 |
Ratusan ribu rakyat malaysia hadir ke Himpunan kebangkitan rakyat |
 |
Mampukah UMNO/Barisan Nasional Mengumpal jumlah peserta seperti ni tanpa m'byr peserta dengan wang? |
 |
Rakyat semakin berani menuntut hak mereka |
 |
Permandangan dari udara ketika HKR#112 |
 |
Muka depan Akhbar Sinar Harian seluruh Malaysia pd 13 januari |
Pihak Sekretariat Himpunan Kebangkitan
Rakyat ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah ke atas rakyat Malaysia yang
telah sama-sama melakar sejarah pada 12 Januari 2013 lalu.Perhimpunan yang
dihadiri oleh 500,000 peserta tersebut adalah bukti apa yang diperjuangkan
selama ini oleh Pakatan Rakyat iaitu rakyat perlu diberikan peluang berhimpun
secara aman dan bebas menyatakan pendapat.Kami juga ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Himpunan ini
terutamanya anggota keselamatan dari PDRM, pengurusan Stadium Merdeka, pasukan
Unit Amal serta para pimpinan NGO dan parti politik.Kami juga menghargai
kesabaran orang ramai yang terpaksa menghadapi kesesakan jalanraya pada hari
tersebut.Adalah dimaklumkan bahawa kutipan dari orang ramai pada hari tersebut
adalah berjumlah RM268,802.10.Jumlah ini akan digunakan bagi menampung
perbelanjaan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang telah dianjurkan di seluruh
negara baru-baru ini.Sokongan dari orang ramai sangat mengharukan dan menjadi
peniup semangat untuk Pakatan Rakyat terus berusaha memperbaiki sistem negara
tercinta ini yang telah dirosakkan oleh pemerintahan BN.Tentunya usaha ini
memerlukan sokongan dan dokongan berterusan dari orang ramai terutama menjelang
Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.
No comments:
Post a Comment