Thursday, June 16, 2016

KG SEBIR DALAM TAHAP KRITIKAL - Usaha Halus Melenyapkan Rizab Sakai 161.3 Ekar dan Tanah Adat Seluas keseluruhannya berjumlah 726 ekar


Kg Sebir.  Nampaknya , lambat-laun penduduk Kg Sebir Seakan sama nasibnya dengan penduduk orang asli Kg Pelebar, Gadong Jaya. Sedikit demi sedikit mereka dipindahkan ke perkampungan baru orang asli di Bukit Kepong , Port Dickson. Dengan Nilai tanah yang bernilai tinggi di sekitar Bandar Estek, penduduk orang asli Kg Sebir nampaknya di tekan secara lahiriah , mental dan spriritual.  Kg Sebir juga terletak dijajaran tanah yang bernilai tinggi dan strategik berhampiran Bandar Ainsdale dan Pintu masuk ke Lebuhraya UtaraSelatan, PLUS selain bersebelahan dengan Seremban 2.

Janji MB Negeri Sembilan  untuk menutup Kuari di Jalan Labu mungkin hanya  tinggal angan2. Terbaru telah mula ada tanda2 kuari yang lebih besar akan dibuka bersebelahan dengan kuari sedia ada.  KITA tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku kini. Tapi jika dilihat kepada  kerja-kerja penarahan bukit, pengalihan batu-batu  dan lebih dah dahsyat lagi penebangan balak2... sudah terang lagi bersuluh.... Bermulanya phasa ke-2 pembukaan kuari batu yang baru.... gambar-gambar di bawah sebahagian balak-balak yang telah mula dilunggokkan. Samada kerja-kerja penebangan ini HARAM atau SAH ... menjadi tanda tanya.  Tidak nampak  Papan Tanda .

Yang pasti, pembalakan dan  pemulaan kuari ini akan menjadi episod duka dan lara . Bukan sahaja langsung kepada penduduk orang asli Kg Sebir, bahkan tidak langsung kepada penduduk sekitaran di Tiroi, Sekolah Agama Persekutuan Labu, Tmn Ulu Mantau dan sebahagian Seremban 2. DALAM KATA MUDAH, penduduk DUN LABU terdedah dengan pencemaran dari kawasan TIGA-SEGI kuari  yang meliputi Kuari di Kg Sebir , Kuari Labu -Nilai selain penempatan sisa toksik di Kualiti Alam di Sempadan Gadong Sendayan. Udara akan tercemar dengan habuk dan debu yang akhirnya  membawa kepada bermulanya penyakit kulit, asma dan paru-paru dll.

Berdasarkan kepada kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan pada akhir tahun lepas,  Kuari kategori  C yang beroperasi hampir kawasan penempatan penduduk akan diberi notis  untuk memberhentikan kerja dalam masa 3 tahun. Kebanyakan kuari kategori  C terletak di dalam kawasan Nilai, Panchor serta dekat Jalan Labu." Kategeri C  adalah yang kritikal, yang mana beroperasi dalam kawasan tidak lagi sesuai kerana pembangunan telah berlaku dengan rancak dan pesat serta didapati meningkatkan pencemaran serta masalah kesihatan kepada penduduk sekitar ", kata MB NS selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pada Oktober  2015 yang lalu.. 

Malangnya, kita menjadi semakin keliru jika benar  kajian dari pihak jawatankuasa teknikal  yang terdiri daripada Jabatan Alam Sekitar ( JAS ) mendapati Kuari itu mendatangkan kemudaratan dari segi kesihatan penduduk yang mendiami kawasan berhampiran. Ironinya masih kedapatan hampir 185 orang penduduk orang asli dengan sejumlah hampir 40 keluarga ketika keputusan pembukaan kawasan kuari ke-2 .  MOHON JAS melihat sendiri kedudukan perkampungan orang asli Kg Sebir ini dengan kawasan kuari  baru  yang akan dibuka dengan kerja-kerja awal tengah giat dilakukan. Jika berlaku gelongsoran longgokan batu-batu itu, sudah pasti perkampungan orang asli itu akan tertimbus sekelip mata... Kita mohon pihak berkepentingan turun sendiri dan melihat tentang kecacatan peraturan dan penguatkuasa undang-undang yang diamalkan di sini . Peristiwa Banjir lumpur pada 23 Feb 2000 (Rabu) yang  merosakkan 9 buah rumah yang berpunca dari hujan lebat yang telah meruntuhkan  tanah bukit kawasan kuari  dan membawa  lumpur masuk ke rumah penduduk, patut dijadikan iktibar . Satu laporon polis juga telah dibuat di Balai Polis Daerah Seremban tentang kejadian tersebut ( no report 1844/2000 ).  
   
