![]() |
Datuk Seri Anwar sedang menyampaikan ucapan kemuncak pada Himpunan Kebangkitan Rakyat KL#112 |
KUALA LUMPUR 13 JANUARI: Pakar matematik, Prof Dr Shahrir Md
Zain menganggar lebih 700,000 orang menyertai
Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka, semalam.
Memetik Penang Insight, bekas profesor Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) itu dilapor membuat anggaran itu di laman facebook
beliau.
“Kalau berjalan 20 orang melebar sepanjang satu
kilometer (km), jumlahnya 100,000.
“Andaiannya ialah 10,000 kaki sama dengan satu
kilometer, seseorang memerlukan dua kaki persegi untuk bergerak dengan selesa.
“Jadi, lebar jalan 40 kaki dan 5,000 orang boleh
memanjang jalan. Lalu, 5,000 (orang) darab 20 (orang) ialah 100,000 (orang per
kilometer).
“Pertanyaan saya, berapa kilometerkah seluruh orang
yang datang HKR. Jawapannya ialah 700,000,” katanya dengan mengambil kira
pandangan dari atas pada lingkungan tujuh kilometer.
Nyata, ia bertentangan dengan kenyataan Ketua Polis
Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad dalam Buletin Utama TV3
yang hanya menganggar 40,000 orang sahaja menyertai HKR.
Sedangkan twitter rasmi PDRM pula menyebut 80,000
orang menyertai HKR tetapi kemudian membuat pembetulan.
No comments:
Post a Comment