Monday, May 2, 2011

Keadilan Dun Labu masih komited untuk bertanding Di Dun Labu Bagi PRU AKAN DATANG

Labu 2 Mei,
Kepada semua pembaca, keadilan Labu masih komited untuk bertanding di Dun Labu.
Ini berdasarkan maklumat dari orang ramai yang mahu PKR bertanding. Mengikut analisa kami Dun Labu adalah kawasan pinggir bandar dan pecahan penduduknya adalah kepada melayu 60%,Cina 25% dan India 15%. Kawasan seperti ini sesuai untuk PKR bertanding.
Pas dan Dap lebih sesuai dimajoriti kaum melayu dan Cina atau India.
Memandangkan pembahagian kerusi tahun 2008 juga telah putuskan PKR bertanding di Dun Labu adalah wajar pada PRU akan datang PKR diberi ruang lagi.
Untuk makluman pada PRU lalu pas bertanding 13 kerusi dan hanya mampu menang 1,DAP bertanding 12 dan menang semua kerusi,PKR bertanding 11 dan menang 4.
Sekiranya Dun Labu nak di beri pada Pas maka Pas kenalah buat analisi yang terperinci sama ada sesuai untuk mereka bertanding atau tidak .Pas lebih sesuai di kawasan Melayu.Jika di kawasan melayupun Pas mengalami kesukaran untuk menang bagaimana dengan kawasan campuran. Renung renungkanlah sebelum tuntut Labu.

37 comments:

  1. PKR diminta buat analisa kekuatan ahli..Ingat yang menggerakkan Dun LAbu kebanyakkan Org PAS..Hang jgn lupo...Kalo PAS boikot, hang dengan Mokhtar patah tangan dan kaki..

    ReplyDelete
  2. patah kaki dan tangan pegi hospital pakai simen

    ReplyDelete
  3. PKR... tak kukuh...! berbanding PAS..ramai pemimpim PKR dan ahli yang keluar parti...

    ReplyDelete
  4. KEPUTUSAN PRU-13. N20 LABU
    Jumlah pengundi: 12,477
    Peratusan kaum: Melayu: 67.8% Cina: 13.9%India: 18.2% Lain-lain: 0.2%
    1) Datuk Hasim Rusdi (BN) - 5,451
    2) Mokhtar Ahmad (PKR) - 4,046
    Majoriti: 1,405
    Jumlah mengundi: 9,701
    Peratus mengundi: 77.75%
    Undi rosak: 204
    INI JELAS PENYELEWENGAN DATA. PAS LAYAK BERTANDING DI LABU SEBAB
    1) MELAYU LEBIH DARI 65%.
    2) JENTERA PKR LEMAH DAN HANYA MENGHARAPKAN JENTERA PAS. PAS BERSEDIA BRTANDING 3 PENJURU ATAU JENTERA AKAN BERPINDAH KE DUN DI MANA PAS BERTANDING.
    3) PKR MESTI BERSEDIA MEMIKUL TANGGUNGJAWAB UNTUK BERTANDING DI KAWASAN KAMPUNG YANG LEBIH SUKAR UTK DIMENANGI OLEH MANA-MANA PARTI DALAM PAKATAN RAKYAT.
    SEKIAN. HARAP DIFIKIRKAN DGN MENDALAM UNTUK KEBAIKAN PAKATAN RAKYAT SENDIRI.

    ReplyDelete
  5. "Untuk makluman pada PRU lalu pas bertanding 13 kerusi dan hanya mampu menang 1,DAP bertanding 12 dan menang semua kerusi,PKR bertanding 11 dan menang 4."

    Mcm mana PKR Labu berhujah ni sedangkan fakta pun tak betul.Lepas tu yg ANONYMOUS 7.04PM yg saya percaya org PAS pun tk perasan kesalahan fakta tersebut.Bermakna dua kali lima lah tk buat kerja rumah dgn betul sblm berhujah di sini.

    Tanyalah rata-rata pemimpin PKR mahupun PAS terutama pemuda, statistik dan fakta ni memang tk de dlm tgn apatah lagi dlm kepala, lagi tk de.Hujah atas emosi dan retorik semata-mata.

    Fakta yg betul ialah:
    1. PAS bertanding 13 Dun menang 1 Dun
    2. DAP bertanding 11 menang 10 (bkn bertanding 12 menang semua).
    3. PKR bertanding 12 menang 4 (Bkn bertanding 11).

