Diterbitkan oleh MAJLIS PERMUAFAKATAN KEADILAN N20 LABU ( MUAFAKAT ) PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG RASAH, NS
Saturday, April 13, 2013
Wednesday, January 23, 2013
Tolonglah kami...
Keratan akhbar Sinar Harian pada 21 Januari |
Mohon disegerakan permohonan kami....itu sahaja yang boleh mereka katakan kepada pihak berwajib.Walaupun selepas masalah mereka diutarakan dalam Sinar Harian tempoh hari.Jawapan daripada Datin Zainab hanyalah berharap dua beradik ini bersabar kerana pihak kami juga sedang giat menjalankan proses bagi setiap permohonan yang dibuat.Tetapi pihak keadilan Labu ada m'dengar berita belakang yang tidak m'yenangkan daripada beberapa pihak yang menyeruh adik beradik malang ini menarik balik laporan mengenai masalah mereka yang disiarkan dalam Sinar Harian tempoh hari untuk menutup masalah seoleh pihak berwajib telah menjalankan tugas dengan baik.Salahkah mereka bertanya???
Konvoi Kebangkitan Anak Muda bakal ke Parlimen Rasah bulan depan.Nantikan...
10 tahun mohon jalan berturap masih belum dapat jawapan
Keratan Akhbar sinar harian pada 19 januari |
Thursday, January 17, 2013
Rebat RM200 “indah khabar dari rupa”
Gembira sungguh bro
ini bila Pak Ajib umumkan rebat rm200 tempoh hari.mcn dapat 2juta plk
caranya.kahkahkah…
|
KALAU dibelek berita terkini atau laman sosial. Antara yang
terhangat sekarang adalah kisah rebat RM200 untuk telefon pintar. Tentu masih
segar dalam ingatan gambar daripada sebuah akhbar bagaimana seorang mahasiswa
mengeletik suka apabila rebat itu diumumkan.
Terang lagi bersuluh rebat itu tidak lain untuk memancing
undi anak-anak
muda. Sebab itulah usia minimum untuk layak mendapat rebat ini
adalah 21 tahun. Beri pada belia 20 tahun buat apa, mereka bukan boleh mengundi
pun.
Akan tetapi yang riuhnya hari ini bukan kerana “janji sudah ditepati” lalu “kini
masa balas budi”. Tetapi riuh kerana ramai merasakan janji itu “indah khabar dari
rupa”. Sebab muncul syarat telefon pintar yang layak hanya yang
harga maksimum RM500.
Bingitlah seantero alam seolah-olah ini pertama kali mereka
melihat pemerintahan Barisan Nasional membuat silap mata sedemikian. Berkecai
angan-angan sesetangah orang untuk memiliki telefon pintar canggih kerana
syarat baru itu ‘menyempitkan’ pilihan.
Sebenarnya alangkah baik jika anak muda dapat fikir lebih jauh
daripada itu. Janji ditepati yang menjadi janji di’capati’ (kerana telah
dicanai) memang mengundang angin satu badan. Tetapi ada persoalan lebih besar
daripada itu yang perlu difikirkan.
Apakah tidak ada perkara lain yang memberi manfaat jangka
panjang dan lebih memerlukan peruntukan RM300 juta berbanding rebat
telefon pintar itu? Adakah anak muda hari ini begitu murah nilainya sehingga
memadai rebat telefon bimbit untuk memikat undi mereka? Jawapannya akan
memberitahu kita adakah pemerintah ini pemerintah pintar.
Ayuh, pintarkan telefon, pintarkan diri.Ayuh anak muda jangan terus dibodohkan oleh Barisan
Nasional lagi.
Renuangkan wahai anak muda |
Anak Muda Mesti Berani Melawan Pemimpin Yang Pentingkan Diri Sendiri
Masa sudah sampai,cukuplah kita telah dibodohkan oleh mereka(UMNO)
yang mempergunakan kita hanya bila diperlukan.Bila mereka sudah perolehi
sesuatu atau berada di atas maka kita anak muda dilupakan begitu sahaja.Apabila
Pilihanraya sudah hampir,mereka tanpa malu datang mengatakan mereka perjuang
bangsa,agama dan Negara.Adakah mereka(Umno) bersama anak muda ketika anak muda
menghadapi masalah mencari peluang pekerjaan,masalah kos hidup yang makin tinggi,masalah pembiayaan
pendidikan yang makin meningkat ,halatuju anak muda Negara yang tidak
tahu ke mana,hak
kebebasan suara anak muda dan dll???kita hanya diperlukan apabila
mereka ingin memasang bendera Barisan Nasional dan hadir memenuhi ruang kerusi
acara parti yang kita sendiri tidak tahu apa tujuannya.Mereka Hanya memberi
kita Rm 30 ke Rm
50 apabila diperlukan.Cukupkah dengan Wang ini anak muda???adalah cukup
untuk saudara/saudari memiliki rumah?kereta?dan dapat menyelesaikan masalah
kewangan yang dihadapi oleh kebanyakkan
anak muda hari ini dengan kos hidup yang makin tinggi.Pikirkan,Mereka(pemimpin
tinggi) hanya pentingkan
diri sendiri sahaja.Percayalah saudara/saudari,mereka(Pemimpin
tinggi) mendapat wang lagi lumayan daripada saudara/saudari perolehi.Mereka memakan peruntukkan
yang diberi sesama mereka tanpa memikirkan kebajikan Anak muda seperti saudara/saudara
termasuk Ketua Permuda Umno bahagian/cawangan dan Ketua Puteri Umno
bahagian/cawangan turut juga memakan peruntukkan untuk anak muda.Pemimpin
seperti inilah seharusnya kita jatuhkan kerana mereka adalah pengkhianat anak
bangsa .Jangan takut akan ugutan mereka.apa mereka
boleh buat dengan saudara/saudari sekalian???tanpa saudara/saudari,siapa mereka ini???fikirkan….
