Wednesday, May 4, 2011

Tempat Pembuangan Sampah Labu Batu 10 di tengah Pekan

APA RASIONALNYA TEMPAT PUNGUT SAMPAH DI TENGAH PEKAN. BAU BUSUK MENUSUK KALBU KETIKA SAYA MENIKMATI SARAPAN PAGI. TAKAN TIADA TEMPAT YANG SESUAI.SIAPA PUNYA IDEA SAMPAI LETAK SAMPAH DI DEPAN KEDAI MAKAN.PIHAK YANG BERTANGGUNG JAWAB HARAP DAPAT MENGUBAH KE TEMPAT YANG LEBIH SESUAI.

Monday, May 2, 2011

Keadilan Dun Labu masih komited untuk bertanding Di Dun Labu Bagi PRU AKAN DATANG

Labu 2 Mei,
Kepada semua pembaca, keadilan Labu masih komited untuk bertanding di Dun Labu.
Ini berdasarkan maklumat dari orang ramai yang mahu PKR bertanding. Mengikut analisa kami Dun Labu adalah kawasan pinggir bandar dan pecahan penduduknya adalah kepada melayu 60%,Cina 25% dan India 15%. Kawasan seperti ini sesuai untuk PKR bertanding.
Pas dan Dap lebih sesuai dimajoriti kaum melayu dan Cina atau India.
Memandangkan pembahagian kerusi tahun 2008 juga telah putuskan PKR bertanding di Dun Labu adalah wajar pada PRU akan datang PKR diberi ruang lagi.
Untuk makluman pada PRU lalu pas bertanding 13 kerusi dan hanya mampu menang 1,DAP bertanding 12 dan menang semua kerusi,PKR bertanding 11 dan menang 4.
Sekiranya Dun Labu nak di beri pada Pas maka Pas kenalah buat analisi yang terperinci sama ada sesuai untuk mereka bertanding atau tidak .Pas lebih sesuai di kawasan Melayu.Jika di kawasan melayupun Pas mengalami kesukaran untuk menang bagaimana dengan kawasan campuran. Renung renungkanlah sebelum tuntut Labu.

Sunday, March 6, 2011

Saturday, November 20, 2010

E-Kasih Atau E Pilih Kasih ????

Labu Hilir . Jika Ibu seorang professional terkenal layak menerima bantuan warga emas RM 300 sebulan drp JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT @JKM, masakan Nenek Esah Ibrahim, 87 tahun ini tidak layak menerimanya. Nenek tua ini yang berkerusi roda bukan sahaja dinafikan bantuan tersebut, bahkan anak perempuannya, Noriah Karim, 58 thn yang merupakan ibu tunggal juga terkonteng-konteng menjaga ibunya ini.
Lihat sahaja gambaran diatas, bukan sahaja terlantar dikerusi roda, bahkan ditepi katilnya penuh dengan ubatan dan kelengkapan diri.
Ya, mungkin rumah yang ditumpangnya besar hasil titik peluh wang simpanan semasa bekerja buruh estet dulu, tapi yang nyata.... itu dulu...puluhan tahun telah berlalu... Kuk kita ambil contoh pakcik2 di Kg LBJ misalnya, memang dulu tu kaya....hingga digelar jutawan.. Tapi sekarang .... mungkin kita sendiri sedia maklum tentang apa yang terjadi pada sebahagian daripada mereka....
Ada yang kata, nenek ni tak layak sebab rumahnya besar! Abeh tu, rumah warga emas yang dapat RM300 tu tak sama besar ke...?Tak kan batu, tembok, dinding atau kayu tingkap dan pintu tu boleh bertukar menjadi makanan untuk hidup seharian...untuk beli beras atau telor gred C yang harganya 33 sen sebiji ?.Itu belum lagi ubatan yang bukanlah sedikit harganya.
Menurut Nenek Esah yang di pihak buletinlabu temui, dia berserah sahaja kepada Allah. Ketika ditemui, nenek ini masih memakai telekung kerana baru sahaja selesai mengerjakan Solat Asar. ... Walaupun nampak tenang, dikejauhan sudut matanya seakan tersimpan satu kesedihan , derita kesukaran yang ditempuhi disaat-saat menitinya waktu.
Mudahan, dengan slogan baru RAKYAT DIDAHULUKAN, terbuka hati pihak berkaitan untuk menghulurkan bantuan... Kalau kita katakan ada Adun tidur, dia marah. Kalau kita laporkan dalam blog ni dikatakan Blog Goblob, jgn percaya ...... tuan-tuan pikir dan lihatlah sendiri. Bagi nenek Esah bersabarlah..... mudahan berkat doa nenek lepas asar tadi....ada pihak2 tertentu menjengok esok2nya.