    Benda simple mcm ni pun tk tau lg nk berebut kerusi sesama PR.

    Tp sy setuju dgn hujah Anonymous 7.04pm.67.8% undi melayu PAs lebih layak kerusi ini.Tetapi anda akn menghadapi kesukaran mendapatkan undi cina dan India.India akan liat utk undi PAs berbanding PKR.Lebih2 PAS tk pernah jengok India estet di sekitar Labu.

    Seandainya PKR dibenarkan bertanding di Labu semula, sy cadangkan jentera PAS disumbangkan ke DUN lain yg PAS bertanding.Kita tgk apakah PKR benar2 gah di labu dan boleh berkempen secara solo dgn bantuan DAP sahaja.

    Hujah PKR kalah teruk di kawasan kampung melayu tanpa PAS adalah hujah tidak dibantu dgn fakta.PAS pun masih tidak mampu menembusi pengundi melayu di kampung.

    ReplyDelete
  6. PKR cakap je lebih.buat keje hancuss...harp tenaga pas je...

    ReplyDelete
  7. Buat komen dr penyokong PAS...

    Fakta yg harus difahami oleh PAS adalah N.Sembilan bukan kubu kuat PAS sebagaimana di Kedah, Kelantan, Terengganu n Perlis...diakui kawasan2 ini mempunyai peratusan pemilih Melayu melebihi 70% di 2/3 kawasan dun...

    Negeri Sembilan drpd 36 dun yg melebihi angka 70% pemilih Melayu adalah Sg Lui, Serting, Palong,Lenggeng,Juasseh, Seri Menanti, Senaling,Chembong, Kota & Gemas...dan 26 dun lagi pemilih Melayunya bawah 70%...

    Utk makluman terkini, pemilih Melayu di Labu kini adalah 65.7%, Cina-13.5% India-19.2% Org Asli-1.08%

    Drpd 12,764 pemilih berdaftar Labu, 30% jumlah tersebut terdiri drpd ahli Umno,lebih kurang 7% adalah ahli2 PR (dikenalpasti PKR n Pas)dan selebihnya pemilih bebas tak berparti...

    Logiknya, antara PKR n Pas..andainya ada antara 30% ahli umno itu tidak memangkah calon BN utk Labu, mereka lebih selesa memilih PKR drpd Pas...itu hakikatnya..sebab ahli Umno tidak pernah selesa dgn konsep Pas..

    Penyokong Pas, jgn menafikan sumbangan dan gerak kerja PKR di Labu...walaupun pada PRU 11 (tahun 2004) Pas menang di DM kg Kondok tetapi perolehan undi popular Pas tidak dapat menyaingi undi popular yg diperolehi oleh calon PKR pada tahun 2008 (PRU12)...

    Hakikat seterusnya,walaupun Pas telah mencapai usia matang berbanding PKR yg baru 12 tahun TETAPI gerak kerja PKR tetap menembusi kawasan2 kental Umno yg gerak kerja PAS sendiri sehingga kini masih takut, gusar dan tak pernah jejak langsung kawasan2 kental Umno...apakah Pas Labu nak berbangga dgn adanya cwgn di Tiroi, Labu Bt 8 n Kg Kondok shj? Jgn nafikan kewujudan byk ranting2 PKR di seluruh Labu...walaupun khabar2 rambang menyebut ttg pergolakan PKR di Labu, PKR di Labu tetap komited menjalankan peranannya...

    Jgn berbangga kerana Pas kerap buat ceramah di Labu TETAPI yg hadir sekadar 20 org sahaja walaupun dihadiri 'killer figura Pas'...mana perginya 'ahli Pas yg lebih ramai' drpd PKR tu??

    Penyokong Pas jgn bersikap seperti racun...kita sebagai sebuah kesatuan pakatan harus ada sikap timbang rasa dan persefahaman tinggi...harus diingat kerana DSAI dan Reformasi dan Tsunami Politik 2008 baru Pas dpt menang di Paroi...jgn angkuh!

