Saturday, November 28, 2009

BUS Awam di Labu Ke MANA ?

50 tahun merdeka, infrastuktur di Labu masih mengecewakan. Hanya untuk pergi ke Seremban atau Maiden di Nilai, Sinenek atau makcik2 terpaksa menunggu berjam-jam.
Ada suara kedengaran," Nak beli barang sejam aje, tapi nak nuggu bus nya sampai berjam-jam,nak kata bus rosak, nampak busnya baru-baru. Sakit hati dibuatnya."
Bayangkanlah, menjelang Labu nak diistiyarkan sebahagian bandaraya tahun depan ( kuk Jadi ), perkhidmatan bus masih macam kat hulu tembeling.
Akibat daripada perkhidmatan bus yang macam tak ada KPI, bermacam masalah wujud.
Kadang-kadang ada segelintir pemimpin yang menganggap semua orang di Labu ada kenderaan, walhal masih ada ramai yang tidak ada kenderaan wa ima sebiji motor. Sebagai contohnya, pergilah kerumah rakyat Labu Bt 10 tu,dua tiga baris dari rumah ketua kampung tu, ada keluarga yang anaknya 7, sebiji agham pun tak ada kenderaan.Agak-agaknya kuk sakit deman, cam mana dia nak poe klinik atau hospital. Kuk ada bus ok jugak. Tapi kuk bus nya tak tentu masa nya... poning jugak orang kampung. Nanti kok poi pakai motor tak belesen... joleng pulak atok-atok polis kita.
Pendek kan cerita, bus di Labu ada, tapi jadual & jumlah busnya kurang sangat. Aden tengok ke Rantau tu, busnya kojep2 bedosup datangnya... bus pendek.. bus pendek lah. Itu tak penting. Yang teramat penting adalah kekerapan dan jumlah bus.. Company bus nak .. nak untung juga... Tetapi membela masyarakat kampung perlulah diutamakan..Apa..ingatkan mayarakat kampung tak sokong kerajaan ke ? Kalau tak sokong kerajaan tak kan banyak kerusi2 PEKEMBAR monang. Kalau dari dulu, kini dan selamanya sokong kerajaan, takkan kampung-kampung cho ong kek pilah, seri menanti, lenggeng, lonek rembau , felda2 dan kawasan sewaktu dengannya terus terbiar megah ketinggalan. Yelah... ada nak bueh macam mana, kuk bijak banar nanti.. kuk lain disokong nya... FIKIR2KANLAH...Nasyrah

Gelangang Futsal di Labu tak senegheh ?




Inilah rupa gelanggang Futsal di pekan Labu. Hanya boleh digunakan beberapa bulan sahaja. Lepas tu terbiar... Bukan itu sahaja.... kita pun tahu macam mana simen nya boleh terbongkang di sana sini.. Buat main2 ke...
Mungkin mereka rasa , bukan duit aku... hantam sajalah labu....






Bila dah rosak ni, bolehlah hayun lagi peruntukan yang berhormat...

Tuesday, October 20, 2009

jamun raya

Tahniah Kepada PKR DUN Labukerana berjaya mengadakan rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri dan Deepavali. Ramai yang hadir.anggaran adalah lebih kurang 400-450 orang menurut saudara Mohktar (Matan Calon 2008).Antara Tetamu-tetamu undangan yang hadir adalah:-1.YB Anthony Loke (Parlimen Rasah)2.YB John Fernandez (Parlimen Sban)3.YB Cha Kee Chin (Bukit Kepayang)4.YB Aminudin (Sikamat)5.YB Rashid (Ampangan)sekali lagi tahniah kepada penganjur yang bertungkus lumus menganjurkan program ini walaupun ada halangan-halangan tertentu daripada pihak-pihak tertentu

Tuesday, October 13, 2009

Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Dan Deepavali

Kepada Penjuang Pakata Rakyat

Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Dan Deepavali pada 18/10/09 hari ahad jam 4petang ~7petang bertempat tapak pasar malam Batu 8 Labu (Sebelah Dewan Orang Ramai Batu 8).Semua dijemput hadir.Majlis ini dianjurkan oleh Majlis Permuafakatan PKR DUN LABU.

Monday, October 5, 2009

Lagi PRU BAGAN PINANG




Bagan Pinang By Election


















































Sekitar Penamaan Calon Bagi Dun Bagan Pinang,Penyokong PR Telah meneggelamkan penyokong BN





Sunday, September 13, 2009

Bantuan Fakir Miskin

Salam kepada semua,
Bantuan fakir miskin telah di berikan pada 12/9/09 kepada yang memerlukan di Kawasan Dun Labu,program dimulai dari Pekan Batu 8 pada pukul 9pagi dan berakhir pukul 4.petang.Seramai 80 bungkus telah kita edarkan.Gambar gambar sekitar aktiviti ini akan menyusul kemudian.


Sekian Terima kasih