Wednesday, June 27, 2012

Semak Samun Laluan Kg Jawa Luar

Lg Jawa. Pengerusi JKKK diminta lebih perihatin dengan persekitaran laluan jalan di Kg Jawa Luar yang dirimbuni dengan semak samun yang boleh mengancam keselamatan penduduk dan orang awam yang melalui kawasan tersebut. Terserempak dengan ular Sawa dan Ular tedung adalah sebahagian kejadian yang di alami oleh penduduk. Menurut Abang Safri yang tinggal berhampiran, beliau sendiri pernah terserempak dengan ular tedung selar yang berwarna kekuningan di kawasan berhampiran. Mingkin disebabkan sungai yang berhampiran dan semaksamun yang menghijau, mengalakkan lagi kawasn tersebut menjadi PADANG EURO ular-ular berlegar dan bersantai. Kalau dilihatkan pada gambar jambatan , terserlah semaksamun yang menutup sebahgian jambatan tersebut. Seakan Pengerusi JKKK ambil tidak peduli sahaja semak samun tersebut, walhal elaun RM800 yang dianugerahkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan tersebut,sepatutnya sudah cukup menjadi pemangkin untuk menjalankan tanggungjawap dengan lebih baik lagi.Memanglah kita faham, menjelang PRU 13 yang semakin dekat , ditambah pula semua Pengerusi JKKK telah dilantik sebagai Naib Pengerusi Barisan Nasional untuk Peti Undi Tiroi ( Rujuk Buku Aluan Majlis Pelancaran Peti Undi Tiroi ). Alangkah baiknya sekiranya ada kelapangan, Pengerusi JKKK lalu kawasan tersebut sebaiknya pukul 7 malam ke atas. Lebih menguji perasaan jika lepas hari hujan....dah pastilah macam ada aje kayu panjang yang melintang jalan kat depan tu....

Terowong Banjir... Berulang dan terus berulang?

BANJIR TERUS MENGHANTUI PENDUDUK

Labu. JKKK tidur atau Adun tak tahu nak buat kerja? Begitulah persoalan yang terus berlegar di fikiran penduduk sekitar Kg Pelegong, Kg Kering, Kg Jawa, Kg Merbau Condong dan Kg Tengah. Penduduk yang dianggarkan 1000 orang terputus hubungan setiap kali sahaja berlakunya hari hujan.Kalau boleh lalupun, hanyalah motosikal yang melalui tepian batu tepi jalan terowong tersebut. Kereta dan seumpamanya... Confirm , tak boleh lalu. Semalam, 26 Jun dan hari ini, jalan terowong keretapi yang menjadi penghubung utama mereka ke Pekan Batu 8 dan laluan utama anak2 ke sekolah sekali lagi terus dinaiki dan ditenggelami dengan air sedalam 3 kaki.Hujan yang turun hanyalah selama setengah jam.Bayangkan jika hujan lebat 3 atau 4 jam seperti yang berlaku pada awal bulan Mei lalu. Bukan setakat terowong tenggelam, bahkan banyak rumah dan jalan yang dilimpahi dengan air. Akibatnya mereka terpaksa berpatah balik ke pekan dan menggunakan laluan Tmn Tiroi yang jaraknya 2Km dari laluan biasa. Kemudahan jalan di Tiroi pula bolehlah dilalui oleh kenderaan, tetapi sangat bahaya pada anak2 sekolah yang bersendirian atau berjalan kaki.. Sebahagian laluannya semah samun yang macammacam boleh berlaku. Selama bertahun-tahun, banjir yang sama berlaku. Hari ini berlaku, semalam juga berlaku, bulan Mei yang lalu juga berlaku ( banjir yang dasyat ), Mac juga berlaku. Tahu 2011 banyak kali berlaku. 2010 sama... 2009 sama... Awal 2008....opp tolong sikit .. ( masa tu saya belum YB ! ). Pendek Kata hampir setiap tahun, hingga tidak terbilang kalinya, banjir yang sama , tempat yang sama dan masalah yang sama. Persoalannya,Bodoh sangat ke Agensi-agensi yang berkaitan dalam memberikan nasihat dan pandangan setiap kali adanya pertemuan dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung ( JKKK )? Atau tiada laporan yang diberikan oleh JKKK atau tiadanya penglibatan Agensi yang berkaitan. Apa peranan Adun UMNO Labu yang juga menjawat jawatan Exco Pembangunan Infrastruktur dan luarbandar. ? Tidur ke atau terlena dalam dakapan Toyota Estima.... Buletin Labu berpandangan, selagi sistem perparitan tidak dirancang dengan betul ,yakin dan percayalah masalah banjir akan terus menerus berlaku. Bukan sahaya terowong yang menjadi mangsa, banyak kawasan di Labu juga akan dibanjiri dengan air. Tambahan pula, Labu tersepit antara pembangunan rancak yang berlaku di Kawasan Mantau, Seremban 2, Projek PriMa Sime Darby berhampiran Kg Sebir dan Pembangunan di Tmn dan Industri Galla. Kesan Penebangan Pokok-pokok yang menjadi tadahan air sudah pastilah merancakkan aliran air mudik ke hilir yang kebetulannya melalui perkampungan dan kediaman utama penduduk Labu. Tregedi 17 September 2010, sudah cukup menjadi iktibar bagaimana kesan pembangunan yang berlaku di Seremban 2 menyebabkan Perkanpungan Cina, Kg Seri Bt 8 Labu dilnda Tsunami Banjir yang merosakkan kediaman dan kedai disepanjang laluan sungai berhampiran. Ditambah masa tersebut, sistem perbentongan dan perparitan sangat dhaif. Cumanya.. mengapa system perparitan tersebut hanya di buat pada sebelah pihak...Kawasan-kawasan berisiko tinggi atau " Bottle Neck Area" mengapa tidak ditingkatkan sistem perbaritan yang sama lebih baik....contohnya di Kg.Pulau dan Perumahan Kg Jijan ( yang selalu banjir )... Mengapa...