    ReplyDelete
  8. Sape yg racun sebenarnya? Dalam kerusi adun2 parlimen rasah..xda sorang pun calon pas yang bertanding..adakah ini timbang rasa? sepatutnya semua parti2 komponen PR perlu bertanding di adun2 dibawah parlimen rasah! pembahagian yg sama rata..!PKR labu hanya harapkan jentera PAS..ini dapat dibuktikan pada PRU 2008.!

    ReplyDelete
  9. Salam,memanglah Jentera Pas lebih tersusun dari PKR,tetapi dari segi pecahan undi jumlah pengundi melayu adalah kurang dari 70 %.Tidak sesuai untuk pas .Pas lebih sesuai dikawasan seperti Di Jempol yang rata ratany a pengundi melayu.Ingat Di Semenajung kemenangan Pas banyak Di Kawasan Majoriti melayu (lebih 80%).Untuk Labu adalah lebih sesuai PKR.Undi 2008 satu bukti dimana jumlah undi PKR dan majoritiNYA melebihi Pas pada tahun 2004 WALAUPUN menang di kondok.Sebagai ahli PKR kita masih perlukan Jentera Pas untuk PRU akan datang, atas semangat pakatan kita kena kerja sebagai satu pasukan untuk menentang UMNO habis habisan.

    ReplyDelete
  10. Salam.

    Negeri Sembilan seperti negeri lain di barat semenanjung dan juga Sarawak. Tidak seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu. Pakatan Rakyat umumnya sukar menang di kawasan pendalaman/ kampung tanpa mengira parti mana pun yang bertanding. DAP dan PKR dimohon untuk sama-sama bergandingan untuk menawan kawasan pendalaman/ kampung tersebut. Yang jelas bahawa kawasan bandar dan pinggir bandar adalah tempat yang selesa untuk pakatan rakyat untuk menang berdasarkan banyak faktor.

    Kita mengharapkan pembahagian kerusi yang lebih adil dimana pembahagian lebih seimbang antara kawasan pendalaman/ kampung dengan kawasan bandar/ pinggir bandar tanpa mengira pola pengundi mengikut bangsa. Dengan pembahagian ini bebanan yang ditanggung oleh setiap parti dalam Pakatan Rakyat adalah juga lebih seimbang.

    PAS mempunyai jentera yang baik di Seremban dan Rasah, namun malangnya PAS tidak bertanding di Rasah yang mempunyai 5 DUN dan cuma satu DUN di Seremban berbanding 6 DUN.

    PAS mengharapkan satu kerusi di Rasah dan tambahan satu lagi di Seremban dan boleh diganti dengan kerusi-kerusi lain yang sesuai. Sekiranya ini tidak berlaku, Pemuda PAS telah bertekad untuk bertanding 3 penjuru tetapi bagi saya ianya merugikan semua pihak dalam Pakatan rakyat dan alternatif secara logiknya jentera PAS di kawasan tersebut akan dipindahkan/ berpindah membantu PAS di mana PAS bertanding. Maka PKR kena bersedia dengan jentera sendiri dengan dibantu dengan jentera DAP. Bantuan dari jentera PAS akan sangat minima dalam PRU-13 nanti.

    Wallau'alam. Maaf.

    ReplyDelete
  11. Setuju dengan (Anonymous May 4, 2011 8:28 AM),
    asyik2 isu peratusan pengundi melayu,PKR labu x perlu gunakan isu peratusan pengundi melayu (kurang 70%)untuk bertanding di labu,pru12 telah membuktikan PAS mampu menang di kawasan majoriti melayu kurang 70% seperti di parlimen kota raja (pengundi melayu 47%),parlimen hulu langat (52% melayu),kuala selangor (60% melayu)dan e.t.c! isu yang kurang relevan dibangkitkan..di labu pengundi melayu 67% lebih dari kota raja,hulu langat dan e.t.c!perlu ingat,doktrin yg mengatakan PAS hanya mampu menang dikawasan majoriti lebih 70% ke 80% ke, dah x relevan pada masa sekarng..!PAS bukan hanya menang dengan undi melayu saja..tetapi dengan undi bukan melayu jugak..terbukti pada PRU 12,So x perlu lah gunakn isu peratusan pengundi untuk tuntut labu..! sepatutnya penggiliran perlu dilakukan,tahun 1999 PKR bertanding,2004 PAS bertanding,2008 PKR bertanding, sepatutnya PRU 13 PAS bertanding..! mana nya program2 PKR di labu?kurang kedengaran.. PAS lebih aktif berbanding PKR di labu! renung2 renungkanlah ahli2 PKR sebelum nak bertanding di Labu...

