Sunday, November 25, 2012

BENDERA PKR LABU TERUS MENJADI MANGSA BAKAR

KAMPUNG TIROI. Khianat..khianat.. khianat. Itulah yang berlaku kepada bendera PKR yang terus menjadi mangsa bakar. Kali ini kejadian berlaku di Kg Tiroi berhampiran jalan utama Labu Nilai. Kejadian disedari pagi tadi lebih kurang 9 pagi oleh penyokong parti yang kebetulan pulang dari sarapan pagi di gerai berhampiran. Kejadian tersebut mungkin berlaku awal pagi tadi antara pukul 1 am hinnga 4 am, 25 Nov 2012.
Dalam kejadian awal pagi itu, satu banner bendera keadilan yang digantungkan pada salah satu tiang di jalan utama sekitar kg Tiroi telah dibakar. Kesan dibakar jelas kelihatan pada cebitan kayu dan kain bendera yang masih terkulai kukuh pada tiang tersebut. Ini adalah kejadian ke 5 berlaku  di Labu dalam tempoh 3 bulan terakhir ini. Walaupun 4  laporan polis telah dibuat sebelum ini, namun Keadilan Labu kecewa kerana tiada   satu tindakan pun diambil dan kita juga tidak dimaklumkan tentang status kes yang berlaku.... Mungkin pihak yang berkaitan  merasakan kejadian ini adalah kejadian biasa menjelang pilihanraya.Mungkin atas alasan tersebut juga mendorong untuk mereka terus melakukan kerja-kerja khianat dan mengulangi tindakan provokasi bagi mencetuskan suasana tidak mesra penyokong-penyokong antara pihak yang bertentangan.
PKR di Labu mengulangi desakan agar pihak berkepentingan seperti pihak Polis agar mengambil tindakan tegas dan menjalankan siasatan yang mungkin boleh disabitkan di bawah Seksen 427KK (khianat) kepada kelompok atau individu berkenaan...

No comments:

Post a Comment