Wednesday, December 9, 2009

JALAN BERLUMPUR, PEPARITAN TERUK DEPAN PEJABAT RELA LABU



Beginilah keadaan jalan berhadapan pejabat Rela Labu. Bila Hujan sahaja, beginilah bentuk lopak dan lumpur yang terbentuk . Jalan ini adalah penghubung bagi mereka yang menggunakan motor untuk berulangalik ke pekan Labu. Keadaan yang menjijikkan ini bukan sahaja mencemar imej Labu ( kerana laluan utama ke Komuter Labu ), tapi menyerlahkan ketidakprihatinan ADUN Labu menyelesaikan perkara yang kecil.
Bahkan meyusahkan kenderaan yang singgah untuk makan & minum di kawasan berdekatan.



Apa yang berlaku adalah kerana tiadanya sistem peparitan yang sempurna berdekatan tempat kejadian. Longkang yang sedia ada pula tidak diselenggara dengan kerap atau tidak dibuat mengikut keadaan yang sepatutnya. Jika dilihat pada longkang yang berhampiran dengan pejabat Tok Penghulu..... macam tak serupa langkang dah... tak kan nak hari-hari biarkan air bertakung... nanti ada Aedes !

No comments:

Post a Comment