    ReplyDelete
  12. salam,kalau Pas tanding di Labu PKR di mana pula?Kenapa Pas nak sangat Labu, kalau area melayu majoriti 47% boleh menang macam cakap orang sebelum ini.Mintalah dun Nilai dari Dap jangan asyik asyik ganggu PKR je.Kalau pas tak nak tolong tak pe. Kita pun ada jentera.

    ReplyDelete
  13. Saya cadangkan kemungkinan PAS tidak akan bantu calon PKR di Labu.So apa lagi bersiap lah org2 PKR di Labu.

    Buktikan anda boleh menang di Labu tanpa bantuan jentera PAS.Kata cawangan PAS di Labu tak banyak berbanding PKR.So apalagi, jgn ckp saja, buktikan anda boleh menang atau bg prestasi yg lebih baik tanpa bantuan PAS.

    Walaubagaimanapun jika PKR gagal lagi atau kalah teruk berbanding 2008, serahkan semula kerusi itu kpd PAS.

    PKR anda juga perlu jenguk org India yg semakin hari semakin kembali kpd MIC-BN.Ingatlah bukan Melayu lebih selesa dgn PKr berbanding PAS di kawasan semi urban.

    Tapi anda semua masih melopong.Tak jumpa pun anda adakan aktiviti di kawasan estet di sekitar Labu.

    Jgn harap India di Labu yg hampir 20% peratus itu nk undi anda, apabila anda semua (pkr mahupun pas) hanya muncul di estet2 selepas parlimen dibubarkan.

    Ingat kes di bagan Pinang? DSAI yg kena tempias akibat kegagalan Dato kamarul gagal jenguk kawasan estet di Teluk kemang sejak menang pru ke-12.

    Merah padam muka DSAI apabila india2 di estet Sua Betong, Ldg Bradwall, Ldg Siliau tanpa Anwar, mana muka Kamarul selama ini? Nak undi baru jenguk estet.

    Ingat tk Anwar "balun" Dato Kamarul dlm meeting tertutup sebab insiden itu?

    So ingat2 lah semua yer? jgn berebut kerusi jer tp tk de strategi nk pikat pengundi berbilang kaum.

    Malah ada ker pas mahupun PKR jenguk cina di pekan labu bt 10, batu 8?

    jumlah undi bkn melayu di labu ialah lebih 32%.

    ReplyDelete
  14. Salam,tuan Anonyymous may 7 ,5:22am,
    Bagi saya PKR tetap akan bantu tak kira siapa bertanding PAS atau PKR ini atas semangat pakatan, Jika tuan ada semangat pakatan Pas pun kenalah berbuat demikian.Jangan Bandingkan prestasi buruk sesorang saja seperti Dato Kamarul, bandingkan juga adun adun pkr yang lain.Kalau kumpulan tuan nak angkat kaki hanya disebabkan pkr bertanding ini bermakna tuan samalah perangai macam orang umno itu.Tuan mukin asal usul umno sebab itulah bagi kenyataan tak nak bantu bila PKR betanding. Orang umno selalunya bila puak mereka tidak di calonkan mereka akan berubah angin dengan menyokong pakatan. Apa bezanya dengan tuan mengatakan tak nak bantu. Ingat pada 2008 PAS hanya bantu secara total di Labu Hilir saja yang lain masih lagi PKR mendominasinya. Kalau benar tuan ada semangat pakata tolong jangan cakap tak nak bantu . Indirectly macam membantu umno gayanya. Sekali lagi saya sebagai penyokong PKR sejak 1999 berjanji akan memastikan bantuan PKR tetap di sumbang tidak kira siapa bertanding. Ini semua atas semangat pakatan. Kita bukan saja nak undi tuan , tetapi bantuan tuan. Begitu juga tuan tuan bukan saja nak undi kami tetapi bantuan kami juga. Akhirsekali saya cabar Tuan buatlah program di mana mana estet Di Dun Labu ,jika tuan berjaya saya akan bertukar parti menyertai tuan.PKR memang tak mampu tembusi estet estet Di Labu , PAS macam mana?