Kesimpulannya, kita merasakan  bahawa Perkampungan tradisional Orang Asli Temuan sepatutnya dipertahankan sebagai WARISAN ASLI . Bayangkanlah, kampung ini telah wujud sebelum 1800 M lagi dengan Tok Batin yang mentadbir silih berganti dari Tok Batin Pragalang, Tok Batin Tangga Sembilan, Tok Batin Lepeng, Tok Batin Imbang Bungsu, Tok Batin Pagek Daim, Tok Batin Uval Bujang hingga kini , Tok Batin Aziz Genchip . Sepatutnya ratusan juta peruntukan untuk Orang Asli di agihkan dengan membangunkan prasarana ekonomi yang boleh memberi hasil tambah kepada kehidupan mereka. Sebagai contoh, Kiosk dan bangunan boleh didirikan yang menempatkan ruang perniagaan orang asli yang berasaskan hasil hutan , Kraf tangan dan herba ubat-ubatan. Kiosk ini boleh didirikan dilaluan jalan  pintu masuk ke perkampungan mereka. Bila ekonomi mereka bertambah baik, mereka akan lebih terbuka untuk bersaing dalam bidang-bidang lain terutamanya pendidikan. Pendidikan yang baik, sudah tentu akan mengangkat maruah dan darjat mereka seiring dengan masyarakat di luar. Akhirnya nanti, mereka boleh berdiri sendiri tanpa mudah dibola-bolakan atau digula-gulakan. Jika mereka berjaya dalam pendidikan dan kuat ekonomi.... sudah tentu Kg Sebir  tidak akan tergadai ke tangan segelintir Niagawan dan Sang Penguasa yang hanya memikirkan keuntungan Wang dan RM.....  pada mereka, tiada kepedulian tentang bumi dan tanah... bersambung


kerakusan melihat balak tidak mengenal erti kemusnahan alam

kawasan tadahan air minuman penduduk mula  terjejas

JAS dan Jabatan Perhutanan  diharap membuat lawatan muhibbah  untuk mengambil sampel
 pencemaran dan  menilai hasil cukai yang berbaloi

Bila Kuari di buka, ini bakal kemusnah yang tidak dapat dielakkan. Bagi setengah pihak
 keuntungan dan RM  mengatasi segalanya.

Penduduk Orang Asli melihat kerosakkan dan kemusnahan sekitar  kawasan yang mereka
 usahakan dan  Tanah Adat yang menempatkan kubur nenek moyang lampau

Sejauh mata memandang, kawasan Bukit Tertinggi di Seremban yang menjadi kawasan
 tadahan air  bakal  membawa  malapetaka banjir kilat sekira hujan turun dengan lebat

                                                                                                   
                                                                                         
Balak yang tumbang yang telah menghalang laluan anak sungai yang
menjadi sumber air penduduk sebelum ini

Laluan air terhalang 

Sumber Air yang tercemar

Monday, June 6, 2016

Majlis Pelancaran Ranting2 Di N20 Labu dan Pengagihan Bantuan Asnaf

Kg Pasir Putih,     Bertarikh 2hb Jun 2016 , jam 5 petang , sebanyak 12 ranting telah dilancarkan meliputi meliputi Bt 8 Tiroi, Bt 8 Pasir Putih, Kg Kering, Kg Pelegong, Labu Bt 10, Labu Hilir, Kirby, Coratina, Seremban 2, Rasah Jaya, Bdr Seri Sendayan dan Felda Sendayan.

Pelancaran Ranting ini adalah usaha parti memperkukuhkan jentera akar umbi agar lebih terdedah dengan situasi yang berlaku, memudahkan komunikasi secara langsung dengan  para pengundi selain proses melatih anak muda dan generasi baru untuk terlibat secara langsung dengan perjalanan parti.

