Friday, July 20, 2012

KEADILAN LABU MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA

Labu.1 Ramadhan. KeADILan Labu dan seluruh warga pendokong mengucapkan selamat menyambut bulan Ramdhan Al Mubarak 1433 Hijrah. Moga tahun ini, amalan kebaikan akan bertambah-tambah dibuat bagi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim selain mendapat ganjaran yang melimpah-limpah daripada Allah Taala. Sempena bulan ramadan ini juga KeADILan Labu melalui Majlis Permuafakatan KeADILan Labu (MUAFAKAT) telah dan akan mengadakan Program Jejak Fakir, Jom Ubah Demi Rakyat NS. Melalui program ini, sumbangan berupa keperluan Dapur seperti beras, minyak, gula, tepung, susu, teh,garam dan kurma telah diagihkan kepada golongan yang memerlukan. Pihak Keadilan telahpun memulakan siri pemberian sumbangan bermula pada hari rabu 18 Julai yang lalu bermula di Tiroi,Kg Pelegong, Kg Kering, Rumah Rakyat Bt 7, Rumah Ladang Sime Dirby.Hari seterusnya, sumbangan Jejak Fakir dibuat di Kg Gadong Jaya, Rumah Rakyat Btu 10. Sebanyak 40 bungkus sumbangan telah diagihkan. Program ini akan diteruskan pada hari ahad ini di sekitar Kg Labu, Lambar dan Pulau melalui kerjasama Ketua Ranting Labu Sdr Said Khan , Sdr Rosli dan Sdr Mohd Noor. Kita menjangkakan sehingga akhir Ramadhan ini , sumbangan sebanyak 150 bungkusan dapat diagihkan kepada golongan yang memerlukan di sekitar Dun N20 Labu. Bagi menjayakan program ini, kita telah turun bersama-sama dengan Penaung Majlis PerMuafakatan KeADILan Labu mengagihkan sumbangan. Moga dengan sumbagan yang tidak seberapa ini, setidaknya dapat meringankan beban mereka dalam memulakan suasana bulan Ramadhan. Bagi mereka yang terlebih kemampuan, sekiranya ingin meyumbang boleh berurusan dengan Ustaz Aziz atau Sdr Said Khan hp 0123111679 atau Sdr Ahmad Izzuddin hp 013-3156530 atau email kepada labu.kg.pkr@gmail.com.Segala sumbangan yang diberikan, pihak kami ucapkan jutaan terimakasih. Hanya Allah yang berhak membalas usaha sdr tersebut.


No comments:

Post a Comment