Thursday, January 17, 2013

Mampukah Umno membuat Himpunan Rakyat sebegini rupa???

Ratusan ribu rakyat malaysia hadir ke Himpunan kebangkitan rakyat

Mampukah UMNO/Barisan Nasional Mengumpal jumlah peserta seperti ni tanpa m'byr peserta dengan wang?

Rakyat semakin berani menuntut hak mereka

Permandangan dari udara ketika HKR#112

Muka depan Akhbar Sinar Harian seluruh Malaysia pd 13 januari
Pihak Sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah ke atas rakyat Malaysia yang telah sama-sama melakar sejarah pada 12 Januari 2013 lalu.Perhimpunan yang dihadiri oleh 500,000 peserta tersebut adalah bukti apa yang diperjuangkan selama ini oleh Pakatan Rakyat iaitu rakyat perlu diberikan peluang berhimpun secara aman dan bebas menyatakan pendapat.Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Himpunan ini terutamanya anggota keselamatan dari PDRM, pengurusan Stadium Merdeka, pasukan Unit Amal serta para pimpinan NGO dan parti politik.Kami juga menghargai kesabaran orang ramai yang terpaksa menghadapi kesesakan jalanraya pada hari tersebut.Adalah dimaklumkan bahawa kutipan dari orang ramai pada hari tersebut adalah berjumlah RM268,802.10.Jumlah ini akan digunakan bagi menampung perbelanjaan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang telah dianjurkan di seluruh negara baru-baru ini.Sokongan dari orang ramai sangat mengharukan dan menjadi peniup semangat untuk Pakatan Rakyat terus berusaha memperbaiki sistem negara tercinta ini yang telah dirosakkan oleh pemerintahan BN.Tentunya usaha ini memerlukan sokongan dan dokongan berterusan dari orang ramai terutama menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.




No comments:

Post a Comment