Monday, December 3, 2012

UMNO TAK PEDULI MASALAH RAKYAT LABU

Labu. Bertahun lalu, awal april ini,  3 hari yang lepas, 2 hari yang lepas dan malam ni. banjir terus menghantui penduduk sekitar Kg Tengah dan jiran-jiran yang berdekatan. Kalau mengikut Sdr Samad Hasan seperti yang dilapurkan kelmarin dalan Sinar Harian ahad 2 Dis 32012, Banjir ini telah menghantui beliau hampir 29 tahun yang lalu atau sejak beliau berumur 12 tahun... Kalau benar ini terjadi, apakah peranan yang telah dimainkan oleh JKKK UMNO sekitaran( sbb semua Pengerusi JKKK adalah Naib Ketua Peti Undi Tiroi ) yang sepatutnya menyalurkan masalah kepada Adun Labu  Melayu UMNO yang seterusnya mendesak agar perhatian segera diberi oleh Menteri Besar Orang Melayu beragama Islam di Negeri Sembilan. Ini kerana hampir 100% penduduk yang terlibat adalah orang melayu beragama islam. Apakah pemimpin UMNO yang melaungkan agenda melayu terkhilaf pandang tentang masalah banjir ini.
Bayangkanlah , orang tua yang melalui jambatan dimalam-malam buta  sedangkan jambatan digenangi oleh air yang memenuhi terowong tersebut.
Kita sebenarnya bersempati dengan usaha yang dijalankan oleh beberapa ketua kg yang terlibat dengan menyelenggara kawasan tersebut baru-baru ini dengan peruntukan segera 5ribu ke 7 ribu. Malangnya tindakan kurang bijak tersebut tidak mendatangkan apa-apa hasil. Dikoreknya kawasan yang tidak berkenaan dan dipaksanya limpahan air yang membanjiri terowong mudik ke atas atau ke ulu ? Bukankah tindakan tidak berakal namanya tu... Duit habis.. Masalah tak selesai... Ibarat bagi kerja pada Sang Tikus menyelenggara buah Labu.... Fitrahnya sepatutnya, di arahkan aliran air mudik ke hilir. Sepatutnya dibuatkan satu perparitan yang disambungkan pada hujung pokok sena yang berhampiran. Ini kerana telah ada sistem perparitan lama yang bersambung dengan parit buatan yang jaraknya 100 meter. Pendekkata , tidaklah sebesar mana sangat rumit kaedah penyelesaiannya, cuma mungkin YB UMNO ambil tak kesah masalah orang labu, Mungkin beliau sibuk mengumpul harta menjelang pertandingan UMNO tahun hadapan. Tapi yang hairannya, selalu keluar masuk kg di dalam tu, tak kan tiada tok pengampu yang bercerita masalah banjir ni... Cuba tengok baik baik, gambar gambar banjir ini bukan sahaja menyusahkan orang tua, kanak2, tapi juga menghalang kenderaan....Pendek kata , siang malam, petang ke petang banjir, hingga kini haram jadah nak di "repair". Ni yang dikatakan  JANJI DI TEPATI...















No comments:

Post a Comment