Tuesday, July 31, 2012

TUTUP JAMBATAN BERLUBANG DENGAN DAUN PINTU ?

LABU HILIR - Jambatan yang berlubang sekadar ditutup dengan sekeping daun pintu yang disedekahkan oleh seorang pengguna yang prihatin?. Ini sudah pasti mengundang bahaya kepada pengguna jalanraya. Sudah berbulan-bulan kejadian tersebut berlaku. Tiada langsung tindakan yang di ambil. Baik JKKK atau EXCO UMNO buat nampak tak nampak aje permasalahan tersebut. Mungkin Adun UMNO N20 Labu masih lagi Tidur. Seorang pengguna yang setiap hari melalui jambatan tersebut untuk menghantar anak ke sekolah di Sek Kebangsaan Labu Ulu berkata, lubang yang terbentuk telah mengakibatkan kedua-dua sisi jambatan tersebut berlubang sebesar 1 meter persegi. Bayangkan apa terjadi sekiranya tidak perasan dengan lubang tersebut, sudah tentu akan terjun kedalam sungai yang dalamnya 20 kaki.Bukan tidak pernah kejadian kemalangan terjatuh ditepi jambatan tersebut. Baru-baru ni pun, pada malam 3 puasa, ada berlaku kejadian seorang penduduk terbabas lalu tercampak kebawah jambatan tersebut kerana persekitaran yang gelap dan menggelakkan lubang tersebut . Ada pun lampu, hanya dipasang pada sebelah luar. Nyarislah keajaiban berlaku, walaupun terjatuh kedalam sungai ketinggian 20 kaki tersebut, penduduk tersebut terselamat walaupun motosikalnya rosak teruk. Siasatan rambang yang dibuat oleh Buletin Labu, fenomena Jambatan Berlubang atau mendap pada sesi kedua-dua belah jambatan, nampaknya adalah fenomena biasa yang terjadi pada kebanyakan jambatan yang dibuat di Labu.Sebagai contoh,selain janbatan Batu 8 Labu, ciri jambatan berlubang atau mendap pada tempat yang sama juga berlaku di Jambatasn Kg Pasir Putih, Jambatan Kg Padang Bola , Jambatan Kg Masjid Lama dan Jambatan Kg Labu Bt 10. Kita merasakan kurangnya pemantauan menjadi sebab kepada kualiti jambatan yang dibenar tidak bertahan lama.... Tidak tahulah, kiranya jambatan itu dibina untuk bertahan selama 4 atau 5 tahun supaya kononnya rakyat mengenang jasa kerajaan " JANJI DITEPATI ". Tetapi apa yang lebih merisaukan, kita merasakan bahawa standard atau SOP pembinaan jambatan itu tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan .Piawaian itu ada, cuma kurangnya pemantauan semasa pembinaan jambatan tersebut. Beberapa kretiria seperti had muatan jambatan, penggunaan gred simen konkrit, jenis besi dan lebih penting adakah ketebalan tembok konkrit yang dipasak dengan bahan yang sepatutnya?.Ada keadaan, kita melihatkan tiada pemantauan teliti terutamanya semasa kerja-kerja menambak tiang, tanah atau konkrit di sisi-sisi jambatan Sebagai contohnya, pernah lawatan mengejut di salah satu jambatan yang berlubang tersebut mendapati, disisi jambatan tersebut hanya disumbatkan dengan guni-guni yang berisi pasir. Ini sudah tentu tidak dapat menahan air, apatah lagi ketika banjir besar. Kita mencadangkan dimasa-masa akan datang, pembinaan jambatan mestilah dipantau dengan sebaiknya.Untuk untung besar tidak bermakna mengenepikan spesifikasi yang telah ditetapkan. Ini bukan sahaja dapat mempastikan kualiti jambatan yang dibina baik, tetapi hayat jambatan yang dibina berbaloi dengan kos yang dikeluarkan. Lebih2 lagi selamat untuk digunakan oleh penduduk.Lebih dari itu ini akan dapat menjimatkan Duit yang boleh disalurkan kepada perkara2 lain.
Lubang besar di tepi Jambatan
Lubang Besar
Runtuhan Jambatan
Antara Jambatan bermasalah di Batu 8
Bahaya

No comments:

Post a Comment