Friday, March 19, 2010

NOTIS ROBOH GERAI DI TMN GADONG JAYA, LABU. Mengapa "Hulubalang Melayu" tak Menyalak seperti di Penang ?


Utusan Malaysia dengan megahnya dimuka depan menunjukkan gerai orang Melayu dirobohkan sedikit masa lalu di P.Pinang. Nah, sekarang ini di Tmn Gadong Jaya, Labu, Negeri Sembilan notis merobohkan gerai telah dibuat oleh Majlis Perbandaran Nilai.
Menariknya notis dikeluarkan sehari sebelum berlansungnya program JUARA RAKYAT bersebelahan dengan kawasan gerai tersebut pada 6 hb Mac 2010. ,
Di Negeri Sembilan, Kerajaan, MBnya orang Melayu , semua gerai ( 15 orang lebih kurang ) semuanya Orang Melayu dan Majoriti di Labu ni orang Melayu. Tak kan berdiam diri shj. Kalau di P.Pinang, Utusan Malaysia mengaung, "Pahlawan Melayu" rasa terhina, NGO atau Dewan Melayu melalak tentang ketidakperihatin Ketua Menteri Cina, apakah di N. Sembilan, nada yang sama tidak diutarakan?
Pelik dan Ajaibnya, notis berbunyi ....kacauganggu iaitu meletakkan dan menjalankan perniagaan di atas jalan masuk ke balai raya Tmn Gadong Jaya. ( Tempat berlangsung Program Juara Rakyat.)
Sedihnya, hampir 5 hingga 6 tahun mereka berniaga disitu, hanya kerana kononnya Program JUARA RAKYAT yang dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri ( itupun tak jadi datang..), mata pencarian mereka direntap sedemikian rupa... JUara Rakyat apakah ini ?
Lebih menyedihkan, Ketua Pemuda UMNO Negeri adalah anak watan Labu sendiri.. Kita cabar beliau untuk mempertahankan Gerai2 Melayu ini... dan mempertahankan penjaja melayu di Tmn Gadong ini drp tindakan MPN .Adun Labu tak payah nak cakap.... Beliau lebih arif dan mungkin terlalu sibuk untuk mengambil tahun hal2 kecik sebegini agaknya?

Sunday, January 24, 2010

ADUN LABU ABAIKAN WARGA OKU, Nasib Khairul Nizlan yang Terrencat Akal dan Buta terumbang-ambing



Ladang Labu Bt 10. Masejnya sangat jelas.
Disahkan Buta, Disahkan terencat akal dan berdasarkan Kad Kuning Jabatan Kebajikan Masyarakat bertarikh 29.08.06 Jenis Ketidakupayaannya diklasifikasikan sebagai Masalah pembelajaran
Pelik dan Ajaibnya, Khairul Nizlan Mohd Shah, 18 tahun yang mempunyai KP 910401055137 diistiyarkan tidak layak mendapat bantuan kebajikan masyarakat.....





Ibunya, Puan Kamariah Abdul Rahman, 50 tahun, bekerja sebagai pencuci di Kilang sawit berhampiran dengan gaji bersih RM 300 tidak dapat untuk berkata apa-apa. Apatah lagi selepas pemergian suaminya kerahmatullah beberapa bulan yang lalu.
Lebih malang, anak lelaki bongsunya itu tidak pandai untuk membersihkan diri terutamanya bila membuang air besar.. perlu dibantu dan ditolong ....
Kepada Adun Labu... janganlah tidur, jenguk dan hulurkanlah bantuan dengan kuasa yang ada di tangan Yang Berhormat. Kepada mereka yang sudi menghulurkan bantuan, bolehlah terus ke rumah mereka di Ladang Rumah Kilang, Batu 10 Labu... Kepada Jab Kebajikan Masyarakat, jenguk2lah balik surat tuan bertarikh 18/11/2008, Ruj : PKMD.NS.01/600/04. ....., yang ditandatangani oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban, En Burhanuddin Bachik.... mungkin perlu dibuat penilaian semula.










