    ReplyDelete
  15. Salam,bawalah apa isu di Labu, umno tetap menang. Orang Labu tiada deria rasa. Kulit mereka tebal belaka.PKR DAN PAS janganlah buang masa . Labu ada potensi jadi ketua pembankang sekiranya pakatan menang. Tak kisahlah siapa bertanding samada pkr,pas atau pun DAP yang menang tetap umno.Orang Labu yang tua kebanyakan adalah umnok totok, manakala golongan muda yang tinggal adalah yang kurang berpendidikan, yang muda lagi senang dibeli dengan menyediakan pertandigan sukan,konvoi motor dan sebagainya. Yang berpendidkan golongan muda telah berhijrah ke tempat lain . Peluang untuk pakatan menang amatlah tepis sekali. Peluang untuk menjadi ketua pembakang amatlah cerah sekiranya pakatan perintah NS. Sebab itulah Dato Hasyim berani letak replika buah Labu di kawasan Labu. Cara pemikiran orang Labu sama macam buah Labu.

    ReplyDelete
  16. Saya kira pendapat penyokong PAS terlalu rambang...harus berpaksi kepada hakikat...saudara penyokong Pas harus sedar jika Pas berani dan ada kekuatan dan memegang konsep PAS FOR ALL cubalah masuk bertanding di kawasan2 campuran...PKR sudah pastinya sebuah parti MULTIRACIAL....itu yg harus difahami bukan mempertikaikan keberadaan PKR di Labu...

    PRU 2004, ketika Pas bertanding di Labu HANYA menambah 200+ undi kepada pembangkang sedang pada PRU 2008 PKR telah berjaya meningkatkan undi sebanyak 1400+ kpd pembangkang....kita anjak lagi ke belakang, pada PRU 1995 ketika Semangat 46 bertanding di Labu hanya mendapat 900+ undi saja tetapi pada PRU1999 Keadilan telah meningkatkan undi sokongan kepada 38%....

    Hakikatnya PKR lebih diterima di Labu berbanding PAS...undi popular dan peningkatan sokongan sebanyak 50% sokongan rakyat adalah kpd PKR...itu PAs harus akui...bukan terus meminta2 tanpa membuat kaji selidik yg betul....Secara LOGIKNYA, PKR harus bertanding 16 kerusi Dun di Negeri Sembilan....kerusi dun seperti chembong, kota, gemencheh, klawang,serting dan paroi layak ditandingi PKR bukan PAs kerana populariti berdasarkan parti berkelbihan kpd PKR berbanding Pas.

    ReplyDelete
  17. pada masa sekrang..pengundi lebih percayakan PAS drpd PKR..bukan shaja melayu yg katakan begitu malah ramai masyarakat bukan melayu berpendapat demikian...calon2 PKR perlu tarbiyah dulu...! PAS parti yg paling disiplin berbanding komponen parti PR yg lain..! kerusi2 di ampangan contohnya, kerusi PAS asalnya..tp atas semangat PR ,Pas beri pada PKR!padahal ampangan merupakan tapak segala tapak bagi ahli2 PAS disitu ...Dun sikamat...sape owg2 dibelakangnya membantu?Jentera PAS jugak yg ramai...kalau saudra katakan kawasan campuran,PAS menang di paroi..(kawasan campuran jgak = peratusan pengundi hampir dengan dun labu)..pas dah buktikan boleh menang..saudra (Anonymous May 8, 2011 5:17 AM) bangkitkan isu-isu yg remeh! saudara perlu ingat zaman dah berubah..pola pengundian pun dah banyak berubah, x seperti dulu..!kalau saudara nak bandingkan pru-pru yg lepas (1999,2004 dan 2008)..perlu ingat situasi politik masa tu..espicially 2004-PKR pun kalah teruk masa tu ( satu kerusi parlimen jer yg menang)..tahun 1999 kebanyakkn kerusi2 dun parlimen kuala pilah..Pas kalah dengan majoriti 1500-1000 kebawah...tapi sebaliknya tahun 2004..!so kena paham situasi...! kerusi lenggeng pun menctatat peningkatan undi pd 2008 berbanding 2004..!so x perlu lah nak bandingkan pru2 yg lepas..!perlu bandingkan kekuatan dan jumlah ahli sesuatu parti dalam dun tersebut..baru layak bertanding..!saudara (Anonymous May 8, 2011 5:17 AM) perlu banyakkan kajian, baru layak nak beri comment..! So xda isu berat yang boleh menghalang PAS bertanding di labu..mahupun di ampangan..!

