Monday, December 26, 2016

SETIAP KALI KEMALANGAN, ALASAN SAMA ?


ALASAN BERULANG, PEMANDU BUS DEGIL & SAMAN TRAFIK MELAMBAK?
1. Setiap kali berlaku sahaja  kemalangan maut yang membabitkan bus ekspres, alasan dan sebab yang hampir sama diberikan. Antaranya pemandu terus degil dengan memandu laju selain ketiadaan pemandu ke2 yang bertugas bagi setiap perjalanan tersebut. Lebih maklum, akan terbongkarlah bahawa bus ekspres atau pemandu yang terlibat mempunyai pulohan saman trafik. 

2. Menurut sumber seperti dilaporkan akhbar utusan, isnin di ms 6, bus ekspres yang terlibat dalam nahas ngeri di Kilometer 137.3 , Lebuh Raya Utara Selatan, Pagoh, Johor sehingga mengakibatkan 14 maut serta 16 cedera, dikesan memiliki 52 saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM)........ sebenarnya, inilah kebiasaan yang akan terlapor setiap kali kejadian kemalangan maut sebegini..

3. Lebih ironiknya, kajian yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia telah mendapati bahawa bas Alisan Golden Coach berada pada kedudukan tangga ke 55 terbawah dalam aspek keselamatan syarikat bas daripada 60 syarikat pengendali bas di negara ini. Akhirnya, kajian itu digunakan sebagai rujukan?

4. Walhal kajian telah dibuat sangat awal iaitu Februari. Sepatutnya hasil kajian boleh digunapakai atau menberi " amaran awal " kepada agensi seperti Kementerian Pengangkutan atau Instititut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya ( Miros ), Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ ), dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya ( JKJR ) untuk dijadikan kerangka bagi penguatkuasaan atau siasatan terpeinchi.

5. Saya berpandangan , disinilah jabatan yang berkaitan telah gagal untuk menjalankan peranan yang sepatutnya,...walhal peraturan dan sop yang telah sedia ada agak cukup baik dan sangat teratur bunyinya. .. Jadi, jika adanya syarat wajib yang ditetapkan tentang keperluan pemandu kedua seperti syarat ditetapkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ( SPAD ) bagi semua perjalanan jarak jauh melebihi 300 kilometer atau perjalanan melebihi 4 jam seperti terkandung dalam Kod Amalan Keselamatan Industri (ICOP) SPAD dan syarat-syarat lesen pengendali bas ekspres... apakah penguatkuasaannya GAGAL dan TIADA tindakan yang telah dibuat?.... terlepas pandang atau ambil mudah?.... Bagaimana pula tentang alat sistem pengesanan global (GPS) yang sepatutnya dipasang pada semua bas ekspres tersebut,?... ,Apa sebenarnya yang berlaku? Menyediakan pelbagai kelengkapan, prosedure, sop yang akhirnya tiadanya pemantauan juga mungkin penguatkuasaan yang berterusan ! Aplikasi yang tidak mengambarkan realiti !

6. Jadi ,perlunya satu mekanisma yang lebih telus, segera dan praktikal diambil tindakan agar kejadian tidak berulang dengan alasan yang sama... kadang-kadang, terfikir juga bagaimana kenderaan yang berpuluh saman boleh bergerak di jalan raya atau tidakkah adanya kekangan semasa memperbaharui lesen atau roadtax. Saya bertanya sedemikian kerana pengalaman saya sendiri mempunyai kekangan kerana pernah gagal dalam memperbaharui lesen kenderaan yang berkaitan kerana adanya saman tertunggak.

7. Kita menyedari alasan-alasan yang terbiasa kejadian-kejadian kemalangan yang lalu... Maka, Jadikanlah asas dan sempadan untuk memperbaiki keadaan...

8. Bagi mereka yang gugur... mudahan mereka mendapat anugerah yang setimpal.
Akhirnya,yang pergi tidak akan kembali lagi. Mereka yang hiduplah akan menempa hari lusa.. Kita inginkan yang terbaik.....pihak yang bertanggungjawab haruslah berusaha mencari jalan penyelesaian...Mereka harus "serious" menangani permasalah ini.... bukannya serious secara bermusim apabila telah berlakunya kejadian..
..................

AKAN SIASAT SECARA  RAPI



No comments:

Post a Comment