Wednesday, November 7, 2012

Projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PRIMA ) di Jalan Labu, Selamatkah ??? Kuari IJM kurang 500 meter. EIA lulus ke ?


LABU.  Tidak lama dulu Perdana Menteri   “ Haram Jadah “ telah melancarkan Projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia @ PRIMA di Jalan Labu berhampiran Perkampungan Orang Asal Kg Sebir.
Kita menyokong usaha murni mana-mana kerajaan untuk membantu rakyat memiliki rumah. Bahkan salah satu manifesto Barisan Nasional PRU 12 adalah “ meningkatkan penyediaan rumah bermutu dengan harga yang mampu beli ". Persoalannya, bagaimana projek PRIMA tersebut dibuat bersebelahan dengan Kawasan Kuari.? Apakah telah ada kelulusan daripada  pihak berkuasa tempatan atau jabatan-jabatan berkaitan ??
Ada sumber memberitahu, rumah tidak boleh dibina berdekatan  dengan kauri, Setidak-tidaknya 500 meter daripada sempadan . Sekiranya Projek PRIMA hendak dibuat juga terpaksalah Kuari di tutup. Dan pihak2 berkaitan seperti DOE kenalah mengambilkira faktor2 atau kesan2 seperti TAHAP KEBISINGAN , DEBU  dll.  Ini tidak lagi mengambil risiko keretakan rumah atau risiko batu berterbangan semasa kerja2 pengeboman  batu sekiranya operasi Kuari ini diteruskan. Soalnya adakah Operasi Kuari akan ditutup ?  Sekiranya tidak, bila pula projek PRIMA hendak dimulakan ??
Faktor2 ini perlu diberi perhatian kerana kita tidak mahu dikemudian hari nanti, kita melonggokkan penduduk disuatu kawasan bermasalah dari segi kesihatan. Penyakit seperti Kanser, Asma, Kegatalan @ Alahan Kulit, jangkitan paru2, penyakit telinga, hidung dan tekak  adalah adalah sebahagian  penyakit yang mungkin boleh berpunca dari kesan aktiviti perlombongan kauri ini.


Rumah tidak boleh dibina berdekatan dengan kauri, setidak-tidaknya pada jarak 500meter daripada sempadan. Sekiranya Projek PRIMA hendak dibuat juga terpaksalah Kuari di tutup. Dan pihak2 berkaitan seperti DOE kenalah mengambilkira faktor2 atau kesan2 seperti TAHAP KEBISINGAN , DEBU  dll.
  



Ini belum mengambilkira faktor2 lain yang sudah pasti memberi kesan sampingan. Faktor Banjir kilat dihiliran Sg Labu sudah pasti  berlaku jika Projek Prima dijalankan dalam masa terdekat… Ketika itu bersedialah penduduk disekitar Labu Bt 8, Kg Pulau dan Jijan menghadapi banjir.. Dengan system perparitan dan saliran sedia ada , sudah pasti tidak dapat menampung derasan air akibat kegondolan tanah di sekitar tapak projek Priima. Ini belum lagi mengambilkira pembangunan rancak di Seremban 2, Ulu Mantau dan Projek Pembangunan di Galla. Kesimpulannya, kita mahu Projek PRIMA diteruskan, tapi faktor2 alam sekitar dan kesan kepada penduduk sekeliling seperti Penduduk Asal Sebir mesti juga diambilkira  bersesuaian dengan tema Rakyat didahulukan , Pencapaian diUtamakan

9 comments:

  1. Mudah jadi pengkritik, tapi cuba jadi pelaksana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau takde pembangkang siapa lagi nak tegor, nanti rakyat susah.. wow!..

      Delete
    2. ok taada semua tak betoi. bodoh. bangkang buat penuh bijaksana . bodoh sombomg

      Delete
  2. aku duduk kat labu batu 3.ok je..sihat je aku.lagi berbaloi sbb dekat dgn bandar. kalau ckp je xde pengalaman dduk kat sini jgn main ckp jelah.