    ReplyDelete
  18. Pemuda 7...saya berpendapat sikap saudara tidak mencerminkan sepakat pakatan...

    ini bukan soal nak gilirkan siapa yg bertanding tetapi lihatlah perolehan undi popular antara PKR dan Pas...

    Dah terbukti perolehan undi popular Pas PRU2004 di labu lebih rendah berbanding undi popular PRU 2008...kenapa perlu perbandingan drpd PRU2 lalu? RASIONALnya supaya tiap2 parti melihat potensi dan kelayakan utk menang...bukan sebab nak gilir2...dah terbukti dua PRU 1999 dan 2008 perolehan undi popular PKR lebih tinggi....itu hakikat yg Pas kena terima....

    Saudara, sejarah lepas adalah pedoman pd masa depan...dijadikan perbandingan jika ada yg bebal berfikir seperti saudara....kenapa Pas harus membayangi kerusi-kerusi yg ditandingi PKR? cuba dptkan kerusi2 yg ditandingi DAP....SEBAB kenapa PAs tak boleh buat begitu kerana kebanyakan pemilih cina berat nak pilih Pas....

    ReplyDelete
  19. ape la nak gaduh2 pasal saper yg patut dapat tanding kerusi DUN LABU PRU-13 nanti...parti mana yg bertanding pun tak kisah la,yg penting semua jentera parti dlm pakatan rakyat,berganding bahu dalam usaha menawan DUN LABU dari barisan nasional..dari perhatian saya,tak der apa yg berubah kat labu..wakil rakyat BN mcm tak buat apa2 pun untuk membangunkan DUN LABU...

    ReplyDelete
  20. Comment dari (Anonymous May 8, 2011 5:17 AM) = " Secara LOGIKNYA, PKR harus bertanding 16 kerusi Dun di Negeri Sembilan....kerusi dun seperti chembong, kota, gemencheh, klawang,serting dan paroi layak ditandingi PKR bukan PAs kerana populariti berdasarkan parti berkelbihan kpd PKR berbanding Pas." comment tersebut menampakkan dan menyerlahkan lagi kegilaan kuasa PKR nih..!Ada hati ...setakat ahli ciput miput..!harapkan bantuan dari ahli parti lain..masih gilakan kuasa..!tengok jer skrg contoh terbaik kegilaan kuasa PKR..budaya cantas mencatas..! abg mokhtar sendiri kena cantas dengan ketua cabang Rasah..because abg mokhtar ada potensi jadi calon semula..sedangkan ketua cabang( bukan orang tempatan Labu) ada teringin nak jd calon.! lebih baik abg Mokhtar keluar PKR ..masuk Pas!insyallah boleh calon PAS..huhuhuu..b'coz dalam PAS nih xda budaya cantas mencantas..mcm PKR..!

    ReplyDelete
  21. ada comment mengatakan PAS mungkin tersilap memilih calon kerana bukan dari anak jati Labu pada 2004..! tapi kali ini insyallah ,kita akan tampilkan golongan muda yang berprofesional (graduan2 dari universiti luar dan tempatan yang sememangnya anak2 jati Labu (totally Labu = parents asal owg labu) dan yg pasti akan mengejutkan dan menggetarkan Umno malah PKR sendiri..! sy boleh katakan kebanyakkan (hampir 50%) ahli dan aktivis parti PAS Labu sekarang adalah golongan muda yg keluaran Univesity..terdiri dari ahli akademik agama,engineer2 pelbagai bidang,doktornya,lawyer,pensyarah,dentist,akauntant,ahli perubatan dan sbgainya..cuma mereka2 ni tgu masa untuk diketengahkan..! kita akan pastikan calon PAS akan menenggelamkan calon PKR dan UMNO..!kita dah bersedia dari segi calon,persiapan parti dan e.t.c! so lepas nih ,xda isu calon yg untuk dihujahkan..kesilapan mematangkan PAS Labu..!takbirrrrrrr......

