Saturday, November 28, 2009

BUS Awam di Labu Ke MANA ?

50 tahun merdeka, infrastuktur di Labu masih mengecewakan. Hanya untuk pergi ke Seremban atau Maiden di Nilai, Sinenek atau makcik2 terpaksa menunggu berjam-jam.
Ada suara kedengaran," Nak beli barang sejam aje, tapi nak nuggu bus nya sampai berjam-jam,nak kata bus rosak, nampak busnya baru-baru. Sakit hati dibuatnya."
Bayangkanlah, menjelang Labu nak diistiyarkan sebahagian bandaraya tahun depan ( kuk Jadi ), perkhidmatan bus masih macam kat hulu tembeling.
Akibat daripada perkhidmatan bus yang macam tak ada KPI, bermacam masalah wujud.
Kadang-kadang ada segelintir pemimpin yang menganggap semua orang di Labu ada kenderaan, walhal masih ada ramai yang tidak ada kenderaan wa ima sebiji motor. Sebagai contohnya, pergilah kerumah rakyat Labu Bt 10 tu,dua tiga baris dari rumah ketua kampung tu, ada keluarga yang anaknya 7, sebiji agham pun tak ada kenderaan.Agak-agaknya kuk sakit deman, cam mana dia nak poe klinik atau hospital. Kuk ada bus ok jugak. Tapi kuk bus nya tak tentu masa nya... poning jugak orang kampung. Nanti kok poi pakai motor tak belesen... joleng pulak atok-atok polis kita.
Pendek kan cerita, bus di Labu ada, tapi jadual & jumlah busnya kurang sangat. Aden tengok ke Rantau tu, busnya kojep2 bedosup datangnya... bus pendek.. bus pendek lah. Itu tak penting. Yang teramat penting adalah kekerapan dan jumlah bus.. Company bus nak .. nak untung juga... Tetapi membela masyarakat kampung perlulah diutamakan..Apa..ingatkan mayarakat kampung tak sokong kerajaan ke ? Kalau tak sokong kerajaan tak kan banyak kerusi2 PEKEMBAR monang. Kalau dari dulu, kini dan selamanya sokong kerajaan, takkan kampung-kampung cho ong kek pilah, seri menanti, lenggeng, lonek rembau , felda2 dan kawasan sewaktu dengannya terus terbiar megah ketinggalan. Yelah... ada nak bueh macam mana, kuk bijak banar nanti.. kuk lain disokong nya... FIKIR2KANLAH...Nasyrah

7 comments:

  1. Orang Labu kena buKa mata,kawasan yang paling mundur Di Ns adalah Labu,tetapi Labu adalah paling dekat dengan KL.Mereka tau macam manapun orang Labu tetap pilih BN sebab itu mereka tak peduli apa apa rintihan penduduk Labu.Dato mengambarkan orang Labu sama macam buah Labu sampai dia boleh buat replika buah Labu,bagi saya itu adalah Symbol Orang Bodoh.

    ReplyDelete
  2. Masalah bas awam sebenar turut berlaku di kebanyakan tempat dalam N.Sembilan. Nampaknya kerajaan bn negeri tak mampu nak selesaikan...

    berbanding sebelum era Park May menelan semua syarikat2 bas sekitar NS (Utam Singh-KBPD/KBL,KBJ) perkhidmatan bas awam cekap walaupun bas nampak usang-cekap dr segi kekerapan masa.

    ReplyDelete
  3. orang yang paling hensem.....labu....
    ini dialog seniman MZAIN dalam filem LABU dan LABI,
    wahai....rakyat Labu....bangun lah kamu dari mimpi,jadi berani....tinggal kan kekaratan kamu itu....mari kita bersama berlari menuju PUTRA JAYA

    ReplyDelete
  4. Bukan problem bas awam saja ,jalanraya sepanjang nilai ke seremban cukup daif sekali,setahu saya jalan yang paling cantik adalah dari Balai Raya Kg Lambar hingga ke simpang Kg Pulau,yang lain teruk sekali,Yb naik helipkopter pasal tu lah tak tau condition jalan.