    ReplyDelete
  3. Saya penduduk kg. Orang Asli Sebir berdekatan betul dengan kuari sudah hampir 20 tahun menghadapi acaman kuari seperti habuk, gegaran, letupan kuat, keretakan rumah, kalau tak percaya saudara melawat bukannya jauh sangat. bising, dalam segi kesihatan jangan ceritalah, macam asma, batuk kering, masaalah kulit gatal-gatal, manak-kanak baru lahir masaalah kulit dan mata... Banyak lagi kalau nak cerita. Masaalah ini semua sudah buat aduan Kepada kerajaan. Tapi pihak kerajaan Buat tidak peduli. Kebun saka habis musnah.. benar apa yang dilaporkan oleh buletin ini kisah benar dan nyata.. masyarakat kami Orang Asli yang telah lama menderita...

    ReplyDelete
  4. Bila dengar cerita macam ni cuba tinjau jgn tulis dalam blog je!..

    ReplyDelete
  5. Kami penduduk kampong Gadong Jaya berasa sungguh kecewa kerana pihak PR1MA difahamkan ingin membeli tanah kami dengan yang terlalu murah sedangkan kawasan tanah tersebut sangat pesat membangun (segi tiga emas)seperti perumahan Seremban 2, kawasan komersil Bandar Sri Sendayan, pembinaan lapangan Terbang TUDM Malaysia, pembangunan pesat di LBJ dan lain- lain lagi. Justeru, kami akan kehilangan satu2nya tanah pusaka kami buat selama-lamanya sedangkan pihak PR1MA dan pemaju akan mendapat harta kekal buat selamanya.

    Juga tanah kami adalah tanah berstatus freehold dan bukannya Malay Reserve. Oleh yang demikian besarlah harapan kami agar pihak PR1MA dapat menaikkan harga pembelian kepada yang lebih adli lagi berpatutan iaitu sekurang2nya RM 13.00 kp. Pertimbangan, jasa biak dan kerjasama dari pihak PR1MA dll terlebih dahulu kutaan terima kasih kami ucapkan dan semoga Allah SWT sahajalah yang dapat membalas budi baik pihak PR1MA itu. Sekian dimaklumkan, terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Kami penduduk kampong Gadong Jaya berasa sungguh kecewa kerana pihak PR1MA difahamkan ingin membeli tanah kami dengan yang terlalu murah sedangkan kawasan tanah tersebut sangat pesat membangun (segi tiga emas)seperti perumahan Seremban 2, kawasan komersil Bandar Sri Sendayan, pembinaan lapangan Terbang TUDM Malaysia, pembangunan pesat di LBJ dan lain- lain lagi. Justeru, kami akan kehilangan satu2nya tanah pusaka kami buat selama-lamanya sedangkan pihak PR1MA dan pemaju akan mendapat harta kekal buat selamanya.

    Juga tanah kami adalah tanah berstatus freehold dan bukannya Malay Reserve. Oleh yang demikian besarlah harapan kami agar pihak PR1MA dapat menaikkan harga pembelian kepada yang lebih adli lagi berpatutan iaitu sekurang2nya RM 13.00 kp. Pertimbangan, jasa biak dan kerjasama dari pihak PR1MA dll terlebih dahulu kutaan terima kasih kami ucapkan dan semoga Allah SWT sahajalah yang dapat membalas budi baik pihak PR1MA itu. Sekian dimaklumkan, terima kasih.

    ReplyDelete

    ReplyDelete
  7. Kami penduduk kampong Gadong Jaya berasa sungguh kecewa kerana pihak PR1MA difahamkan ingin membeli tanah kami dengan yang terlalu murah sedangkan kawasan tanah tersebut sangat pesat membangun (segi tiga emas)seperti perumahan Seremban 2, kawasan komersil Bandar Sri Sendayan, pembinaan lapangan Terbang TUDM Malaysia, pembangunan pesat di LBJ dan lain- lain lagi. Justeru, kami akan kehilangan satu2nya tanah pusaka kami buat selama-lamanya sedangkan pihak PR1MA dan pemaju akan mendapat harta kekal buat selamanya.

    Juga tanah kami adalah tanah berstatus freehold dan bukannya Malay Reserve. Oleh yang demikian besarlah harapan kami agar pihak PR1MA dapat menaikkan harga pembelian kepada yang lebih adli lagi berpatutan iaitu sekurang2nya RM 13.00 kp. Pertimbangan, jasa biak dan kerjasama dari pihak PR1MA dll terlebih dahulu kutaan terima kasih kami ucapkan dan semoga Allah SWT sahajalah yang dapat membalas budi baik pihak PR1MA itu. Sekian dimaklumkan, terima kasih.

    ReplyDelete

    ReplyDelete