Ketua Ranting yang telah dipertanggunjawabkan  untuk mengetuai ranting-ranting tersebut adalah  :,
1. Ranting Bt 8 Tiroi  - Sdr Mokhtar Ahmad
2. Ranting Bt 8 Pasir Putih - Sdr Hj. Azis Jakfar Saroji
3. Ranting Kg Kering - Sdr Zainal Bin Abd Majid
4. Ranting Kg Pelegong - Pn Amni B tIdrisOthman
5. Ranting Kirby - Sdr Sanghirren
6. Ranting Coratina - Sdr Murugiah
7. Ranting Labu Bt 10 - Sdr Said Khan Bin Mohd Dali
8. Ranting Labu Hilir - Sdr Mohammad Bin Yusof
9. Ranting Rasah Jaya - Sdr Rathinam
10. Ranting Seremban 2 - Sdr Madurai
11. Ranting Bdr Seri Sendayan - Pn Patmawathy
12. Ranting Felda Sendayan - Sdr Tanggam

Pada program yang sama sebanyak 25 bungkusan hamper yang mengandugi sedikit  keperluan dapur seperti  beras, mee hun, minyak, susu, tepung, dan gula telah diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Keadilan Labu juga menerima sebuah kerusi roda yang telah disampaikan oleh KetuaWanita Negeri, Pn Azlinah Zamli Kepada Wakil Keadilan Labu iaitu Tn Hj Ismail Ahmad dengan disaksikan oleh Ketua Cabang Rasah, Sdr Tanggam. Kerusi Roda tersebut akan diserahkan kepada penerima yang telah dikenalpasti dalam masa terdekat ini.

Perasmian telah dibuat oleh Pengerusi Keadilan Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan             ( ADUN ) Sikamat, Yb Tn Hj Aminuddin Harun. Program dihanggatkan dengan Tetamu jemputan iaitu Sdr Akmal Nasir iaitu Ketua Cabang Johor Baharu merangkap Ketua Penerangan Neggri Johor. Beliau sempat mengimbas kembali  tentang kepincangan  tentang " projek ternakan Lembu GEMAS "  dan membongkor tentang beberapa kepincangan Yapeim  dalam pemberian sumbangan kepada anak yatim  ".

Rakan pimpiman MPN lain seperti Sdr Faizal, Penyelaras Dun Pertang, SUK Sdr Malek, Sdr Farhan , Sdr Madurai , Pak Jalal Labu Jaya, Sdr Safiq, Sdr Marvin  turut serta memeriahkan hadiran yang dianggarkan seramai 70 orang dan bertukar pandangan pada  sesi jamuan petang.  Suasana petang yang tenang dengan cuaca yang baik ( hujan selebat-lebatnya Sehari sebelum program )   menutupi program  tersebut pada pukul 6.30 petang. Terimakasih kepada semua yang terlibat, terimakasih TuanRumah  dan... Terimakasih juga kepada abang2 IPD Nilai yang sempat bersantai bersama kami... Terimakasih.  




























Friday, June 3, 2016

Selamat Menjalani Ibadah Puasa Tahun 2016 bersamaan 1437 Hijrah

 SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL MUBARAK


KeADILan N20 Labu dan Cabang Rasah Amnya ingin mengucapkan Selamat Menyambut dan menjalani ibadah puasa 1437 H. Mudahan Puasa pada tahun ini yang dijangkakan jatuh pada HARI ISNIN, 6HB JUN 2016 , akan disambut dengan penuh tawaduk dan semangat berlumba-lumba untuk melakukan amal ibadah sebanyak mungkin.

Mudahan juga amalan berpuasa, menahan diri dari makan dan minum dan menahan diri daripada melakukan perkara yang boleh membatalkannya akan menjadi asas yang kukuh untuk kita meneruskan hari-hari mendatang yang lebih mencabar

Mudah-mudahan puasa kali ini dapat menyedarkan kita agar jangan membazir dan berbelanjalah secara berhemah mengikut keperluan dan kemampuan. Dengan Suasana ekonomi yang agak mencabar tahun ini , memaksa semua pihak agar menjalankan tanggungjawab masing-masing   mengikut seikhlas yang mampu. Yang Kaya mempunyai tanggungjawab mengeluarkan zakat dan membantu golongan yang miskin dan memerlukan. Yang miskin juga , sepatutnya tidak ketinggalan  untuk sama-sama bersedekah walaupun kemampuannya hanya 10 sen. Allah tidak menilai jumlah yang diberikan tetapi menilai tahap keikhlasan hambanya

Selamat Menyambut dan menjalani Ibadah Puasa.
Hasil carian imej untuk ucapan selamat berpuasa