Tuesday, December 8, 2009

Orang Asli Kg Tekir masih dipinggirkan. Jalan Utama Ke Pekan Labu masih Tanah Merah.


MEMERANJATKAN, LEBIH 50 TAHUN MERDEKA JALAN UTAMA KAMPUNG ORANG ASLI TEKIR KE PEKAN LABU MASIH TIDAK BER TAR... DI MANA SILAPNYA.
Bersama dengan Ketua Kampung Tekir, Encik Sturi , 49 tahun. Beliau menyatakan bahawa sepatutnya Jalan di pekan Labu berhampiran komuter yang sepatutnya diturap terlebih dahulu menghubungkan Kg Orang Asli Tekir. Alasannya cukup mudah sebab di Pekan Labu, semua kemudahan seperti sekolah Menengah, Balaipolis, Pejabat Pos dan Kedai runcit semuanya ada. Beliaupun tak faham mengapa jalan di Kg Batu 9 pula yang diturap terlebih dahulu. Dahlah tu, diturap sampai 2 kali pula tu...









Bayangkanlah apabila hari hujan. Inilah laluan bagi anak-anak sekolah Kg Tekir terpaksa lalui. Bukan sahaja kasut, seluar basah, tapi air yang kotor itu mengundang penyakit pada mereka.











Kg Tekir , Labu adalah antara perkampungan Orang Asli terawal yang wujud sekitar 1800an lagi. Dah lebih 50 tahun merdeka, satu2nya jalan utama yang terpenting pun masih tidak diturap. Inikah yang dikatakan menjaga kepentingan pribumi. Mana perginya Jabatan yang menjaga kepentingan orang-orang Asli... Tidur ke mereka ni









Inilah pintu masuk utama yang menghubungkan Pekan Labu ke Perkampungan Orang Asli Tekir.
Bila hujan lebat ... dah pasti lumpur merah menghiasi seluar atau pakaian. Ada kalanya kenderaan seperti motor tergelincir atau kereta terpurok pada jalan yang berlumpur..

No comments:

Post a Comment