Monday, June 25, 2012

Lembu Berkeliaran Mengundang Bahaya Pengguna Jalanraya

Tiroi.Pihak berkaitan seperti Majlis Perbandaran Nilai diminta mengambil tindakan dan langkah susulan kejadian lembu berkeliaran yang mengundang BAHAYA kepada pengguna jalanraya khususnya penunggang motosikal. Kejadian Kemalangan yang kerap berlaku di sepanjang km 8 dan 9 berhampiran Sekolah Agama Persekutuan Labu ( SMAP ) dan Hentian Komuter Tiroi sudah semakin kerap.Ini tidak mengambil kira tentang kemusnahan tanaman penduduk kampung sekitaran yang saban malam dicerobohi. Pernah berlaku kejadian Langgar lembu yang melibatkan anak Pengerusi JKKK di Labu yang mendatangkan kecederaan teruk dan terpaksa dimasukkan ke hospital untuk beberapa minggu. Kejadian terakhir baru-baru ini adalah apabila sebuah Motosikal melanggar segerombolan lembu yang melintas yang mengakibatkan pemuda berbangsa Cina koma dan mengalami pendarahan otak. Kejadian berlaku sekitar pukul 2 am berhampiran Pencawang Talian TNB Tiroi. Selain faktor lembu2 yang berkeliaran dari estate berhampiran, yang tidak dijaga dengan sebaiknya, Faktor Jalan yang gelap yang tidak dipasang dengan lampu juga menyumbang kepada Kejadian langgar lembu. Ini jelas apabila laluan "kebiasaan" lembu-lembu tersebut melintas dan kerap berlaku kemalangan sehingga hari ini tidak dipasang dengan lampu jalan. Di tambah dengan selekoh tajam, laluan gelap tanpa Lampu Jalan, kawasan tersebut yang berhampiran dengan Restoran Makan NiaTomyam sudah sinonim dengan kejadian kemalangan Langgar Lembu. Pihak JKKK juga seolah lepas tangan, apatah lagi sepatutnya tambahan lampu jalan di kawasan tersebut sepatutnya telah lama di pasang. Sebab dasarnya jelas, keutamaan lampu jalan adalah disimpang2 jalan atau selekoh membahaya seperti di selekoh tersebut. ( Memudahkan,rujuk Tiang TNB RR7L.F4.4.1.9A dan RR7l.4.1.9A ). Sebagai Langkah pencegahan daripada berulangnya kemalangan yang tidak diingini, beberapa langkah perlu di ambil pertimbangan. Antaranya boleh difikirkan, 1. Pihak Estate Sime Darby MESTIlah mengambil langkah2 tegas agar lembu-lembu tersebut tidak melintas atau keluar daripada kawasan Estate.System memagarkan kawasan perlu dibaiki atau peringatan dan amaran kepada pemunya lmbu-lembu tersebut. 2. Pihak Berkuasa Tempatan membuat pemantauan atau tangkapan keatas lembu-lembu tersebut selain amaran kepada pemunya lembu. 3. Lampu-Lampu jalan mstilah dipasang dikawasan yang kerap berlakunya kemalangan atau kawasan laluan ternakan tersebut.( Maklumat mungkin boleh diperolehi dari JKKK atau pihak polis. Apatah lagi , kebiasanya ada agensi2 seperti Polis dilibatkan dalam mesyuarat JKKK yang lazimnya dibuat.) 4. Pemasangan Tanda Amaran seperti ' " AWAS, KAWASAN KEMALANGAN, LEMBU MELINTAS " di kawasan yang berkenaan. Sebelum kemalangan yang lebih dahsyat berlaku, lebih baiklah langkah2 pencegahan di ambil. Tidak mungkin nanti, selepas berlakunya pada orang2 kg kita, saudaramara kita atau sanaksaudara kita, baru kita tersedar keperluan kepada perkara di atas.Buletin Labu.