Monday, June 25, 2012

Lembu Berkeliaran Mengundang Bahaya Pengguna Jalanraya

Tiroi.Pihak berkaitan seperti Majlis Perbandaran Nilai diminta mengambil tindakan dan langkah susulan kejadian lembu berkeliaran yang mengundang BAHAYA kepada pengguna jalanraya khususnya penunggang motosikal. Kejadian Kemalangan yang kerap berlaku di sepanjang km 8 dan 9 berhampiran Sekolah Agama Persekutuan Labu ( SMAP ) dan Hentian Komuter Tiroi sudah semakin kerap.Ini tidak mengambil kira tentang kemusnahan tanaman penduduk kampung sekitaran yang saban malam dicerobohi. Pernah berlaku kejadian Langgar lembu yang melibatkan anak Pengerusi JKKK di Labu yang mendatangkan kecederaan teruk dan terpaksa dimasukkan ke hospital untuk beberapa minggu. Kejadian terakhir baru-baru ini adalah apabila sebuah Motosikal melanggar segerombolan lembu yang melintas yang mengakibatkan pemuda berbangsa Cina koma dan mengalami pendarahan otak. Kejadian berlaku sekitar pukul 2 am berhampiran Pencawang Talian TNB Tiroi. Selain faktor lembu2 yang berkeliaran dari estate berhampiran, yang tidak dijaga dengan sebaiknya, Faktor Jalan yang gelap yang tidak dipasang dengan lampu juga menyumbang kepada Kejadian langgar lembu. Ini jelas apabila laluan "kebiasaan" lembu-lembu tersebut melintas dan kerap berlaku kemalangan sehingga hari ini tidak dipasang dengan lampu jalan. Di tambah dengan selekoh tajam, laluan gelap tanpa Lampu Jalan, kawasan tersebut yang berhampiran dengan Restoran Makan NiaTomyam sudah sinonim dengan kejadian kemalangan Langgar Lembu. Pihak JKKK juga seolah lepas tangan, apatah lagi sepatutnya tambahan lampu jalan di kawasan tersebut sepatutnya telah lama di pasang. Sebab dasarnya jelas, keutamaan lampu jalan adalah disimpang2 jalan atau selekoh membahaya seperti di selekoh tersebut. ( Memudahkan,rujuk Tiang TNB RR7L.F4.4.1.9A dan RR7l.4.1.9A ). Sebagai Langkah pencegahan daripada berulangnya kemalangan yang tidak diingini, beberapa langkah perlu di ambil pertimbangan. Antaranya boleh difikirkan, 1. Pihak Estate Sime Darby MESTIlah mengambil langkah2 tegas agar lembu-lembu tersebut tidak melintas atau keluar daripada kawasan Estate.System memagarkan kawasan perlu dibaiki atau peringatan dan amaran kepada pemunya lmbu-lembu tersebut. 2. Pihak Berkuasa Tempatan membuat pemantauan atau tangkapan keatas lembu-lembu tersebut selain amaran kepada pemunya lembu. 3. Lampu-Lampu jalan mstilah dipasang dikawasan yang kerap berlakunya kemalangan atau kawasan laluan ternakan tersebut.( Maklumat mungkin boleh diperolehi dari JKKK atau pihak polis. Apatah lagi , kebiasanya ada agensi2 seperti Polis dilibatkan dalam mesyuarat JKKK yang lazimnya dibuat.) 4. Pemasangan Tanda Amaran seperti ' " AWAS, KAWASAN KEMALANGAN, LEMBU MELINTAS " di kawasan yang berkenaan. Sebelum kemalangan yang lebih dahsyat berlaku, lebih baiklah langkah2 pencegahan di ambil. Tidak mungkin nanti, selepas berlakunya pada orang2 kg kita, saudaramara kita atau sanaksaudara kita, baru kita tersedar keperluan kepada perkara di atas.Buletin Labu.

No comments:

Post a Comment