Kg Sebir. Nampaknya , lambat-laun penduduk Kg Sebir Seakan sama nasibnya dengan penduduk orang asli Kg Pelebar, Gadong Jaya. Sedikit demi sedikit mereka dipindahkan ke perkampungan baru orang asli di Bukit Kepong , Port Dickson. Dengan Nilai tanah yang bernilai tinggi di sekitar Bandar Estek, penduduk orang asli Kg Sebir nampaknya di tekan secara lahiriah , mental dan spriritual. Kg Sebir juga terletak dijajaran tanah yang bernilai tinggi dan strategik berhampiran Bandar Ainsdale dan Pintu masuk ke Lebuhraya UtaraSelatan, PLUS selain bersebelahan dengan Seremban 2.
Janji MB Negeri Sembilan untuk menutup Kuari di Jalan Labu mungkin hanya tinggal angan2. Terbaru telah mula ada tanda2 kuari yang lebih besar akan dibuka bersebelahan dengan kuari sedia ada. KITA tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku kini. Tapi jika dilihat kepada kerja-kerja penarahan bukit, pengalihan batu-batu dan lebih dah dahsyat lagi penebangan balak2... sudah terang lagi bersuluh.... Bermulanya phasa ke-2 pembukaan kuari batu yang baru.... gambar-gambar di bawah sebahagian balak-balak yang telah mula dilunggokkan. Samada kerja-kerja penebangan ini HARAM atau SAH ... menjadi tanda tanya. Tidak nampak Papan Tanda .
Yang pasti, pembalakan dan pemulaan kuari ini akan menjadi episod duka dan lara . Bukan sahaja langsung kepada penduduk orang asli Kg Sebir, bahkan tidak langsung kepada penduduk sekitaran di Tiroi, Sekolah Agama Persekutuan Labu, Tmn Ulu Mantau dan sebahagian Seremban 2. DALAM KATA MUDAH, penduduk DUN LABU terdedah dengan pencemaran dari kawasan TIGA-SEGI kuari yang meliputi Kuari di Kg Sebir , Kuari Labu -Nilai selain penempatan sisa toksik di Kualiti Alam di Sempadan Gadong Sendayan. Udara akan tercemar dengan habuk dan debu yang akhirnya membawa kepada bermulanya penyakit kulit, asma dan paru-paru dll.
Berdasarkan kepada kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan pada akhir tahun lepas, Kuari kategori C yang beroperasi hampir kawasan penempatan penduduk akan diberi notis untuk memberhentikan kerja dalam masa 3 tahun. Kebanyakan kuari kategori C terletak di dalam kawasan Nilai, Panchor serta dekat Jalan Labu." Kategeri C adalah yang kritikal, yang mana beroperasi dalam kawasan tidak lagi sesuai kerana pembangunan telah berlaku dengan rancak dan pesat serta didapati meningkatkan pencemaran serta masalah kesihatan kepada penduduk sekitar ", kata MB NS selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pada Oktober 2015 yang lalu..
Malangnya, kita menjadi semakin keliru jika benar kajian dari pihak jawatankuasa teknikal yang terdiri daripada Jabatan Alam Sekitar ( JAS ) mendapati Kuari itu mendatangkan kemudaratan dari segi kesihatan penduduk yang mendiami kawasan berhampiran. Ironinya masih kedapatan hampir 185 orang penduduk orang asli dengan sejumlah hampir 40 keluarga ketika keputusan pembukaan kawasan kuari ke-2 . MOHON JAS melihat sendiri kedudukan perkampungan orang asli Kg Sebir ini dengan kawasan kuari baru yang akan dibuka dengan kerja-kerja awal tengah giat dilakukan. Jika berlaku gelongsoran longgokan batu-batu itu, sudah pasti perkampungan orang asli itu akan tertimbus sekelip mata... Kita mohon pihak berkepentingan turun sendiri dan melihat tentang kecacatan peraturan dan penguatkuasa undang-undang yang diamalkan di sini . Peristiwa Banjir lumpur pada 23 Feb 2000 (Rabu) yang merosakkan 9 buah rumah yang berpunca dari hujan lebat yang telah meruntuhkan tanah bukit kawasan kuari dan membawa lumpur masuk ke rumah penduduk, patut dijadikan iktibar . Satu laporon polis juga telah dibuat di Balai Polis Daerah Seremban tentang kejadian tersebut ( no report 1844/2000 ).
Kesimpulannya, kita merasakan bahawa Perkampungan tradisional Orang Asli Temuan sepatutnya dipertahankan sebagai WARISAN ASLI . Bayangkanlah, kampung ini telah wujud sebelum 1800 M lagi dengan Tok Batin yang mentadbir silih berganti dari Tok Batin Pragalang, Tok Batin Tangga Sembilan, Tok Batin Lepeng, Tok Batin Imbang Bungsu, Tok Batin Pagek Daim, Tok Batin Uval Bujang hingga kini , Tok Batin Aziz Genchip . Sepatutnya ratusan juta peruntukan untuk Orang Asli di agihkan dengan membangunkan prasarana ekonomi yang boleh memberi hasil tambah kepada kehidupan mereka. Sebagai contoh, Kiosk dan bangunan boleh didirikan yang menempatkan ruang perniagaan orang asli yang berasaskan hasil hutan , Kraf tangan dan herba ubat-ubatan. Kiosk ini boleh didirikan dilaluan jalan pintu masuk ke perkampungan mereka. Bila ekonomi mereka bertambah baik, mereka akan lebih terbuka untuk bersaing dalam bidang-bidang lain terutamanya pendidikan. Pendidikan yang baik, sudah tentu akan mengangkat maruah dan darjat mereka seiring dengan masyarakat di luar. Akhirnya nanti, mereka boleh berdiri sendiri tanpa mudah dibola-bolakan atau digula-gulakan. Jika mereka berjaya dalam pendidikan dan kuat ekonomi.... sudah tentu Kg Sebir tidak akan tergadai ke tangan segelintir Niagawan dan Sang Penguasa yang hanya memikirkan keuntungan Wang dan RM..... pada mereka, tiada kepedulian tentang bumi dan tanah... bersambung
kerakusan melihat balak tidak mengenal erti kemusnahan alam |
kawasan tadahan air minuman penduduk mula terjejas |
JAS dan Jabatan Perhutanan diharap membuat lawatan muhibbah untuk mengambil sampel pencemaran dan menilai hasil cukai yang berbaloi |
Bila Kuari di buka, ini bakal kemusnah yang tidak dapat dielakkan. Bagi setengah pihak keuntungan dan RM mengatasi segalanya. |
Penduduk Orang Asli melihat kerosakkan dan kemusnahan sekitar kawasan yang mereka usahakan dan Tanah Adat yang menempatkan kubur nenek moyang lampau |
Sejauh mata memandang, kawasan Bukit Tertinggi di Seremban yang menjadi kawasan tadahan air bakal membawa malapetaka banjir kilat sekira hujan turun dengan lebat |
Balak yang tumbang yang telah menghalang laluan anak sungai yang menjadi sumber air penduduk sebelum ini |
Laluan air terhalang |
Sumber Air yang tercemar |
No comments:
Post a Comment