Gembira sungguh bro
ini bila Pak Ajib umumkan rebat rm200 tempoh hari.mcn dapat 2juta plk
caranya.kahkahkah…
|
KALAU dibelek berita terkini atau laman sosial. Antara yang
terhangat sekarang adalah kisah rebat RM200 untuk telefon pintar. Tentu masih
segar dalam ingatan gambar daripada sebuah akhbar bagaimana seorang mahasiswa
mengeletik suka apabila rebat itu diumumkan.
Terang lagi bersuluh rebat itu tidak lain untuk memancing
undi anak-anak
muda. Sebab itulah usia minimum untuk layak mendapat rebat ini
adalah 21 tahun. Beri pada belia 20 tahun buat apa, mereka bukan boleh mengundi
pun.
Akan tetapi yang riuhnya hari ini bukan kerana “janji sudah ditepati” lalu “kini
masa balas budi”. Tetapi riuh kerana ramai merasakan janji itu “indah khabar dari
rupa”. Sebab muncul syarat telefon pintar yang layak hanya yang
harga maksimum RM500.
Bingitlah seantero alam seolah-olah ini pertama kali mereka
melihat pemerintahan Barisan Nasional membuat silap mata sedemikian. Berkecai
angan-angan sesetangah orang untuk memiliki telefon pintar canggih kerana
syarat baru itu ‘menyempitkan’ pilihan.
Sebenarnya alangkah baik jika anak muda dapat fikir lebih jauh
daripada itu. Janji ditepati yang menjadi janji di’capati’ (kerana telah
dicanai) memang mengundang angin satu badan. Tetapi ada persoalan lebih besar
daripada itu yang perlu difikirkan.
Apakah tidak ada perkara lain yang memberi manfaat jangka
panjang dan lebih memerlukan peruntukan RM300 juta berbanding rebat
telefon pintar itu? Adakah anak muda hari ini begitu murah nilainya sehingga
memadai rebat telefon bimbit untuk memikat undi mereka? Jawapannya akan
memberitahu kita adakah pemerintah ini pemerintah pintar.
Ayuh, pintarkan telefon, pintarkan diri.Ayuh anak muda jangan terus dibodohkan oleh Barisan
Nasional lagi.
Renuangkan wahai anak muda |
No comments:
Post a Comment