    ReplyDelete
  5. My name is Ah Seng from Labu batu 10, my house just behind the Min Shing primary school. I've been stay here for almost 26 years, one thing i'm getting mad with is the road between Kg Pulau to labu hilir (through kuari area & estate area.) What the hell is our Dun doing? Isn't he still dreaming or what? The road are so bad & never got people go to look into & repair it... here hole there also hole, very sad to see it!! That is why i NEVER support BN for twice in national election. Might be PKR can't win but at least we let them know people like me are getting mad with their performance. I would say we need to change. Personally, i support PKR, & i hope PKR will do something for the people in Labu in coming election. HIDUP PKR !!!!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum & selamat bobahagio wargo LABU sokolian. Den anak jati LABU (bokeh student Universiti of SKLU 1975-1980) sojak den lahir di dunio nih, sampai harini. Dari kali portamo mongundi 22 tahun nan lalu sampai pagi tadi...ha nak RAYA HAJI, LABU totap di takuk lamo jo. Den dah muak dongan kotingkah PBT, DUN, YB @ W/rakyat dan sosapo yo lah yg monabik dado kato kalau pangkah dio ngundi, kan bawak porubahan @ komajuan 'kunun' eh laa. PPPEEEEGGGIIIII daaaa....sumo eh hampeh kolapo masam, ayam itek pun tau, taknak dicokik eh doh. Den nak nengok/raso plak PR handle LABU akan datang nih. Kalau buleh laa...SO NOGORI nih, PR pogang. Bawak bonalah kemajuan/porubahan. Buktikan pado BN korang buleh..buleh..buleh & buleh macam kek Solangor & Kolantan. Den kan Support/sokong korang lak. Tiap kali den balik LABU, anak bini den pasti moncomuh, 'jalan lain takdo ko' camtu yo dari dulu...malu awak raso eh. Come on...la BN, tunjuk taring lu yg dah tumpul tuh...bangunla PR curahkan bakat & idea anda, den nak nengok lak 'Nogori 9, Nogori Bokobajikan'. Contohi SOLANGOR, mereko borjayo dan momonuhi sogali janji2 P/raya yg lalu. Den tau sobab den dah pindah dok SOLANGOR & turut samo morasokan. LABU OH LABU. Apolaaa orang JKKK UMNO/BN buek kek kampung2 di LABU ni, harap kan pagar!!!! tak yah harap laaa...takdo laaa tu. Dari arwah Shahardan(labu hilir)-anak bilal masjid bt8-bokeh cikgu(labu hilir..lagi), jalan dari Nilai - Soromban, lokak-lokuk yo, ado laa tampa skit, tar skit sano-sini. Baru pasal jalan yo, bolom laiee hal2 lain. Den soru la atok2, nenek2, pakcik2, makcik2, akak2, abang2, adik2, awek2 di LABU nih, bukak mato..bukak minda..tukarlah logo mangkah ngundi sok, jangan di takuk lamo jooo, orang Kolantan, Kodah, Solangor, Penang nak poiee bulan dah...ekau baru nak colik mato, dah maleh nak poiee motong. ABIH CAMNO.....!!!! Toksah laa kait manggih mudo..takleh makan, gotah eh kolat, tokoluar taik mato jang oooiiii. BORUBAH LAAA YOOO...MEH KITO BERHIJRAH...kito kait manggih masak hitam kulit eh, raso eh manih...sojuk, sonyum sampai ko tolingo jang oooiiii...bak kato Nabil budak Mambau tuha...LU PIKIR LA SONDIRI!!
    Mintak maap laa yooo..kok tulisan den ni monyinggung mano2 pihak, den tak bortujuan/bermaksud menghasut, ni sumo sobab dek ko'boringan' den dongan BN yg den sokong sokian lamo sotiap p/rayo. Tahun dopan..UNDI ITU RAHSIA..mungkin tak lagi dah.

    SOKIAN!!!!!!!!

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...sodaro ko sodari tarikh nov 5,2011 diateh. Sodap boto bahaso kau, bukan main lagi doh yoooo....yg den totarek bona bahaso ekao sobut Unibesiti of SKLU tuh. Den pon maren skolah situ yo!!! Ekau sapo ahhh!!? Kona an laa diri...buleh yo nyembang2 bilo ekau balek labu nanti. Kito jumpo kek kodai kopi mano kau nak...no hal laaa. Hotel maha bona la pulak. Apo kato kek kodai sahak kek masjid kg tongah batu 8 yooo.

    ReplyDelete