Saturday, November 20, 2010

E-Kasih Atau E Pilih Kasih ????

Labu Hilir . Jika Ibu seorang professional terkenal layak menerima bantuan warga emas RM 300 sebulan drp JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT @JKM, masakan Nenek Esah Ibrahim, 87 tahun ini tidak layak menerimanya. Nenek tua ini yang berkerusi roda bukan sahaja dinafikan bantuan tersebut, bahkan anak perempuannya, Noriah Karim, 58 thn yang merupakan ibu tunggal juga terkonteng-konteng menjaga ibunya ini.
Lihat sahaja gambaran diatas, bukan sahaja terlantar dikerusi roda, bahkan ditepi katilnya penuh dengan ubatan dan kelengkapan diri.
Ya, mungkin rumah yang ditumpangnya besar hasil titik peluh wang simpanan semasa bekerja buruh estet dulu, tapi yang nyata.... itu dulu...puluhan tahun telah berlalu... Kuk kita ambil contoh pakcik2 di Kg LBJ misalnya, memang dulu tu kaya....hingga digelar jutawan.. Tapi sekarang .... mungkin kita sendiri sedia maklum tentang apa yang terjadi pada sebahagian daripada mereka....
Ada yang kata, nenek ni tak layak sebab rumahnya besar! Abeh tu, rumah warga emas yang dapat RM300 tu tak sama besar ke...?Tak kan batu, tembok, dinding atau kayu tingkap dan pintu tu boleh bertukar menjadi makanan untuk hidup seharian...untuk beli beras atau telor gred C yang harganya 33 sen sebiji ?.Itu belum lagi ubatan yang bukanlah sedikit harganya.
Menurut Nenek Esah yang di pihak buletinlabu temui, dia berserah sahaja kepada Allah. Ketika ditemui, nenek ini masih memakai telekung kerana baru sahaja selesai mengerjakan Solat Asar. ... Walaupun nampak tenang, dikejauhan sudut matanya seakan tersimpan satu kesedihan , derita kesukaran yang ditempuhi disaat-saat menitinya waktu.
Mudahan, dengan slogan baru RAKYAT DIDAHULUKAN, terbuka hati pihak berkaitan untuk menghulurkan bantuan... Kalau kita katakan ada Adun tidur, dia marah. Kalau kita laporkan dalam blog ni dikatakan Blog Goblob, jgn percaya ...... tuan-tuan pikir dan lihatlah sendiri. Bagi nenek Esah bersabarlah..... mudahan berkat doa nenek lepas asar tadi....ada pihak2 tertentu menjengok esok2nya.

4 comments:

  1. mmg hampeh jkkk kg mkn gaji buta

    ReplyDelete
  2. pindah yo lah poie selangor cam den ni ha... air free, baby dapek duit, warga emas dapek duit.. apo laie

    ReplyDelete
  3. bila amanah di perlekehkan maka terjadilah kes-kes begini, pengagihan hanya kepada suku sakat

    ReplyDelete
  4. Assalam..yang tak amanah, pocah amanah dan rakyat yang monanah. Ado dio pikir? Ponah? Nah..!!skarang pikir dulu 1000 x nak mangkah sok pilih dacing tak amanah ko nak pilih bulan torang sampai dalam tanah (lianglahad laa..)Pikir2 an lah sendiri. Jom pakat bawak bebudak mudo poiee daftar sobagai pomilih.

    ReplyDelete