    ReplyDelete
  22. comment dari Anonymous (May 3, 2011 11:19 PM),yg berbunyi seperti berikut "Logiknya, antara PKR n Pas..andainya ada antara 30% ahli umno itu tidak memangkah calon BN utk Labu, mereka lebih selesa memilih PKR drpd Pas...itu hakikatnya..sebab ahli Umno tidak pernah selesa dgn konsep Pas". satu kenyataan yg melulu dan terlalu rambang.. tanpa fakta dan bukti kukuh..!sy rasa kalau ada ahli PKR negeri lain yg terbaca comment tersebut mereka akan terasa malu dgn ahli2 mereka ni.pasti mereka akan katakan masih ada lagi ahli2 PKR berfikiran jumud seperti ini ada di labu nih.sy bersimpati dgn saudara yg memberi comment seperti ni..ahli2 PKR nih hanya pandai beri comment jer..tapi tanpa fakta.!u should shame at yourself.! kalau saudara ada keberanian,pergilah cuba sembang kosong minum kopi dengan masyarkat cina,india dan melayu dilabu.tanyakan pada mereka parti manakah mereka akan lebih percaya antara PKR dan PAS?buktikan ahli umno labu tidak pernah selesa konsep PAS..jangan pandai ckp jer tanpa fakta..! sy pernah berbual dengan beberapa veteran umno dilabu..antara kata2 mereka, jikalau lah Umno Barisan Nasional ditakdirkan kalah di labu,di N9 malah dinegara kita pun.!mereka lebih sanggup terima PAS memimpin kerajaan dari parti PKR..!that is fact..

    ReplyDelete
  23. comment dari Anonymous (May 3, 2011 11:19 PM),yg berbunyi seperti berikut "Jgn berbangga kerana Pas kerap buat ceramah di Labu TETAPI yg hadir sekadar 20 org sahaja walaupun dihadiri 'killer figura Pas'...mana perginya 'ahli Pas yg lebih ramai' drpd PKR tu??". Ini satu lagi kenyataan yg boleh sy simpulkan seperti meludah kelangit tetapi terpalit ke muka sendiri..!seingat sy pada tahun 2007 ,PKR pernah adakan ceramah di salah satu rumah di pekan Labu,penceramah dari pemimpin PKR.!tetapi,sungguh mengejutkan hadirin yg mendengarnya tak sampai 10 org ..pihak berkuasa lebih ramai dari hadirin..! mana perginya ahli2 PKR yg setia tu ? lain kali kalau nak beri comment,lihat diri sendiri,cermin sedalam2nya! kan dah terpaksa menahan malu...sekian ..tq

    ReplyDelete
  24. sy setuju dengan EICHAM_77, tetapi sy kecewa dengan 2-3 kerat pemimpim dan ahli2 PKR nih yg seperti lupa daratan..!mereka x sedar kerusi seperti di parlimen rembau misalnya..kerusi PAs asalnya sejak turun menurun tetapi atas pertimbangan dan belas kasihan..PAS beri kepada PKR..malah jugak ampangan..tetapi ahli PKR ni x tahu nak berterima kasih..atas pengorbanan PAS

    ReplyDelete
  25. jangan sesekali beri Labu kepada PKR...orang PKR semuanya boleh dibeli dan melompat dengan mudah. Bezanya hanya padaharga $$$$ dan timing!

    PKR telah ditolak di Sarawak! DSAI pun akan masuk jel tidak lama lagi.

    ReplyDelete
  26. he he he dah berobot kerusi lak camno nak buek kojo tu

    ReplyDelete
  27. PAS akan bertanding di labu...sudah sah..!

    ReplyDelete
  28. Kepada semua pejuang-pejuang PR, skrg adalah masa untuk menumpukan serangan kepada UMNO, bukan sesama sendiri. kenapa la nak bazirkan peluru sesama sendiri. Org umno tak perlu buat kerja, hanya tgk kita bercakaran tak berkesudahan. siapa bertanding tu adalah keputusan pimpinan atasan. yang perlu kita buat skrg adalah kukuhkan jentera masing-masing, bersaing secara sihat, cari isu-isu yang boleh digunakan oleh PR ketika bertanding PRU13 nanti.Jalinkan kerjasama erat seperti mana pimpinan atasan tunjukkan. yang penting PR ambil NS. Yang penting UMNO kita kuburkan. Dalam keadaan mcm ni, bukan sahaja india estet tak nak sokong, orang melayu di masjid pun benci nak sokong.Saya berharap simpan dulu isu-isu yang tak berkesudahan ni. Tumpukan pada PRU13. Siapa bertanding biar Pimpinan tentukan. Kita kuatkan jentera dan kukuhkan strategi.

