Tuesday, August 21, 2012

Keadilan Labu bangga dengan prestasi cemerlang Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat


Faktar Anda patut tahu tentang Kerajaan Pakatan Rakyat

PULAU PINANG

Pulau Pinang meluluskan sebanyak 104 projek industri(ketiga tertinggi).Dasar CAT (daya saing,pertanggungjawaban dan ketelusan) menjadi pemangkin kepada kejayaan Pulau Pinang untuk merekodkan lebihan belanjawan(surplus) sebanyak Rm88 juta pada 2009 berbanding jangkaan defisit sebanyak R35 juta (belanjawan 2008).

Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga mewujudkan 200 ekar hub pendidikan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat pendidikan terunggul.Pengiktirafan serta bantuan kewangan (pemberian tunai) kepada pelajar terbaik SPM dan STPM serta para huffaz.

Bantuan kewangan kepada kepada sekolah Agama Rakyat berjumlah RM97,000 per sekolah,Rm60,000 kepada setiap sekolah cina dan tamil.Jumlah keseluruhan ialah RM11.3 juta.

SELANGOR

Negeri Selangor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM6.76 billion pada 2009 dan mencipta sebanyak 20,753 peluang pekerjaan.Dari jumlah pelaburan tersebut,RM 2.752 billion(40.8%) adalah pelaburan tempatan.Manakala projek industri yang diluluskan di Selangor berjumlah 278,merupakan yang tertinggi dicatatkan di negara ini.

Kerajaan Negeri juga memperuntukkan kira-kira RN6 juta setahun kepada Sekolah Agama Rakyat(SAR) di negeri ini bagi menjalankan aktiviti pendidikan dan pembelajaran berteraskan Islam.Peruntukan ini diberikan kepada SAR yang tidak mendapat sebarang peruntukan kewangan dan peralatan pembelajaran dari kerajaan negeri mahupun sumbangan individu.

Sehingga JUN 2012,Selangor mempunyai rizab tunai bernilai RM1.9 billion(RM1,900 juta).Sejumlah RM700 juta telah dibelanjakan kerajaan negeri untuk program Merakyat Ekonomi Selangor(MES).

KELANTAN

Semenjak 20 tahun lepas Kerajaan Kelantan secara berterusan dianaktirikan akan tetapi Kelantan tetap berjaya dengan program negeri berkebajikan.Program kifalah untuk anak yatim,golongan miskin,ibu tunggal dan orang kurang upaya telah menjadi contoh kepada banyak negeri.Begitu juga dengan program Perbandanan Ladang Rakyat juga membantu golongan marhaen,Bandar Baru Tunjang dibina menjadi pusat komersil satelit kepada Kota Bharu.

Kerajaan Negeri berjaya mengambil alih bekalan air daripada Thames Water kepada Air Kelantan Sdn Bhd(AKSB).selain itu Perbandaran Menteri Besar Kelantan (PMBK) menjadi agensi pelaburan utama negeri yang belum ini gagal di bawah pemerintahan BN sebelum tahun 1990.

Kerajaan Negeri berjaya menguruskan 20 sekolah agama bantuan penuh kerajaan negeri yang cemerlang dan menjadi saingan kepada sekolah premier di bawah Kementerian Pendidikan.Kehadiran pelbagai syarikat multinasional adalah bukti kuasa beli rakyat Kelantan terus kukuh.Sepanjang 20 tahun pemerintahan ekonomi tempatan dibina secara kendiri tanpa bantuan stimulus dari kerajaan pusat.

KEDAH


Pelaburan adalah penyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri.Di bawah kepimpinan YAB Dato'Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Kedah telah mencatatkan pelaburan keseluruhan lebih RM839 juta bagi tempoh Januari hingga September 2009, dengan nilai pelaburan tempatan sebanyak RM279.4 juta dan pelaburan asing sebanyak RM559.8 juta.

Kini dengan keluasan 1,000 hektar kerajaan mendapat hasil RM16.7 juta, tidak termasuk cukai per tan metrik bila balak dikeluarkan dari hutan.sedangkan di bawah pentadbiran Umno-BN ,dengan keluasan yang sama ,hanya mampu mengutip RM3 hingga 4 juta sahaja termasuk cukai kayu per tan metrik.Kejayaan ini merupakan hasil dari pelaksanaan dasar yang telus serta tidak berkompromi dengan rasuah.

Jadi Negeri sembilan apo lagi.jom kita tukar kerajaan BN kepada kerajaan Pakatan Rakyat.Banyak mafaat akan kita perolehi daripada hasil bumi dan pelaburan negeri kita.Nanti PRU13 jangan lupo undi Pakatan Rakyat.Kekayaan negeri untuk semua,bukan untuk kroni.Mari kita ubah Nogori sombilan."Jom ubah demi rakyat Negeri Sembilan"




No comments:

Post a Comment