Saturday, December 12, 2009

PROGRAM PELANCARAN RANTING " LABU BATU 8 " 12 Dis 09, DI KG PELEGONG, BT 8 LABU, NS


Ada sesuatu yang dibincangkan oleh Ketua Wanita
Ranting Labu Batu 8, Puan Amri & YB Zuraidah sambil
diperhatikan oleh Puas AS


Menyambut kehadiran YB Zuraidah dan kemudiannya
sempat berpelukan tanda ukhwah yang mendalam



YB Zuraidah Sempat menziarahi Ketua
Umno Cawangan Kg Pelegong yang Sakit iaitu
Sdr Basri Salleh yang telah mengalami "stroke"


YB juga sempat menghulurkan sedikir sumbangan
Gambar atas, YB Zuraidah menenangkan Sdr Basri
yang terharu dengan kehadiran & nasihat diberikan.






Tidak dapat dibayang kesedihan yang terukir diwajah
Sdr Basri atas lawatan mengejut YB Zuraidah & rakan2
Daripada keadilan ke rumah beliau. Kita doakan Sdr Basri
sempat sembuh. Amin




YB Zuraidah sempat menasihatkan isteri Sdr Basri
Agar bersabar dengan apa yang berlaku.

Sebahagian ahli yang bergambar kenangan bersama
dengan YB Zuraidah & YB Ravi, Adun Pord Dickson
Seramai 40 orang hadir dalam program perasmian
tersebut yang kebanyakannya wanita. Terimakasih



Hello brother...nanti dulu. belum readylah



Menjamu Selesa selepas selesai majlis Perasmian



Walaupun kita tak ramai, tetapi kita mempunyai ahli
hebat & mempunyai iltizam perjuangan yang ikhlas.
Terus berjuang.... untuk keADILan. Insyallah pasti
akhirnya kebenaran & kemenangan akan terserlah.





Jangan Risau, Kita YB dari Pembangkang seramai
15 orang memang bekerja untuk rakyat- YB Ravi
sambil didengar dengan tekun oleh YB zuraidah dan
Sdr Norizam, Timb Ketua Cabang Rasah

Kalau nak berzikir... carilah tempat lain. Khusuk
sangat nampaknya Pak Zainal @ Jangut mendengar
amanah yang disampaikan.

Kita mendengar suara rakyat. Kita akan pertahankan
& perjuangan hak golongan miskin dan memerlukan.
Hari ini, segelintir pemimpin UMNO utamakan tempolok
sendiri. Jambatan runtuh dalam kebun sendiri cepat2 direpair
sebaliknya laluan ramai .... lewat2 sikitlah...
Ada pemimpin mereka cakap bila rakyat mengadu, Dah rezeki
dia dapat bina jambatan, sabarlah ". Peliknya Jambatan tu
dah 3 Kali repair. Kebun sendiri pulak tu dan dia sorang aje
yang lalu... SPRM... agak2nya, ada tak salahguna kuasa masa
nak lulus tempat yang sama aje sampai 3 kali ?????....

Sdr Norizam sempat menyampaikan ucapan aluan .
Hadiran sama adalah Ketua Ranting PD, Sdr Abdul
Jabar 9 (belakang), selain Sdr Rahim, Ranting LBJ
Sdr Said Khan, Ketua Ranting Labu Pulau.

Makcik2 kena tahu, kita wanita ramai di Msia ni ramai.
Tapi peruntukannya hanya kecil sahaja. Yang besarnya
hanya seorang wanita bernama Rosmah iaitu 100
juta untuk projek Permata.



Sebahagian yang hadir mendengar kupasan
dari YB Ravi & YB Zuraidah










TERIMAKASIH PADA SEMUA. TERUS BERJUANG DGN
IKHLAS. SABAR DAN BERDOALAH. MEREKA YANG TIDAK
SABAR & TIDAK IKHLAS AKAN TERSERLAH AKHIRNYA.
PADA SEMUA YANG BERUSAHA MENJAYAKAN PROGRAM
PERASMIAN INI, MOGA SDR/I TERUS MENDAPAT KEKUATAN
LUARBIASA DARI PENINDASAN, KEALPHAAN DAN KERENAH YANG
DIHADAPI. SALAM PERJUANGAN, SALAM REFORMASI...