    ReplyDelete
  29. PAS N.Sembilan adalah pihak yang berhak tuntut Labu. PKR Labu sebenarnya tidak wujud.PKR sendiri berbohong kononnya ahli 400,000 sedangkan semasa pemilihan tak sampai 10,000 mengundi. Hidup PKR harapkan PAS. PAS tidak akan jadi balaci PKR pro Yahudi lagi!

    ReplyDelete
  30. kenyataan mokhtar di sinar harian pada 24 April 2012,membuktikan kenyataan yang syok sendiri.,hanya pendapat yang bersendirian dan peribadi tidak mewakili PKR sendiri..ketetapan dah dibuat oleh pimpinan PR N.S...PAS akan bertanding dilabu..!pertukaran kerusi antara PAS dan PKR telah dibuat..knp mokhtar masih berangan2 nak bertanding diLabu..?

    ReplyDelete
  31. Fakta dalam posting tu pun salah...

    PRU 2008
    Pas tanding 13 dun, menang 1 dun
    Dap tanding 11 dun, menang 10 dun
    PKR tanding 12 dun, menang 4 dun...

    Editor blog ni pun tak TELITI dengan fakta...tu sebab mudah kena perlekeh dengan org lain.
    Nak melawan pun kena bijak, bukan semborono atau membabi buta...langsung takde usaha membetulkan fakta...

    Setuju dengan pandangan AnonymousMay 4, 2012 10:27 AM

    Salah puak2 PKR di Labu sendiri..suka bertelagah sama sendiri, baru jd calon dah rasa macam Menteri Besar pulak...suka mencantas sesama sendiri...pemikiran politik mcm umno jgk!

    ReplyDelete
  32. Aslmkm. Andai pakatan ingin menawan Labu, biarlah PAS yang bertanding. Kebanyakkan pemimpin kanan PKR di Labu sombong dan bongkak. Tak bercampur dengan masyarakat. Mereka lebih mementingkan diri sendiri dan bergaul sesama mereka saja. Macam mana nak memerintah kalau tak campur dengan orang kampung? Kami di Labu lebih selesa dengan PAS dari PKR. Andai PKR yang bertanding, saya pasti 100% takkan berjaya menawan Labu.

    ReplyDelete
  33. pas,pkr,dap,adalah pakatan rakyat,hapuskan bee end

    ReplyDelete
  34. kita buang sikap tajaan umnu ,putus sahaja siapa yang akan bertanding,pas atau keadilan,pakailah seragam pakatan rakyat ,siapa yang engkar, silakan ikut jejak zul kulim ke, beghahim ali ke ,dan ramai geng katak lumpat...nama lain lalang atau umpai alun....haha

    ReplyDelete
  35. Pas akan bertanding dilabu..diharap Pkr rasah akan membantu menumbangkan UMNO/Bn di pru13..
    perkara tersebut telah disahkan..http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/04/02/pas-ns-bersedia-dengan-calon/

    ReplyDelete
  36. mangkuk ayun pas pkr ni aku baru nak undi pr terbantut

    ReplyDelete
  37. begaduh pasal nak jd yb rupo eh .... lupo tontang matlamat , lupo sumo eh...... baik la lupo nak polok ptrajaya kalau mcm ni.... ,bk den tak pyh blk ngundi ngabih an bogheh..tapi apo pun calon pas... oleh kerao den dah berniat nak balik undi ko ..den akan balik dan ngundi ...ha lopeh tu kalau n9 monang tgk2 labu jgn jua tanah rezab melayu ats nama pembangunan, atas nama kepentingan awam atau ateh apo apo lah....pembangunan ekonomi bia setara pembangunan insan..insan yg mulio.. jgn lupo kek ugamo yo, pendidikan ponting..kalau tak pandai ugamo pun main ikut, kalau tok guru masuk lubuk anak murid pun masuk lubok...jd pontingkan ilmu tauhid, bia kukuh iman , ponting ilmu menguasai dunio jugo bia bulih menakluk dunia jd pencipta(tntu eh bkn nak lawan tuhan) bia kito buleh kuasai dunio

    ReplyDelete