Wednesday, May 4, 2011

Tempat Pembuangan Sampah Labu Batu 10 di tengah Pekan

APA RASIONALNYA TEMPAT PUNGUT SAMPAH DI TENGAH PEKAN. BAU BUSUK MENUSUK KALBU KETIKA SAYA MENIKMATI SARAPAN PAGI. TAKAN TIADA TEMPAT YANG SESUAI.SIAPA PUNYA IDEA SAMPAI LETAK SAMPAH DI DEPAN KEDAI MAKAN.PIHAK YANG BERTANGGUNG JAWAB HARAP DAPAT MENGUBAH KE TEMPAT YANG LEBIH SESUAI.

Monday, May 2, 2011

Keadilan Dun Labu masih komited untuk bertanding Di Dun Labu Bagi PRU AKAN DATANG

Labu 2 Mei,
Kepada semua pembaca, keadilan Labu masih komited untuk bertanding di Dun Labu.
Ini berdasarkan maklumat dari orang ramai yang mahu PKR bertanding. Mengikut analisa kami Dun Labu adalah kawasan pinggir bandar dan pecahan penduduknya adalah kepada melayu 60%,Cina 25% dan India 15%. Kawasan seperti ini sesuai untuk PKR bertanding.
Pas dan Dap lebih sesuai dimajoriti kaum melayu dan Cina atau India.
Memandangkan pembahagian kerusi tahun 2008 juga telah putuskan PKR bertanding di Dun Labu adalah wajar pada PRU akan datang PKR diberi ruang lagi.
Untuk makluman pada PRU lalu pas bertanding 13 kerusi dan hanya mampu menang 1,DAP bertanding 12 dan menang semua kerusi,PKR bertanding 11 dan menang 4.
Sekiranya Dun Labu nak di beri pada Pas maka Pas kenalah buat analisi yang terperinci sama ada sesuai untuk mereka bertanding atau tidak .Pas lebih sesuai di kawasan Melayu.Jika di kawasan melayupun Pas mengalami kesukaran untuk menang bagaimana dengan kawasan campuran. Renung renungkanlah sebelum tuntut Labu.