Saturday, December 31, 2016

SELAMAT MENYAMBUT 2017, KUATKAN TEKAD, TERUSKAN PERJUANGAN

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2017. BERSAMA KITA MEMBINA MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK BERSAMA  KERAJAAN YANG PEDULI RAKYAT. TERUSKAN ISTIQAMAH DENGAN PRINSIP PERJUANGAN DAN MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMBUAT PILIHAN YANG BIJAK DALAM PRU 14 NANTI.

PROGRAM SUMBANGAN BAG SEKOLAH KEPADA ANAK AHLI & PENYOKONG

Program Sumbangan Bag Sekolah  & Alatan Tulis
 Taeikh   : 31 hb Dis 2016
 Masa     : 5 petang
 Tempat  : Tapak Bilik Gerakan Keadilan Labu, Bt 8


Monday, December 26, 2016

SETIAP KALI KEMALANGAN, ALASAN SAMA ?


ALASAN BERULANG, PEMANDU BUS DEGIL & SAMAN TRAFIK MELAMBAK?
1. Setiap kali berlaku sahaja  kemalangan maut yang membabitkan bus ekspres, alasan dan sebab yang hampir sama diberikan. Antaranya pemandu terus degil dengan memandu laju selain ketiadaan pemandu ke2 yang bertugas bagi setiap perjalanan tersebut. Lebih maklum, akan terbongkarlah bahawa bus ekspres atau pemandu yang terlibat mempunyai pulohan saman trafik. 

2. Menurut sumber seperti dilaporkan akhbar utusan, isnin di ms 6, bus ekspres yang terlibat dalam nahas ngeri di Kilometer 137.3 , Lebuh Raya Utara Selatan, Pagoh, Johor sehingga mengakibatkan 14 maut serta 16 cedera, dikesan memiliki 52 saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM)........ sebenarnya, inilah kebiasaan yang akan terlapor setiap kali kejadian kemalangan maut sebegini..

3. Lebih ironiknya, kajian yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia telah mendapati bahawa bas Alisan Golden Coach berada pada kedudukan tangga ke 55 terbawah dalam aspek keselamatan syarikat bas daripada 60 syarikat pengendali bas di negara ini. Akhirnya, kajian itu digunakan sebagai rujukan?

4. Walhal kajian telah dibuat sangat awal iaitu Februari. Sepatutnya hasil kajian boleh digunapakai atau menberi " amaran awal " kepada agensi seperti Kementerian Pengangkutan atau Instititut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya ( Miros ), Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ ), dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya ( JKJR ) untuk dijadikan kerangka bagi penguatkuasaan atau siasatan terpeinchi.

5. Saya berpandangan , disinilah jabatan yang berkaitan telah gagal untuk menjalankan peranan yang sepatutnya,...walhal peraturan dan sop yang telah sedia ada agak cukup baik dan sangat teratur bunyinya. .. Jadi, jika adanya syarat wajib yang ditetapkan tentang keperluan pemandu kedua seperti syarat ditetapkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ( SPAD ) bagi semua perjalanan jarak jauh melebihi 300 kilometer atau perjalanan melebihi 4 jam seperti terkandung dalam Kod Amalan Keselamatan Industri (ICOP) SPAD dan syarat-syarat lesen pengendali bas ekspres... apakah penguatkuasaannya GAGAL dan TIADA tindakan yang telah dibuat?.... terlepas pandang atau ambil mudah?.... Bagaimana pula tentang alat sistem pengesanan global (GPS) yang sepatutnya dipasang pada semua bas ekspres tersebut,?... ,Apa sebenarnya yang berlaku? Menyediakan pelbagai kelengkapan, prosedure, sop yang akhirnya tiadanya pemantauan juga mungkin penguatkuasaan yang berterusan ! Aplikasi yang tidak mengambarkan realiti !

6. Jadi ,perlunya satu mekanisma yang lebih telus, segera dan praktikal diambil tindakan agar kejadian tidak berulang dengan alasan yang sama... kadang-kadang, terfikir juga bagaimana kenderaan yang berpuluh saman boleh bergerak di jalan raya atau tidakkah adanya kekangan semasa memperbaharui lesen atau roadtax. Saya bertanya sedemikian kerana pengalaman saya sendiri mempunyai kekangan kerana pernah gagal dalam memperbaharui lesen kenderaan yang berkaitan kerana adanya saman tertunggak.