Suara Anak Muda ditepikan Dan Turut dibodohkan seperti kanak-kanak
Fenomena perkataan Listen
ini hagat diperkatakan sejak kebelakangan ini dalam laman social tercetus baru-baru
ini apabila seorang pelajar Jurusan Undang-undang Sdri Bawani KS telah dimalukan di
depan khalayak ramai apabila menyuarakan sedikit pandangan mengenai isu Forum
Mahasiswa di UUM baru-baru ini.Tindakan Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin
selaku Presiden
Suara Wanita 1 Malaysia yang memperlekehkan dan
memperkotak-katikkan soalan yang dikemukakan oleh sdri Bawani.Dalam Mana-mana
forum panel dan juga audien sendiri mempunyai hak dan pendapat masing-masing
untuk disuarakan malahan ia juga perlu ditangani secara professional bukan
dengan memberi anologi ‘haiwan juga bermasalah”yang semua sedia maklum
tiada kaitan dengan fakta yang dikemukakan oleh sdri Bawani.Sepatutnya Puan
Sharifah perlu menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang pemimpin NGO dalam
menjawab soalan yang dikemukan.Bukan memalukan pelajar secara terbuka.
Mampukah Umno membuat Himpunan Rakyat sebegini rupa???
Ratusan ribu rakyat malaysia hadir ke Himpunan kebangkitan rakyat |
Mampukah UMNO/Barisan Nasional Mengumpal jumlah peserta seperti ni tanpa m'byr peserta dengan wang? |
Rakyat semakin berani menuntut hak mereka |
Permandangan dari udara ketika HKR#112 |
Muka depan Akhbar Sinar Harian seluruh Malaysia pd 13 januari |
Pihak Sekretariat Himpunan Kebangkitan
Rakyat ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah ke atas rakyat Malaysia yang
telah sama-sama melakar sejarah pada 12 Januari 2013 lalu.Perhimpunan yang
dihadiri oleh 500,000 peserta tersebut adalah bukti apa yang diperjuangkan
selama ini oleh Pakatan Rakyat iaitu rakyat perlu diberikan peluang berhimpun
secara aman dan bebas menyatakan pendapat.Kami juga ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Himpunan ini
terutamanya anggota keselamatan dari PDRM, pengurusan Stadium Merdeka, pasukan
Unit Amal serta para pimpinan NGO dan parti politik.Kami juga menghargai
kesabaran orang ramai yang terpaksa menghadapi kesesakan jalanraya pada hari
tersebut.Adalah dimaklumkan bahawa kutipan dari orang ramai pada hari tersebut
adalah berjumlah RM268,802.10.Jumlah ini akan digunakan bagi menampung
perbelanjaan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang telah dianjurkan di seluruh
negara baru-baru ini.Sokongan dari orang ramai sangat mengharukan dan menjadi
peniup semangat untuk Pakatan Rakyat terus berusaha memperbaiki sistem negara
tercinta ini yang telah dirosakkan oleh pemerintahan BN.Tentunya usaha ini
memerlukan sokongan dan dokongan berterusan dari orang ramai terutama menjelang
Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.
700,000 Ribu Rakyat Malaysia Hadir ke HKR#112 Makin Gelisah Umno Menjelang PRU-13
Datuk Seri Anwar sedang menyampaikan ucapan kemuncak pada Himpunan Kebangkitan Rakyat KL#112 |
KUALA LUMPUR 13 JANUARI: Pakar matematik, Prof Dr Shahrir Md
Zain menganggar lebih 700,000 orang menyertai
Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka, semalam.
Memetik Penang Insight, bekas profesor Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) itu dilapor membuat anggaran itu di laman facebook
beliau.
“Kalau berjalan 20 orang melebar sepanjang satu
kilometer (km), jumlahnya 100,000.
“Andaiannya ialah 10,000 kaki sama dengan satu
kilometer, seseorang memerlukan dua kaki persegi untuk bergerak dengan selesa.
“Jadi, lebar jalan 40 kaki dan 5,000 orang boleh
memanjang jalan. Lalu, 5,000 (orang) darab 20 (orang) ialah 100,000 (orang per
kilometer).
“Pertanyaan saya, berapa kilometerkah seluruh orang
yang datang HKR. Jawapannya ialah 700,000,” katanya dengan mengambil kira
pandangan dari atas pada lingkungan tujuh kilometer.
Nyata, ia bertentangan dengan kenyataan Ketua Polis
Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad dalam Buletin Utama TV3
yang hanya menganggar 40,000 orang sahaja menyertai HKR.
Sedangkan twitter rasmi PDRM pula menyebut 80,000
orang menyertai HKR tetapi kemudian membuat pembetulan.
Konvoi kebangkitan Anak Muda N9 peringkat Parlimen telok Kemang
Jom Ubah Demi Rakyat Negeri Sembilan |
Penerangan ringkas sebelum konvoi dimulakan oleh pihak pengurusan konvoi |
Konvoi dilepaskan oleh Pengerusi majlis Permuafakatan keadilan n9(Dr.Rafie) dan Penaung Amk Jom Ubah (pak ungku) |
Melibatkan 50 kenderaan(kereta/motosikal) dan hampir 100 peserta |
Subscribe to:
Posts (Atom)