Wednesday, October 31, 2012

KG TEKIR, BT 10 LABU, N.SEMBILAN MERDEKA 55 TAHUN TIADA BEKALAN AIR BERSIH ! MACAM TAK PERCAYA AJE ?






NAJIB GENAP 100 HARI MENJADI PM, 11 “HADIAH RAKYAT mingguan msia < ahad 12 Julai 2009
Usaha menambak baik akses kepada kemudahan asas seperti pembinaan jalan dan penyaluran bekalan air serta elektrik di kawasan luar Bandar…JANJI TIDAK DITEPATI

Kg Tekir. “ Ini betul-betul. Ini bukan dugaan. “ ….Ini bukan lawak jenaka.. Dah 55 tahun MERDEKA ( kononnya tak pernah dijajah  seperti hujahan  professor Sejarah, Prof Dr Zainal Kling ? ) tapi masih tiada bekalan Air Bersih SAINS. Yang ada hanyalah  bekalan air bukit atau air yang keluar dari colah2 bonar, akar kayukayan atau balak sebosar gajah atau somak belukar dari hutan belantara kat  bukit Asahan Labu, bersebelahan projek kauri terbesar di NS.

Dalam sibuk-sibuk UMNO Selangor membantu rakyat  ( ? ), kononnya tentang penipuan janji air percuma yang dikatakan oleh Pakatan Rakyat, UMNO di Negeri Sembilan buat tak tahu aje tentang ada umat di Negeri nya sendiri sejak merdeka 55 tahun yang lalu, langsung tak cocah dan sontoh air bersih daripada paip temotong, apatah lagi nak dapek air percuma seperti negeri Selangor di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat. Nak kata Kg Tekir ni jauh, hanyalah 15km sahaja daripada Lapasan Antarabangsa KLIA dan berada dalam Majlis Perbandaran Nilai dan diwarkan akan dinaiktaraf sebagai sebahagian daripada BANDARAYA SEREMBAN pada tahun hadapan.
 Malang..malang. Bukan sedikit, hampir 700 orang penduduk Kg Tekir “ terenyayo “  selain 22 keluaga islam  disana. Persoalannya, apa yang dibuat oleh Menteri Bosar Melayu UMNO . Adun Labu memang kita tahulah.. asyik tidur  aje kebelakangan ni!!! Dah nak istihar BANDARAYA pun, bekalan air masih guna air bukit Asahan yang disambung-sambung dengan buloh dan batang pvc. Itupun kedengaran pihak2 tertentu yang menuduh penduduk Kg Tekir “ mencuri “ air dari  sumber tadahan mereka…. Walhal dah sejak dari zaman UMNO ONN JAAFAR lagi… itulah sumber air mereka.

Siasatan yang dilakukan oleh Buletin Labu mendapati,  kerja2 pemasangan saluran paip ke rumah-rumah penduduk telahpun hampir selesai Malangnya difahamkan kerja-kerja pemasangan tersebut telah terbengkalai oleh kontraktor yang pertama. Kemudian kontraktor kedua mengambilalih membuat kerja2 pemasangan tersebut.. malangnya hingga kehari ini, penduduk masih tertunggu-tunggu bilakah air bersih atau air SAINS  menjelang tiba..Ada dengar kontraktornya Missing In Action ? Difahamkan adanya masalah untuk laluan paip utama dari pekan batu 9 yang merentasi kawasan estate kepunyaan Sime Darby Mungkin mengambil iktibar daripada kenyatan  Montori Bosar tentang projek tanbak pantai Port Dickson, “ bukan projek terbengkalai tapi projek TERGENDALA… Pelik juga tu.. apo beza ehh . ohh terbengkalai, maknanya tak siap, tergendala maknanya lambek siap dan  akan…akan akan siaplah..





 

No comments:

Post a Comment