7. Kita menyedari alasan-alasan yang terbiasa kejadian-kejadian kemalangan yang lalu... Maka, Jadikanlah asas dan sempadan untuk memperbaiki keadaan...

8. Bagi mereka yang gugur... mudahan mereka mendapat anugerah yang setimpal.
Akhirnya,yang pergi tidak akan kembali lagi. Mereka yang hiduplah akan menempa hari lusa.. Kita inginkan yang terbaik.....pihak yang bertanggungjawab haruslah berusaha mencari jalan penyelesaian...Mereka harus "serious" menangani permasalah ini.... bukannya serious secara bermusim apabila telah berlakunya kejadian..
..................

AKAN SIASAT SECARA  RAPI



Thursday, December 22, 2016

PENGUNDI ORANG ASLI KG SEBIR DIPINDAHKAN KE DUN LABU ?


" KERJA TERDESAK" PINDAHKAN PENGUNDI ORANG ASLI KG SEBIR DUN BUKIT KEPAYANG DAN DUN LOBAK KE DUN N20 LABU ?  


KG SEBIR. NEGERI SEMBILAN

1.Cukup teliti dan terancang. Tidak kurang 32 orang pengundi tetap Lokaliti 130/21/01/006 Kg Sebir , Dun Bukit Kepayang dan Lokaliti 128/11/01/001 Kg Belihoi, Dun Lobak sedang dipindahkan ke dun yang sangat dipercayai adalah dun Labu. 


2. Berdasarkan maklumat semakan seperti Daftar Pemilih Terkini Suku 2 Tahun 2016 yang diwartakan pada 28 September 2016, adalah JELAS & TERANG, bahawa usaha terancang sedang dibuat untuk meMINDAHkan penduduk dan pengundi tetap Kg Sebir 'yang setia', agar menjadi pengundi di Dun N20 Labu. Saya jangkakan bahawa mereka ini akan dipindahkan ke Lokaliti Kg Lambar. Gambar (SEMAKAN DAFTAR PEMILIH,
SURUHANJAYA PILIHANRAYA MALAYSIA, HTTP://WWW.SPR.GOV.MY ) dibawah dengan jelas menunjukkan pengundi dengan No Kad Pengenalan 720723055095 dan 600423055281 telah dimaklumkan seperti

Jenis Permohonan        :    Pendaftaran Tukar Alamat
STATUS REKOD          :   TELAH DITERIMA DAN SEDANG DIPROSES.

3. Semakan dan pencarian juga mendapati tidak kurang 32 orang penduduk Tetap Kg Sebir ini termasuk Tok Batin dan kalangan Lembaga Adat Kg, Orang Asli Sebir ini mempunyai status permohonan yang sama....Pendaftaran Tukar Alamat dan TELAH DITERIMA DAN SEDANG DIPROSES. ( gambar bawah sebahagian senarai mereka).

4. Saya mensyaki bahawa kerja ini dilakukan oleh Adun Labu, Dato Hasim Rusdi dengan bantuan agensi2 yang berkaitan. Untuk makluman, beberapa bulan lalu satu program bersama penduduk Orang Asli Kg Sebir dengan Adun Labu, Jakoa dan SPR telah diadakan ( termasuk perbincangan tentang cadangan pemindahan pengundi ke Labu ?)

5. Usaha Hasim Rusdi ini mungkin usaha terdesak beliau juga UMNO melihat kepada senario politik semasa dan tempoh masa pru 14 yang semakin hampir . Jadi, pengundi Bumiputra melayu cuba dimaksimakan, apatah lagi kalangan mereka ini dijangkakan dengan mudah boleh dipengaruhi dan senang untuk mendapat " undi deposit ". 

6. Persoalannya, angkara siapakah atau agensi manakah yang mungkin semudah ini terbabit membuat " kerja terdesak " sebegitu kerana saya difahamkan bahawa pertukaran ini dilakukan di Putrajaya?

7. Benarkah seperti yang  dimaklumkan  kepada   saya bahawa      Kad Pengenalan mereka telah " dipegang " untuk beberapa    hari   bagi tujuan  proses    permohonan   Pendaftaran   Tukar   Alamat   bagi  pemindahan   daerah   mengundi   DARI dun   Bukit   Kepayang                 & dun Lobak KE Dun yang saya sangat pasti adalah Labu. 

8. Kalaulah benar perpindahan pengundi ini sedang diproses,,( pendaftaran Tukar Alamat), sejauh mana kebenarannya alamat pada Kad Pengenalan atau "Chip" pemohon Orang Kg Sebir dibuat atau diletakkan... atau mungkin ada ' saluran special ' yang digunakan,,,?

9. Maknanya, hingga saat akhir nanti baru nama mereka disenaraikan dalam Daftar Pemilih terbaru..... mungkin masa itu tiada pihak yang sempat untuk mempersoalkannya!.

10. Kita mohon pihak berkepentingan seperti SPR agar dapat memberi pencerahan supaya keadilan dapat ditegakkan dan persepsi masyarakat terhadap agensi kerajaan seperti SPR tidak disalah-anggap sebagai "budak suruhan" atau " kuda tunggangan " UMNO BARISAN NADSIONAL?!

Pertukaran Permohonan  No Kad Pengenalan 720723055095 


Pertukaran Permohonan No Kad Pengenalan 600423055581 
Tambah kapsyen













Sebahagian daripada senarai nama Pengundi di Lokaliti Kg Sebir dan Kg Belihoi yang sedang dalam proses . Ini jelas dari Jenis Permohonan iaitu Pendaftaran Tukar Alamat dan STATUS REKOD adalah TELAH DITERIMA DAN SEDANG DIPROSES.

Saturday, December 17, 2016

PAPAN IKLAN GERGASI RUNTUH DI KG PELEGONG, LABU, NS



INI SOAL KESELAMATAN, KELEMAHAN PENGUATKUASAAN & PEMANTAUAN , KETIRISAN DAN TIDAK BERTANGGUNGJAWABAN.
1. Adun Labu, Datuk Hasim Rusdi hentikanlah menuduh ada pihak yang ambil kesempatan politik dalam kejadian insiden Papan Iklan Gergasi runtuh di Kg Pelegong tempoh hari

2. Ini bukan soal mengambil kesempatan politik atau nak jadi jaguh. Ini adalah kes yang melibatkan keselamatan dan nyawa manusia , soal mengenai pihak yang berkuasa dan berkepentingan tidak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan, soal penipuan iklan MPN yang disalahgunakan( jika benar didirikan secara haram?)

3. Jika benar bahawa Adun Labu telah dimaklumkan lebih awal dan dibentangkan dalam minit mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung ( JKKK ) dan telah dimaklumkan oleh YDP Nilai bahawa papan iklan itu dibina secara HARAM, mengapakah beliau tidak bertindak lebih awal. Setidaknya dapat mengelakkan kerja2 pembinaan dapat dihentikan.

4. Saya difahamkan Sdr Maulud Wahid, mangsa kejadian telahpun membuat aduan rasmi kepada Jabatan Hal Ehwal Komuniti & Aduan Awam, Majlis Perbandaran Nilai pada 21/11/2016, No Daftar 21179 atau 0502/2016/11/J/B/074 . Ini bermakna laporan telah dibuat lebih dari 3 minggu sebelum kejadian. Kebiasaannya, laporan akan disiasat dalam tempoh 14 hari dan tidak timbul kekesalan Sdr Maulud yang beberapa kali membuat susulan jawapan daripada MPN tapi diberi alasan masih dalam siasatan. Jadi, adakah sesuatu cuba disembunyikan?

5. Sudah Terang Lagi Bersuloh, terdapat tanda papan rujukan/permit MPN pada kerangka struktur yang tumbang. NO tertera dengan MPN.483/53/2013/5(15) itu APA? Adakah kita hendak beritahu bahawa pihak syarikat iklan tersebut menipu dengan segaja meletakkan iklan MPN itu bagi mengaburi pihak berkaitan yang mereka mendirikan secara haram.

6. Adakah Menteri Besar Negeri Sembilan cuba " lepas tangan " atau Exco Kerajaan Negeri, Datuk Hasim Rusdi ingin memberitahu bahawa MPN terlepas pandang daripada menjalankan tanggungjawab membuat penguatkuasaan dan pemantauan billboard sebesar GERGASI yang terletak di laluan yang mudah dilihat? Takkan begitu mudah dipermainkan atau cuba "diperbodohkan" dengan pembinaan haram yang sebegini besar!

7. Kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan sebelum ini dengan jelas menyatakan bahawa setiap papan iklan yang dipasang di Negeri Sembilan perlu melalui Agensi Perkhidmatan Setempat ( OSA ) , bagi mempastikan ia dibina mengikut spedifikasi yang ditetapkan untuk mengelakkan sebarang risiko terutamanya dari segi keselamatan.. Jadi, mengapa begitu mudah terlepas pandang dan jika diamati agak jelas keluasan tapak pembinaan tersebut hanyalah berukuran lebih kurang 4 kaki persegi setiap tiang, berbanding untuk menampung ketinggian melebihi 90 meter.Jadi, tidak timbul soal "masing-masing mula tuding jari " atau " nak jadi jaguh ".
8. Kalau benarlah begini caranya ia berlaku, barangkali ada kebenarannya sebelum ini seperti dikhabarkan bahawa daripada 200 papan iklan sekitar PBT, hanya 90 sahaja yang mengikuti spesifikasi dan prosedure yang sepatutnya. Amat malang jika ini benar-benar berlaku kerana sudah pasti papan iklan tersebut didirikan di laluan pengangkutan yang sarap dengan pengguna atau premis kediaman.

9. Kita desak supaya pihak berwajib melakukan siasatan dan pemeriksaan segera ke atas setiap satu persatu struktur pembinaan papan iklan disepanjang lebuhraya khususnya, supaya penipuan pembinaan haram dapat dibenteras atau kejadian seperti di Kg Pelegong dapat dielakkan
 .
10. Penekanan ini dibuat atas rasa tanggungjawab , apatah lagi beberapa bulan sebelum ini berlaku kejadian angin ribut yang agak kuat berhampiran kawasan kejadian yang mengakibatkan hampir 20 ekar pokok-pokok balak dihutan berhampiran rosak teruk. Kejadian ini berlaku berhampiran Perkampungan Tekir, Labu atau lebih jelas boleh kelihatan kesannya hingga kini jika kita melalui Lebuhraya PLUS Seremban Nilai berhampiran Hentian R & R.

11. Jadi, kita minta Adun Labu, Datuk Hasin Rusdi supaya lebih Rasional dan jangan cuba mengalihkan isunya yang sebenar. Ini bukan soal politik. Ini adalah MASALAH SDR, PIHAK YANG ADA KUASA, BERKEPENTINGAN DAN DI BERI AMANAH, LALAI DAN CUAI DALAM BERTINDAK MELAKUKAN TANGGUNGJAWAB YANG SEPATUTNYA..


Image may contain: 1 person
No automatic alt text available.

Top of Form
Bottom of Form

Saturday, July 16, 2016

KEMALANGAN BUS EKSPRES - APA SEBENARNYA YANG TIDAK BETUL ?




BUS EKSPRES ADA 63 SAMAN TERTUNGGAK, PEMANDU ADA 9 SAMAN . Apa dah jadi dengan agensi yang bertanggungjawab hari ini.....  Persoalan yang sering bermain di kedai-kedai Kopi adalah, bagaimana bus ni hidupkan cukai jalan  atau insuran.... System Online JPJ tak blok ke. Tak kan dari tahun 2011 hingga 2015, cukai jalan bus ni tak mati-mati ke ? .. Mustahil. Habis... macam mana boleh terus "on" kat jalanraya.... Pemandu pun sama , macam mana dia hidupkan lesen.... atau saman tu saman baru...

Peliknya ada yang bersunggut, .. ada  satu dua kes, saman kenderaan ada satu sahaja, tapi tak boleh hidupkan cukai jalan...ngapa ye  . Tapi apabila berlaku seperti Tragedi BAS Rempuh 10 Kenderaan  di  Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora..... ceritanya jadi pelik, kelakar pun ada, tak munasabah pun ada, prejudis pun ada..... macammana bas atau pemandu masih bebas beroperasi. Cerita kemalangan itu sudah pastilah sesuatu yang tidak diingini oleh sesiapa sahaja... baik pemandu apatah lagi Syarikat bas. Tidak ada pemandu yang ingin cedera atau syarikat yang ingin rugi.... itu cerita lain.
Berdasarkan pengamatan lalu, bila terjadi sahaja kemalangan, isu yang kemudiannya menjadi viral adalah tentang SAMAN.... ohhh Pemandu terlibat, banyak Saman... Ohhh Bas terlibat banyak Saman  ....  sebab dah jadi isu selepas kejadian tu.... barulah tindakan segera dan tegas diambil ke atas pemandu atau syarikat terbabit... jadi, ada kebenaran seperti yang dikatakan oleh YDP Persatuan Keselamatan Penguna Kuala Lumpur seperti di bawah;


Rekod Semakan Bas 2011 - 2015 , 
49 saman pandu laju
9   saman pandu perlahan lorong kanan
2   saman tidak mengawal dengan baik semasa memandu

Rekod Pemandu,
2 saman kesalahan pandu laju
4 saman kesalahan lalu lintas
1 saman memandu perlahan lorong kanan
2 saman kesalahan abai isyarat lalu lintas

         Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintenden Wan Jamil Wan Chik


"Jika bus ekspres mempunyai lebih 60 saman dan masih beroperasi, mesti ada yang tidak kena berlaku dan tindakan tegas perlu diambil  "
                YDP Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur




Thursday, July 14, 2016

JEJAK ASNAF BERSAMA PENGERUSI KEADILAN NS DI KG SERI BAHAGIA, SENAWANG / TTJ

Kg Seri Bahagian , Senawang, PARLIMEN RASAH

Sangat menyedihkan... Kampung Melayu, penduduk Melayu, anak-anak-anak melayu....terletak ditengah-tengah kepesatan kawasan bandar senawang dan kawasan industri. yang majoritinya melayu... tapi menyedihkan, tiada bekalan air terawat walaupun dibekalkan kemudahan elektrik. Mereka bagaikan segerombolan melayu yang dipinggirkan di bumi melayu , negerinya sendiri.

Kalau mengikut alasan SAINS, tanah yang diterokai oleh penduduk disini adalah milik orang lain ( Kerajaan Negeri ), jadi mereka tidak boleh sewenangnya memasang tanpa kebenaran pemilik.

Kebetulan semasa program Jejak Asnaf bersama Pengerusi Keadilan Negeri Sembilan merangkap Adun Sikamat, Yb Tn Hj Aminuddin Harun, rata-rata mereka yang masih tinggal disitu seramai 15 keluarga  adalah peneroka asal yang suatu ketika dulu seramai lebih kurang 90 keluarga. Sebahagiannya bila ditanya, Ada yang datang dan berasal  dari Labu.. Chuah dan Rantau. Mereka mengakui telah hampir 40 tahun meneroka tanah tersebut..

Menurut satu sumber, telah ada usaha untuk memohon tanah tersebut. Tetapi tidak tahu mana salah silapnya.... (dengarnya ada pihak-pihak berkepentingan campur tangan )... hingga kini penduduk terabai... dan dalam ketakutan... bila-bila masa mereka akan dihalau atau diminta keluar...Lebih menyayat hati mereka berkongsi  beberapa perigi buatan sendiri. Kala hujan, air keruh. Lebih menyedihkan, perigi tersebut bersebelahan dengan kawasan pagar sebuah Pusat Penyembelihasn milik agensi kerajaan.

Ceritanya macam  Cerita Kg Manggis, Pulau Pinang. Tapi kononnya di sana  diabaikan oleh kerajaan Cina DAP. Tapi di Negeri Sembilan, ...... negeri melayu bertuankan UMNO.

Kesempatan bersama Yb Aminuddin  di Kg tersebut, bukan setakat tiadanya bekalan air terawat, jalannya berbatu-batu kerana tidak di Tar. Kiri-kanan jalannya pula penuh semak samun selain kebanyakkan rumah-rumah bagaikan, menunggu masa menyembah bumi... Ada bumbung dapur penduduk beralaskan langit ... menyedihkan penduduk Melayu ini... terabai di negeri sendiri.

Semasa lawatan bersama Yb Aminuddin itu , kami sempat bertemubual dengan salah seorang nenek yang tinggal keseorangan, Nenek tersebut menangis tersedu-sedu semasa menerima sedikit sumbangan dari Yb Aminuddin. Hati saya juga diheret kesedihan melihatkan kepayahan dan penderitaan yang nenek ini alami seusianya sekarang. Amat menyedihkan lagi, kerana nenek ini adalah nenek Melayu dan beragama Islam yang akan menyambut Hari Lembaran pada  keesokkan harinya.  Kita maklum, sedikit sumbangan itu tidak dapat menukar status mereka, namum amat bermakna buat nenek tua itu.

Sudah sampai masanya, Kerajaan Negeri UMNO,  di bawah Menteri Besar nya, Dato Seri Mohammad Hassan memberi pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya dengan rakyat melayu di Kg Seri Bahagia ini... Kampung sahaja nama bahagia.... hakikatnya,  nun di sana penduduknya penuh derita, sensara seolah menunggu  buah yang di gam tak jatuh. Berilah peluang mereka memiliki tanah ... setidak-tidaknya kita menjunjung wasiat ke-2  Raja Melayu yang berbunyi....

 " Kami istiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain 
gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan
 Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu
 rebutlah bersama-sama kaum lain "

Dato Hasim Rusdi juga selaku Ketua Bahagian Rasah boleh memainkan peranan dalam menyelesaikan dan membela untuk penduduk  Melayu Kg Seri Bahagia ini untuk memiliki tanah. Ini kerana   Kg Seri Bahagia ini difahamkan  berada  dalam salah satu cawangan UMNO dalam Bahagian Rasah, yang Dato Hasim Rusdi adalah Ketua Bahagiannya sekarang. Mereka hanya menuntut tanah untuk didiami sahaja, paling banyak pun seekar dua..... bukan berpuloh ekar atau  beratus ekar seperti  permohonan  " segelintir"  yang lain. Tambahan, beliau selaku salah seorang Exco kanan di Kerajaan UMNO di Negeri Sembilan, sudah tentu banyak perkara yang boleh dibantukan oleh beliau... Persoalannya...  "Serious"kah Menteri Besar atau Dato Hasim untuk memberi belas kasihan  , sebidang tanah kepada penduduk-penduduk Melayu Kg Seri Bahagia di kala    nilai tanah di situ dan sekelilingnya telah menjadi "emas" yang sedang diintai oleh banyak pihak yang berkepentingan.

Kesimpulannya, hampir 2 jam Program Jejak Asnaf, bersama-sama wakil penduduk  berjumpa  penduduk kg Seri Bahagia... terungkai seribu satu macam kesukaran, pengabaian dan ambil-mudah tentang nasib dan masa depan yang ditangggung oleh mereka... Cuma mereka masih mampu tersenyum.... namum agaknya hati penuh derita dan kekecewaan.... seolah... merekalah MELAYU yang dipinggirkan ! Ingin Ku tanya di manakah sembunyinya Pejuang-Pejuang Melayu untuk membela mereka... esokkah, atau lusa...mungkin minggu depan ataupun mungkin bulan depan...... atau hanya tinggal kenangan kerana hayat mereka telah dipanggil ilahi terlebih dahulu





























Tuesday, July 12, 2016

SUMBANGAN BAJU PERCUMA DAN AGIHAN BUNGKUSAN KURMA DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI KG TEKIR LABU

 KG TEKIR, LABU BT 10.  Suasana petang selasa, 4 hb Julai, 2016 ( Selasa ), 4 pm -5.30 pm  di Dewan OrangRamai Perkampungan Tekir.  Sebanyak 14 Kotak  pakaian wanita, lelaki, kanak lelaki dan perempuan telah diagihkan kepada penduduk bagi meraikan mereka untuk menyambut hari lembaran yang tinggal beberapa jam sahaja lagi.

Keadilan Labu terpanggil untuk mengambil kesempatan meringankan beban mereka dengan aktiviti pemberian baju percuma. Mereka hanya datang, pilih, ambil dan bawa pulang..... semuanya PERCUMA.
 Selain itu, kita juga mengagihkan sekotak kurma kepada semua kaum ibu atau ayah. Manakala untuk anak2, kita menyediakan coklat untuk mereka

Daripada 14 kotak tersebut, hanya tinggal 4 kotak sahaja yang tinggal. Ini mungkin kerana masih ramai yang tidak keluar kerana dibuat secara mengejut selain waktu yang agak singkat, 2 jam sahaja. Keadilan Labu merakamkan  jutaan Terimakasih kepada Tok Batin kerana membenarkan pengunaan dewan balairaya bagi program tersebut. Selamat Hariraya untuk seluruh warga penduduk beragama Islam di Tekir.
Sambil kaum ibu memilih pakaian yang sesuai, anak2... kita bagikan coklat supaya senang ibu memilih

Baju dapat, coklat dapat, kurma pun dapat. Cuma adik kena belaar betul2 tau



Tu dia... empat plastik borong.... tak apa... nanti kita bawa lagi

Alhamdullah, suka tengok makcik ni bawa balik banyak baju


Banyak baju kurung, sedikit baju kurung moden dan ada juga jubah. Tudung memang banyak.... dan







Saya sempat membantu seorang anak penduduk mencuba baju sekolah 




Mari kita bersama membina masa depan anak-anak comel ini.