Tuesday, December 8, 2009

Pengerusi JKKK Pasir Putih Bina Jambatan Kebun Sendiri Kali Ke-3!



Beginilah jambatan yang runtuh semula setelah siap diperbaiki pada pertengahan tahun yang lalu.













Kerja2 membina semula jambatan runtuh untuk kali ke 3 sedang giat dijalankan













Paling menyedihkan apabila jambatan untuk kepentingan sendiri ini terus diutamakan.Bahkan bila ada penduduk yang mengadu, ada pihak yang berkaitan sanggup mengatakan, " nak buat macam mana, dah rezeki dia".













Agak2nya, berapakah peruntukan yang digunakan untuk bina jambatan seperti sebelah.Ada ke kontraktor yang sanggup ambil projek ini dengan kos RM30,000?









Kalau projek macam ini , adalah disyorkan Menteri Besar sendiri eloklah turun. apa sal peruntukan diluluskan pada tempat & projek yang sama. Ketua Kampung siang-siang dah declare, bukan saya yang luluskan....
Lebih malu lagi, ianya hanya untuk keperluan individu Ketua Kg sahaja. Tempat lain nak juga. Tempat lainpun ada kawasan banjir yang perlukan longkang.Balik2 buat jambatan dalam tanah sendiri sampai 3 kali...kes nyaya ni Dato.... Malu...Rakyat menyampah dibuatnya.

4 comments:

  1. rakyat mano yang menyampah tu..sebona eh yang menyampah dan sakit ati tak lain tak bukan......PEMBANGKANG. abih cito.

    ReplyDelete
  2. PRU akan datang nia..kok ekau lak yg jadi PEMBANGKANG, jago skit lidah ekau tu, guno kan lidah tu utk ZIKRULLAH yo jaannggg, lobih bosar paedah eh utk ekau kek sanun sok.

    ReplyDelete
  3. sebenarnya memang banyak jalan kampung yang tak di agihkan dengan betul, Kerajaan Malaysia betul mengeluarkan peruntukan tetapi yang di bawah tidak menjalan kan amanahnya dengan baik.

    ReplyDelete
  4. Bila semua jalan-jalan rezab akan dijadikan jalan tar mengikut tanda batu jalan? Kan sodap kalau jalan semua ikut pelan pejabat tanah, dan semua tu ditarkan? Fuh, memang sodap!

    ReplyDelete