan oleh YDP Persatuan Keselamatan Penguna Kuala Lumpur seperti di bawah;


Rekod Semakan Bas 2011 - 2015 , 
49 saman pandu laju
9   saman pandu perlahan lorong kanan
2   saman tidak mengawal dengan baik semasa memandu

Rekod Pemandu,
2 saman kesalahan pandu laju
4 saman kesalahan lalu lintas
1 saman memandu perlahan lorong kanan
2 saman kesalahan abai isyarat lalu lintas

         Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintenden Wan Jamil Wan Chik


"Jika bus ekspres mempunyai lebih 60 saman dan masih beroperasi, mesti ada yang tidak kena berlaku dan tindakan tegas perlu diambil  "
                YDP Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur




Thursday, July 14, 2016

JEJAK ASNAF BERSAMA PENGERUSI KEADILAN NS DI KG SERI BAHAGIA, SENAWANG / TTJ

Kg Seri Bahagian , Senawang, PARLIMEN RASAH

Sangat menyedihkan... Kampung Melayu, penduduk Melayu, anak-anak-anak melayu....terletak ditengah-tengah kepesatan kawasan bandar senawang dan kawasan industri. yang majoritinya melayu... tapi menyedihkan, tiada bekalan air terawat walaupun dibekalkan kemudahan elektrik. Mereka bagaikan segerombolan melayu yang dipinggirkan di bumi melayu , negerinya sendiri.

Kalau mengikut alasan SAINS, tanah yang diterokai oleh penduduk disini adalah milik orang lain ( Kerajaan Negeri ), jadi mereka tidak boleh sewenangnya memasang tanpa kebenaran pemilik.

Kebetulan semasa program Jejak Asnaf bersama Pengerusi Keadilan Negeri Sembilan merangkap Adun Sikamat, Yb Tn Hj Aminuddin Harun, rata-rata mereka yang masih tinggal disitu seramai 15 keluarga  adalah peneroka asal yang suatu ketika dulu seramai lebih kurang 90 keluarga. Sebahagiannya bila ditanya, Ada yang datang dan berasal  dari Labu.. Chuah dan Rantau. Mereka mengakui telah hampir 40 tahun meneroka tanah tersebut..

Menurut satu sumber, telah ada usaha untuk memohon tanah tersebut. Tetapi tidak tahu mana salah silapnya.... (dengarnya ada pihak-pihak berkepentingan campur tangan )... hingga kini penduduk terabai... dan dalam ketakutan... bila-bila masa mereka akan dihalau atau diminta keluar...Lebih menyayat hati mereka berkongsi  beberapa perigi buatan sendiri. Kala hujan, air keruh. Lebih menyedihkan, perigi tersebut bersebelahan dengan kawasan pagar sebuah Pusat Penyembelihasn milik agensi kerajaan.

Ceritanya macam  Cerita Kg Manggis, Pulau Pinang. Tapi kononnya di sana  diabaikan oleh kerajaan Cina DAP. Tapi di Negeri Sembilan, ...... negeri melayu bertuankan UMNO.

Kesempatan bersama Yb Aminuddin  di Kg tersebut, bukan setakat tiadanya bekalan air terawat, jalannya berbatu-batu kerana tidak di Tar. Kiri-kanan jalannya pula penuh semak samun selain kebanyakkan rumah-rumah bagaikan, menunggu masa menyembah bumi... Ada bumbung dapur penduduk beralaskan langit ... menyedihkan penduduk Melayu ini... terabai di negeri sendiri.

Semasa lawatan bersama Yb Aminuddin itu , kami sempat bertemubual dengan salah seorang nenek yang tinggal keseorangan, Nenek tersebut menangis tersedu-sedu semasa menerima sedikit sumbangan dari Yb Aminuddin. Hati saya juga diheret kesedihan melihatkan kepayahan dan penderitaan yang nenek ini alami seusianya sekarang. Amat menyedihkan lagi, kerana nenek ini adalah nenek Melayu dan beragama Islam yang akan menyambut Hari Lembaran pada  keesokkan harinya.  Kita maklum, sedikit sumbangan itu tidak dapat menukar status mereka, namum amat bermakna buat nenek tua itu.

Sudah sampai masanya, Kerajaan Negeri UMNO,  di bawah Menteri Besar nya, Dato Seri Mohammad Hassan memberi pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya dengan rakyat melayu di Kg Seri Bahagia ini... Kampung sahaja nama bahagia.... hakikatnya,  nun di sana penduduknya penuh derita, sensara seolah menunggu  buah yang di gam tak jatuh. Berilah peluang mereka memiliki tanah ... setidak-tidaknya kita menjunjung wasiat ke-2  Raja Melayu yang berbunyi....

 " Kami istiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain 
gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan
 Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu
 rebutlah bersama-sama kaum lain "

Dato Hasim Rusdi juga selaku Ketua Bahagian Rasah boleh memainkan peranan dalam menyelesaikan dan membela untuk penduduk  Melayu Kg Seri Bahagia ini untuk memiliki tanah. Ini kerana   Kg Seri Bahagia ini difahamkan  berada  dalam salah satu cawangan UMNO dalam Bahagian Rasah, yang Dato Hasim Rusdi adalah Ketua Bahagiannya sekarang. Mereka hanya menuntut tanah untuk didiami sahaja, paling banyak pun seekar dua..... bukan berpuloh ekar atau  beratus ekar seperti  permohonan  " segelintir"  yang lain. Tambahan, beliau selaku salah seorang Exco kanan di Kerajaan UMNO di Negeri Sembilan, sudah tentu banyak perkara yang boleh dibantukan oleh beliau... Persoalannya...  "Serious"kah Menteri Besar atau Dato Hasim untuk memberi belas kasihan  , sebidang tanah kepada penduduk-penduduk Melayu Kg Seri Bahagia di kala    nilai tanah di situ dan sekelilingnya telah menjadi "emas" yang sedang diintai oleh banyak pihak yang berkepentingan.

