Monday, August 20, 2012

ROYALTI MINYAK , KELANTAN JANGAN PERCAYA DOLAK-DALIK BN

LABU. 4 Ogos 2012, Najib umumkan penubuhan Jawatankuasa mengkaji isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri pantai timur. Penubuhan jawatankuasa ini disambut pelbagai reaksi daripada banyak pihak. KeAdilan Labu mengingatkan rakan-rakan, khususnya kerajaan Kelantan jangan mudah percaya dengan dolak-dalik dan permainan jahat Najib dan Barisan Nasional. Seperti yang dijelaskan oleh Ketua Umum KEADILAN, Dato Seri Anwar Ibrahim, Najib tidak perlu berdalak-dalih, segerakan pembayaran royalti 5 peratus kepada kelantan. Perjanjian Petroleum 1974 yang ditandatangai pad 9 Mei 1975 oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamed Bin Nasir yang mana Petronas diwakili oleh Tengku Razaleigh Hamzh sebagai pengerusinya telah terang lagi bersuluh.Dipersetujui bahawa menyerahkan selam-lamanya hak petroleum, sama ada di pantai atau luar pantai Malaysia kepada Pertonas.Penyerahan tidak boleh dibatlkankan.Petronas membayar sebanyak 5 % daripada nilai yang diperolehi di Kelantan dan di jual oleh Petronas. Bayaran dibuat setiap enam bulan. Pembayaran pertama pada 1 September manakala bayaran kedua pada 1 Mac tahun berikutnya. Pembayaran terhenti jika petroleum tidak lagi diperolehi dan tiada pampasan akan diberi ekoran terhentinya bayaran.

Bayar Royalti bukan wang ehsan


Alasan Najib suatu ketika dulu yang mengatakan Kelantan tidak berhak mendapat royalti kerana kawasan bertindih adalah alasan dangkal dan menjijikkan. Kelantan  dan rakyat Kelantan dihukum kerana mereka menyokong kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Pimpinan PAS , Tok Guru Nik Aziz. Kita tidak harus percaya dengan tindakan terdesak Najib. Penubuhan jawatankuasa itu hanyalah gula-gula menjelang PRU 13 yang semakin hampir. Menafikan hak roylti rakyat kelantan adalah pencabulan terhadap perjanjian antara kerajaan negeri dan Petronas pada 9 Mei 1975. Najib dan Kerajaan Barisan Nasional harus bertanggungjawab dengan pencabulan ini.Penggunaan  Kuasa politik tidak seharusnya digunakan untuk menindas rakyat yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan. Bersama kita tolak Kerajaan Najib-BN, Penindas Rakyat dan kita angkat kerajaan Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti dan kita berharap janji Buku Jingga, pengagihan royalti  petroleum 20%  kepada negeri yang berkaitan dapat dilaksanakan.



1 comment:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete