Thursday, December 6, 2012

satu MEMORANDUM dihantar kepada Ketua Polis Daerah Nilai selepas kecewa 4aduan sebelum ini tiada tindakan.


 Gara-gara empat aduan mengenai perbuatan kianat terhadap bendera Keadilan di sekitar Dun Labu sejak beberapa bulan lalu hingga kini tiada perkembangan daripada pihak berwajib.Majlis Permuafakatan Keadilan Dun Labu dan pucuk pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan Tekad menyerahakan satu memorandum kepada Ketua Polis Daerah Nilai di IPD Nilai,Mantin.Memorandun ini bertujuan untuk meminta pihak polis menyiasat lebih lanjut dan  memantau lebih kerap kejadian kianat keatas  bendera Keadilan di sekitar Labu.Ini kerana kami tidak mahu  perkara-perkara tidak ingin berlaku.Kami di Keadilan Labu berharap pihak Polis dapat menyiasat perkara ini dengan  lebih terperinci dan menyelesaikan perbuatan kianat ini daripada berulang pada masa akan datang.

Takkan tergugat kot???bendera pun nak takut ke???macam mana nak perjuangkan nasib melayu dan agama islam kalau bendera pun takut.


Perangai syaitan bertopengkan manusia kini menjadi-jadi.yang peliknya bendera yang tak bernyawa pun ditakuti golongan yang berlagak membela orang melayu dan agama islam.bak kata Ketua Permuda UMNO"HIDUP MELAYU" cium keris...muah3 tapi tengok bendera pun takut cam tangok hantu.kahkahkah...Yang terbaru golongan kononnya perisai melayu ni risau dengan kemunculan bendera Keadilan di persimpangan Jalan Kampung Pulau ke jalan ke simpang Jerangkang.Kerana takut, ada orang atas atau ketua pembela melayu kononnya m'yuruh cai-cai mereka menurunkan dan mengoyakkan bendera tersebut.Apela dosa bendera yg ta khidup ini diperlaku seperti ini?Takkan goyang kot tengok ramai orang Labu dah berubah angin ke PAKATAN RAKYAT ke???atau takkan  nak jaga imej kat pimpinan UMNO lain KONONnya kubu kuat UMNO Labu dah ditebusi oleh KEADILAN Labu???hihihihi.Lawak2.Ape-ape pun kalau nak pasang bendera berjuta mana pun pasanglah walaupun kat atas pokok pisang pun xpe asal janganlah tangan nak mengatal cabut bendera orang lain.Sepandai-pandai tupai melompat pun,akhirnya jatuh ke tanah jugak.so hati-hatilah lepas ni cai-cai,lau ada orang kami dapat...berdoa-doa lah agar dapat tengok esok hari...

Monday, December 3, 2012

UMNO TAK PEDULI MASALAH RAKYAT LABU

Labu. Bertahun lalu, awal april ini,  3 hari yang lepas, 2 hari yang lepas dan malam ni. banjir terus menghantui penduduk sekitar Kg Tengah dan jiran-jiran yang berdekatan. Kalau mengikut Sdr Samad Hasan seperti yang dilapurkan kelmarin dalan Sinar Harian ahad 2 Dis 32012, Banjir ini telah menghantui beliau hampir 29 tahun yang lalu atau sejak beliau berumur 12 tahun... Kalau benar ini terjadi, apakah peranan yang telah dimainkan oleh JKKK UMNO sekitaran( sbb semua Pengerusi JKKK adalah Naib Ketua Peti Undi Tiroi ) yang sepatutnya menyalurkan masalah kepada Adun Labu  Melayu UMNO yang seterusnya mendesak agar perhatian segera diberi oleh Menteri Besar Orang Melayu beragama Islam di Negeri Sembilan. Ini kerana hampir 100% penduduk yang terlibat adalah orang melayu beragama islam. Apakah pemimpin UMNO yang melaungkan agenda melayu terkhilaf pandang tentang masalah banjir ini.
Bayangkanlah , orang tua yang melalui jambatan dimalam-malam buta  sedangkan jambatan digenangi oleh air yang memenuhi terowong tersebut.
Kita sebenarnya bersempati dengan usaha yang dijalankan oleh beberapa ketua kg yang terlibat dengan menyelenggara kawasan tersebut baru-baru ini dengan peruntukan segera 5ribu ke 7 ribu. Malangnya tindakan kurang bijak tersebut tidak mendatangkan apa-apa hasil. Dikoreknya kawasan yang tidak berkenaan dan dipaksanya limpahan air yang membanjiri terowong mudik ke atas atau ke ulu ? Bukankah tindakan tidak berakal namanya tu... Duit habis.. Masalah tak selesai... Ibarat bagi kerja pada Sang Tikus menyelenggara buah Labu.... Fitrahnya sepatutnya, di arahkan aliran air mudik ke hilir. Sepatutnya dibuatkan satu perparitan yang disambungkan pada hujung pokok sena yang berhampiran. Ini kerana telah ada sistem perparitan lama yang bersambung dengan parit buatan yang jaraknya 100 meter. Pendekkata , tidaklah sebesar mana sangat rumit kaedah penyelesaiannya, cuma mungkin YB UMNO ambil tak kesah masalah orang labu, Mungkin beliau sibuk mengumpul harta menjelang pertandingan UMNO tahun hadapan. Tapi yang hairannya, selalu keluar masuk kg di dalam tu, tak kan tiada tok pengampu yang bercerita masalah banjir ni... Cuba tengok baik baik, gambar gambar banjir ini bukan sahaja menyusahkan orang tua, kanak2, tapi juga menghalang kenderaan....Pendek kata , siang malam, petang ke petang banjir, hingga kini haram jadah nak di "repair". Ni yang dikatakan  JANJI DI TEPATI...















BANJIR LAGI... ADA AKU ADUN LABU KESAH ?



Kg Tengah Bt 8 . Untuk hari seterusnya banjir terus berlaku.. Tempat yang sama, waktu yang lebih kurang sama.. Penduduk yang sama. Ketika sibuk penduduk sekitar Kg Kering, Kg Jawa, Kg Merbau Condong, Kg Sekolah Lama dan Kg Pelegong Homestay dahaga penyelesaian tentang masalah banjir... Nun di hujung kampung, kumpulan Syarizat Lembu sibuk kempen memfitnah pembangkang... Katanya Jangan sokong Pemimpin seperti ANwar yang Liwat macam-macam orang, Jangan pangkah PAS...yang mengkafirkan sesama Islam dan jangan Undi DAP yang tak bela orang melayu di P. Pinang dan dan gadai tanah2 melayu... Lahh, penduduk nak masalah banjir ni selesai.... Banjir pada 1 Dis 2012 lalu terus menghantui penduduk di Labu... Masa ni Mursidul ..UMMno , sedang gah menjanji gunung dan lautan ... memaki hamun pembangkang  di PERSADA Dewan PWTC... Hidup Melayu.. Hidup Melayu.... Lahhh, kg aku ni banjirlah mat... Cuba lu tengok gambar-gambar ni...

BANJIR LAGI .. ADA AKU KESAH ?



KG JAWA. Kini , dulu dan selamanya. Banjir di kawasan jambatan KTM ini telah menjadi trademark Labu. Bila banjir berlaku lagi, peranan JKKK , Adun Labu dan pihak berkaitan, sama sahaja. " Nak buat macam mana.... tak boleh dah, . Itulah masalahnya bila buah labu diserahkan pada tikus... Peruntukkan segera yang diberikan sedikit masa lalu dibuat pada tempat yang tak kena pada tempatnya...Pembangkang tahu buat apa... Kita kerajaan tahu apayang nak dibuat untuk selesaikan masalah banjir ini..berlagak pulak YB ni bila diberi pandangan. Namun penduduk dilabu terus menjadi mangsa... hujan lebat sejam dua menyebabkan kawasan sama terus dibanjiri air... Janji bukan sahaja tidak ditepati.... tapi .. peduli apa dengan penduduk kampung... Ada Adun Labu kesah? Banjir .. banjir dan terus banjir... tanpa ada tindakan segera. Anda saksikan gambar2 banjir  yang dirakam pada 30 Nov , Jumaat , 5.43 pm. Kala ini... mungkin pemimpin UMNO Labu sibuk bersantai di Grand Season Hotel dan bersorak ... HIDUP MELAYU... HIDUP RAKYAT... BELA MELAYU , di PWTC bagi mengikuti Persidangan Tahunan UMNO.

BANJIR MELANDA LABU -








LABU. Gambar suasana meriah banjir di Jambatan KTM yang menghubungi Pekan Bt 8 dan 5 kg yang mempunyai penduduk anggaran seribu orang. Adun Labu datang dan pergi melencung sahaja. Sibuk meninjau kawasan banjir ... tapi tindakan akan..akan... akan...bla..bla..bla...
Tapi inilah tragedi rakaman pada 3 April yang lalu... Rakyat terus tidak diperdulikan. Satu lagi Janji tidak ditepati, membela nasib masyarakat luarbandar dan infra. 





tapi banjir terus berlaku...

Sunday, November 25, 2012

BENDERA PKR LABU TERUS MENJADI MANGSA BAKAR

KAMPUNG TIROI. Khianat..khianat.. khianat. Itulah yang berlaku kepada bendera PKR yang terus menjadi mangsa bakar. Kali ini kejadian berlaku di Kg Tiroi berhampiran jalan utama Labu Nilai. Kejadian disedari pagi tadi lebih kurang 9 pagi oleh penyokong parti yang kebetulan pulang dari sarapan pagi di gerai berhampiran. Kejadian tersebut mungkin berlaku awal pagi tadi antara pukul 1 am hinnga 4 am, 25 Nov 2012.
Dalam kejadian awal pagi itu, satu banner bendera keadilan yang digantungkan pada salah satu tiang di jalan utama sekitar kg Tiroi telah dibakar. Kesan dibakar jelas kelihatan pada cebitan kayu dan kain bendera yang masih terkulai kukuh pada tiang tersebut. Ini adalah kejadian ke 5 berlaku  di Labu dalam tempoh 3 bulan terakhir ini. Walaupun 4  laporan polis telah dibuat sebelum ini, namun Keadilan Labu kecewa kerana tiada   satu tindakan pun diambil dan kita juga tidak dimaklumkan tentang status kes yang berlaku.... Mungkin pihak yang berkaitan  merasakan kejadian ini adalah kejadian biasa menjelang pilihanraya.Mungkin atas alasan tersebut juga mendorong untuk mereka terus melakukan kerja-kerja khianat dan mengulangi tindakan provokasi bagi mencetuskan suasana tidak mesra penyokong-penyokong antara pihak yang bertentangan.
PKR di Labu mengulangi desakan agar pihak berkepentingan seperti pihak Polis agar mengambil tindakan tegas dan menjalankan siasatan yang mungkin boleh disabitkan di bawah Seksen 427KK (khianat) kepada kelompok atau individu berkenaan...

Tuesday, November 20, 2012

KeADILan Labu membantah/mengutuk serangan Rejim Israel Keatas rakyat Pelestin


Baru-baru ini,saudara kita di bumi Pelestin telah diserang oleh Rejim Israel yang mengaku bumi Pelestin adalah tanah milik Israel dengan menggunakan serangan tanpa sifar perikemanusiaan.Menembak,menjatuhkan bom,membunuh dan menyekat semua bantuan untuk rakyat Pelestin.Hingga hari ini serangan haram ini masih dilakukan atas alasan permuda islam pelestin menyerang kediaman penduduk israel di tebing Gaza mengunakan peluru roket.Kami di Keadilan Labu mengutuk sekeras-kerasnya serangan ini dan berdoa agar saudara kita di pelestin selalu mendapat pertolongan Allah S.W.T dalam menjalani kehidupan yang amat sukar di bumi Pelestin.Kuatkan semangat menghadapi serangan israel yang keji ini.Ayuh rakyat Malaysia kita boikot barangan keluaran israel dan sekutunya.

Wednesday, November 7, 2012

Projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PRIMA ) di Jalan Labu, Selamatkah ??? Kuari IJM kurang 500 meter. EIA lulus ke ?


LABU.  Tidak lama dulu Perdana Menteri   “ Haram Jadah “ telah melancarkan Projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia @ PRIMA di Jalan Labu berhampiran Perkampungan Orang Asal Kg Sebir.
Kita menyokong usaha murni mana-mana kerajaan untuk membantu rakyat memiliki rumah. Bahkan salah satu manifesto Barisan Nasional PRU 12 adalah “ meningkatkan penyediaan rumah bermutu dengan harga yang mampu beli ". Persoalannya, bagaimana projek PRIMA tersebut dibuat bersebelahan dengan Kawasan Kuari.? Apakah telah ada kelulusan daripada  pihak berkuasa tempatan atau jabatan-jabatan berkaitan ??
Ada sumber memberitahu, rumah tidak boleh dibina berdekatan  dengan kauri, Setidak-tidaknya 500 meter daripada sempadan . Sekiranya Projek PRIMA hendak dibuat juga terpaksalah Kuari di tutup. Dan pihak2 berkaitan seperti DOE kenalah mengambilkira faktor2 atau kesan2 seperti TAHAP KEBISINGAN , DEBU  dll.  Ini tidak lagi mengambil risiko keretakan rumah atau risiko batu berterbangan semasa kerja2 pengeboman  batu sekiranya operasi Kuari ini diteruskan. Soalnya adakah Operasi Kuari akan ditutup ?  Sekiranya tidak, bila pula projek PRIMA hendak dimulakan ??
Faktor2 ini perlu diberi perhatian kerana kita tidak mahu dikemudian hari nanti, kita melonggokkan penduduk disuatu kawasan bermasalah dari segi kesihatan. Penyakit seperti Kanser, Asma, Kegatalan @ Alahan Kulit, jangkitan paru2, penyakit telinga, hidung dan tekak  adalah adalah sebahagian  penyakit yang mungkin boleh berpunca dari kesan aktiviti perlombongan kauri ini.


Rumah tidak boleh dibina berdekatan dengan kauri, setidak-tidaknya pada jarak 500meter daripada sempadan. Sekiranya Projek PRIMA hendak dibuat juga terpaksalah Kuari di tutup. Dan pihak2 berkaitan seperti DOE kenalah mengambilkira faktor2 atau kesan2 seperti TAHAP KEBISINGAN , DEBU  dll.
  



Ini belum mengambilkira faktor2 lain yang sudah pasti memberi kesan sampingan. Faktor Banjir kilat dihiliran Sg Labu sudah pasti  berlaku jika Projek Prima dijalankan dalam masa terdekat… Ketika itu bersedialah penduduk disekitar Labu Bt 8, Kg Pulau dan Jijan menghadapi banjir.. Dengan system perparitan dan saliran sedia ada , sudah pasti tidak dapat menampung derasan air akibat kegondolan tanah di sekitar tapak projek Priima. Ini belum lagi mengambilkira pembangunan rancak di Seremban 2, Ulu Mantau dan Projek Pembangunan di Galla. Kesimpulannya, kita mahu Projek PRIMA diteruskan, tapi faktor2 alam sekitar dan kesan kepada penduduk sekeliling seperti Penduduk Asal Sebir mesti juga diambilkira  bersesuaian dengan tema Rakyat didahulukan , Pencapaian diUtamakan

Kempen dan Jawab


WANITA "Shahrizat LEMBU " Dah Mula kampen tabor fitnah  Rumah Ke Rumah,
Mereka kata,
1. Jgn sokong Anwar  yang “liwat “ dan 
     jual maklumat Negara.
2.  Mat Sabu sokong komunis sebagai 
     pejuang.
3.  Tanah orang Melayu di P. Pinang
      habis dijual oleh DAP.

Kita jawap je lah..
  1. Mahkamah dah putuskan Anwar tak bersalah… siapa engkau orang?
  2. Apa kerjasama Mou yang Tengku Adnan UMNO buat kat Beijing dengan CPC ( Parti Komunis China ) pada 5 August 2011. Tengoklah  Web UMNO ONLINE.
  3. Apa Muhidden Yasin buat dengan Setiausaha Agong  Komunis, CPC, Zhao Le JI di putrajaya tu.. tengoklah Web UMNO ONLINE
  4.   Abeh.. MB N. Sembilan Orang Melayu agama islam belasah tanah 487.3 hektar tanah Hutan simpan Tetap Jeram Padang… apa cerita.. 
  



Bekas Tentera Komando di anaktirikan Bukan mintak projek, Cuma mintak turap jalan

Pak Ijat 51 Tahun


KG TANJONG. Pakcik Ijat 51 tahun bukanlah  orang biasa. Beliau adalah bekas skuad terlatih. Beliau adalah pejuang barisan hadapan. Jasanya tidak ternilai jika hendak diganti dengan wang ringgit. Di kepalanya dulu, hanya terlintas, SATU PELURU SATU MUSUH. Arahannya hanya dari Yang DiPertuan Agong…..

Tapi itu dulu.. hamper 20 tahun yang lalu. Kini beliau hanya insane biasa. Suaranya dan rintihannya  kini sayut-sayut kedengaran. Bertahun minta diperbetulkan jalan masuk yang berkubang bila hujan. Jangankan diturap Tar, batu-batu peravel itu pun haram jadah tak diletakkan..Gambar sebelah menunjukkan jalan masuk rumahnya boleng aje dengan tanah merah. Walhal belakang rumahnya, tak sampai 1km tersergam indah Perumahan Elit Kota Serimas. Mana poe eh JKKK… tidak pasti.

Susah2 sangat kita mintalah Mjr (B) Razali Zakaria,Pengerusi Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara ( GMPN ) turun padang, tengok sendiri kedhaifan jalan masuk rumah sdr seperjuangannya.. Jgn asyik nak demo dan melalak kat Bang Mat dan Anwar aje. Buat demo kat Kg Tanjong,, Usik sikit Adun Labu tu… Jgan abaikan KOMANDO KAMI.. kalau tak, kami tak sokong lagi UMNO… barulah garang bertempat untuk anak2 buah…amacam.. boleh.

Buletin Labu dengar ada Ketua Pemuda yang terpughok kereta mewah masa datang nak tengok lembu hari tu… tak kan tak perasan jalan haprak tu ?  bawa2lah ke atas…


Jalan masuk rumah  Pak Ijat 51 thn. Ijat. Bila hujan lepas, air bertankung sana sini

Wednesday, October 31, 2012

Pededahan Tok Batin Dalam Sinar Harian 28OCT 2012 mengenai ketiadaan air bersih amat memeranjatkan dan memalukan.

KG TEKIR, BT 10 LABU, N.SEMBILAN MERDEKA 55 TAHUN TIADA BEKALAN AIR BERSIH ! MACAM TAK PERCAYA AJE ?






NAJIB GENAP 100 HARI MENJADI PM, 11 “HADIAH RAKYAT mingguan msia < ahad 12 Julai 2009
Usaha menambak baik akses kepada kemudahan asas seperti pembinaan jalan dan penyaluran bekalan air serta elektrik di kawasan luar Bandar…JANJI TIDAK DITEPATI

Kg Tekir. “ Ini betul-betul. Ini bukan dugaan. “ ….Ini bukan lawak jenaka.. Dah 55 tahun MERDEKA ( kononnya tak pernah dijajah  seperti hujahan  professor Sejarah, Prof Dr Zainal Kling ? ) tapi masih tiada bekalan Air Bersih SAINS. Yang ada hanyalah  bekalan air bukit atau air yang keluar dari colah2 bonar, akar kayukayan atau balak sebosar gajah atau somak belukar dari hutan belantara kat  bukit Asahan Labu, bersebelahan projek kauri terbesar di NS.

Dalam sibuk-sibuk UMNO Selangor membantu rakyat  ( ? ), kononnya tentang penipuan janji air percuma yang dikatakan oleh Pakatan Rakyat, UMNO di Negeri Sembilan buat tak tahu aje tentang ada umat di Negeri nya sendiri sejak merdeka 55 tahun yang lalu, langsung tak cocah dan sontoh air bersih daripada paip temotong, apatah lagi nak dapek air percuma seperti negeri Selangor di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat. Nak kata Kg Tekir ni jauh, hanyalah 15km sahaja daripada Lapasan Antarabangsa KLIA dan berada dalam Majlis Perbandaran Nilai dan diwarkan akan dinaiktaraf sebagai sebahagian daripada BANDARAYA SEREMBAN pada tahun hadapan.
 Malang..malang. Bukan sedikit, hampir 700 orang penduduk Kg Tekir “ terenyayo “  selain 22 keluaga islam  disana. Persoalannya, apa yang dibuat oleh Menteri Bosar Melayu UMNO . Adun Labu memang kita tahulah.. asyik tidur  aje kebelakangan ni!!! Dah nak istihar BANDARAYA pun, bekalan air masih guna air bukit Asahan yang disambung-sambung dengan buloh dan batang pvc. Itupun kedengaran pihak2 tertentu yang menuduh penduduk Kg Tekir “ mencuri “ air dari  sumber tadahan mereka…. Walhal dah sejak dari zaman UMNO ONN JAAFAR lagi… itulah sumber air mereka.

Siasatan yang dilakukan oleh Buletin Labu mendapati,  kerja2 pemasangan saluran paip ke rumah-rumah penduduk telahpun hampir selesai Malangnya difahamkan kerja-kerja pemasangan tersebut telah terbengkalai oleh kontraktor yang pertama. Kemudian kontraktor kedua mengambilalih membuat kerja2 pemasangan tersebut.. malangnya hingga kehari ini, penduduk masih tertunggu-tunggu bilakah air bersih atau air SAINS  menjelang tiba..Ada dengar kontraktornya Missing In Action ? Difahamkan adanya masalah untuk laluan paip utama dari pekan batu 9 yang merentasi kawasan estate kepunyaan Sime Darby Mungkin mengambil iktibar daripada kenyatan  Montori Bosar tentang projek tanbak pantai Port Dickson, “ bukan projek terbengkalai tapi projek TERGENDALA… Pelik juga tu.. apo beza ehh . ohh terbengkalai, maknanya tak siap, tergendala maknanya lambek siap dan  akan…akan akan siaplah..





 

Thursday, October 4, 2012

Takut Akan Bendera Kami

Keratan Sinar Harian


Keratan Sinar Harian


Jelajah "Mencari Masalah Orang Kita Di Labu"



Keratan Sinar Harian






Jelajah seterusnya dirancang akan dilaksanakan pada bulan Oktober meliputi kawasan Gadong,LBJ dan Jijan termasuk juga kawasan kampung orng asli di Tekir dan Palebar Labu.Bantuan akan diperluaskan kepada semua golongan termasuk melayu,cina,india dan orang asli.Nantikan......













Monday, October 1, 2012

Selamat Menjalani Ibadah Haji 1433 Daripada Kami Keadilan Dun Labu


Kami di Keadilan Dun Labu mengucapkan selamat menjalani ibadah haji kepada semua jemaah haji di Malaysia yang akan menjalani ibadah di mekah khususnya kepada jemaah haji daripada Dun Labu.Kami di sini mendoakan perjalanan jemaah pergi dan kembali ke tanah air selalu di bawah rahmat Allah s.w.t,dipermudahkan semua urusan di sana dan mendapat haji yang mabrur.Amin....

Skandal baru Mat Hassan

                                              Rafizi berucap dihadapan masyarakat di seremban semalam

30 september.Saudara Rafizi Ramli  di dalam ceramah perdana anjuran PKR di Taman Paroi Jaya berkata Mat Hassan bukan sahaja terlibat dengan skandal lembu di Gemas bahkan terlibat juga dalam melesapkan tanah-tanah di Negeri sembilan juga.Ianya melibatkan beribu-ribu kawasan tanah milik kerajaan.Tanah-tanah ini dikatakan diberi kepada individu-individu dan syarikat yang tidak dikenali.Rafizi juga berkata "beri sedikit masa bagi saya menyiasat secara terperinci mengenai siapa dan syarikat apa yang terlibat dalam skandal terbaru mat hassan ini".Beliau akan kembali ke Negeri Sembilan dalam masa yang terdekat bagi mebongkarkan lebih lanjut mengenai skandal terbaru ini.Apo lagi,Jom ubah demi rakyat Negeri Sembilan.Undilah Pakatan Rakyat.

Najib takut berdebat dengan anwar di parlimen hari ini

                                           Gambar ketika Anwar berucap di Parlimen Pagi tadi

1 oktober 2012,Najib dan menteri-menterinya tidak menghadirkan diri dalam ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi di Parlimen.Dasar seorang yang penakut.Bila bentang bajetnya tempoh hari,bukan main sedap mulut saje kritik Anwar.Bila disuruh hadir berdebat dengan Anwar hari ini,bukan setakat Najib tiada bahkan semua orang-orangnya turut hilang entah kemana.kesian kita punyai pemimpin yang penakut sebegini.Mengata orang di depan media berani tetapi debat muka dengan muka penakut.apa nak jadi dengan Pak ajib sekarang.kesian....kesian...undilah Pakatan Rakyat,Para pemimpin berani bersama suara rakyat Malaysia.

Sunday, September 30, 2012

Bajet kerajaan lebih kepada gula-gula pilihanraya


                                              keratan sinarharian 30september2012


Semakin hari semakin jatuh di mata rakyat,semakin hari semakin takut akan bayangan rakyat dan semakin hari apa yang dirancang semakin tidak menjadi bahkan lagi teruk daripada apa yang difikir.Itulah boleh dikatakan mengenai Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Barisan Nasional jumaat lalu.Nyata kekuatan Barisan Nasional makin hari makin runtuh ditelan suara rakyat yang ingin perubahan dalam kerajaan sekarang.Bajet lebih untuk masa singkat.tidak memikirkan perancangan masa panjang untuk rakyat.Cukupkah dengan memberi BRIM Rm 500 untuk 55 tahun memerintah,dapatkah rakyat dapat keluar daripada kepompok kemiskinan???bagi RM200 kepada golongan bujang???dapatkah menyelesaikan hutang PTPTN yang makin tahun makin bertambah???berbanding bajet Pakatan Rakyat yang lebih memandang perancangan masa panjang untuk rakyat keluar daripada kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat disamping mengurangkan kos sara hidup rakyat.Cuba fikir-fikirkan.Ubah sekali tiada sesalan.kebajikan anda tangguhjawab kami bersama.undilah Pakatan Rakyat pada PRU ke 13 akan datang".Ubah sekarang,selamatkan Malaysia"

Buletin Labu kembali gegar masalah orang kita di Labu

Antara keratan Akhbar sepanjang ogas/september