Kesimpulannya, hampir 2 jam Program Jejak Asnaf, bersama-sama wakil penduduk  berjumpa  penduduk kg Seri Bahagia... terungkai seribu satu macam kesukaran, pengabaian dan ambil-mudah tentang nasib dan masa depan yang ditangggung oleh mereka... Cuma mereka masih mampu tersenyum.... namum agaknya hati penuh derita dan kekecewaan.... seolah... merekalah MELAYU yang dipinggirkan ! Ingin Ku tanya di manakah sembunyinya Pejuang-Pejuang Melayu untuk membela mereka... esokkah, atau lusa...mungkin minggu depan ataupun mungkin bulan depan...... atau hanya tinggal kenangan kerana hayat mereka telah dipanggil ilahi terlebih dahulu





























Tuesday, July 12, 2016

SUMBANGAN BAJU PERCUMA DAN AGIHAN BUNGKUSAN KURMA DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI KG TEKIR LABU

 KG TEKIR, LABU BT 10.  Suasana petang selasa, 4 hb Julai, 2016 ( Selasa ), 4 pm -5.30 pm  di Dewan OrangRamai Perkampungan Tekir.  Sebanyak 14 Kotak  pakaian wanita, lelaki, kanak lelaki dan perempuan telah diagihkan kepada penduduk bagi meraikan mereka untuk menyambut hari lembaran yang tinggal beberapa jam sahaja lagi.

Keadilan Labu terpanggil untuk mengambil kesempatan meringankan beban mereka dengan aktiviti pemberian baju percuma. Mereka hanya datang, pilih, ambil dan bawa pulang..... semuanya PERCUMA.
 Selain itu, kita juga mengagihkan sekotak kurma kepada semua kaum ibu atau ayah. Manakala untuk anak2, kita menyediakan coklat untuk mereka

Daripada 14 kotak tersebut, hanya tinggal 4 kotak sahaja yang tinggal. Ini mungkin kerana masih ramai yang tidak keluar kerana dibuat secara mengejut selain waktu yang agak singkat, 2 jam sahaja. Keadilan Labu merakamkan  jutaan Terimakasih kepada Tok Batin kerana membenarkan pengunaan dewan balairaya bagi program tersebut. Selamat Hariraya untuk seluruh warga penduduk beragama Islam di Tekir.
Sambil kaum ibu memilih pakaian yang sesuai, anak2... kita bagikan coklat supaya senang ibu memilih

Baju dapat, coklat dapat, kurma pun dapat. Cuma adik kena belaar betul2 tau



Tu dia... empat plastik borong.... tak apa... nanti kita bawa lagi

Alhamdullah, suka tengok makcik ni bawa balik banyak baju


Banyak baju kurung, sedikit baju kurung moden dan ada juga jubah. Tudung memang banyak.... dan







Saya sempat membantu seorang anak penduduk mencuba baju sekolah 




Mari kita bersama membina masa depan anak-anak comel ini.



BENGKEL MASAK MEMASAK & KENDURI-KENDARA RUMAH RAKYAT BT 7 MUSNAH DIJILAT API

BOMBA sedang mengawal dan memadamkan kebakaran
Batu 7 Tiroi .Kebakaran yang disedari lebih kurang 2.45 am pagi 1 july tersebut telah memusnahkan keseluruhan bengkel dan peralatan yang disimpan di dalamnya. Bomba sampai 15 minit kemudian berjaya mengawal kebakaran walaupun keadaan sudah terlewat untuk menyelamatkan perkakas yang tersimpan di situ. Difahamkan semua perkakas masak-memasak untuk kegunaan penduduk Rumah Rakyat musnah termasuk 5 biji motor dan sebuh mesin tebu. Dianggarkan kerugian dianggarkan RM20,000.

Hj Ismail bersama Pak Hassan ditempat kejadian yang musnah sepenuhnya. Di fahamkan, bengkel ini menempatkan periuk-belaga, barangan khemah, tungku masak-memasak, Tong Air  untuk kegunaan ahli Qariah dan penduduk Rumah Rakyat Batu 7 bagi tujuan Kenduri Kahwin dan Program Keraian sejak 20 tahun yang lalu. Wakil Penduduk Rumah Rakyat Batu 7 berharap agar peruntukan segera dari Tabung Darurat Kerajaan Negeri atau daripada pihak  berkaitan dapat disegerakan  .




Sebiji rangka  Motor  jenis Rxz yang turut musnah 100%. Difahamkan terdapat 5 motor lagi yang sama-sama musnah dalam kejadian pagi tersebut.



Motosikal Roda Tiga kepunyaan seorang OKU dan Mesin Tebu turut Musnah


Kelihatan asap , saki-baki dari kebakaran masih jelas kelihatan

Pangkin tempat" menating lauk " dan makanan sepenuhnya musnah


Tong dan periuk untuk kegunaan masak-memasak dan kenduri-kendara tutut musnah


Rangka sebuah vespa yang turut hangus terbakar pada awal pagi tersebut. Tuannya tidak menyedari kejadian tersebut kerana berapa di Masjid Negeri  kerana  mengikuti program Qiam sempena 10 malam terakhir Ramadhan.

      Beberapa Set Tungku Memasak yang tunggang-langang dan  hangus sama dijilat api pada awal pagi tersebut
                                          

Beginilah maraknya api pada awal pagi tersebut