Monday, July 23, 2012

RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DI UTAMAKAN ??

Kg Sekolah Lama, Batu 8 Labu. Inilah agakknya slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Telah hampir 4 BULAN berlalu, jambatan yang runtuh dilanda banjir besar pada awal tahun lalu masih belum diperbaiki. Hingga kini sebahagian penduduk yang terputus hubungan dengan dunia luar terpaksa mengunakan lintasan keretapi untuk ke pekan. Kalau adapun jalan alternatif, jaraknya 2km dari jalan sedia ada. Ini sudah tentulah menyebabkan kos pengangkutan bertambah. Apatah lagi, dengan ekonomi yang agak mencabar sekadar. Sebarang pertambahan kepada kos sarahidup harian seperti petrol, sudah tentu beri impak yang besar kepada penduduk-penduduk kampung. Tambahan jalan Alternatif sedia ada agk jauh, terpencil dan banyak anjing berkeliaran di sekitar jalan tersebut. Ini sudah tentu merbahayakan keselamatan penduduk.Rata-rata rasa kecewa, jalan yang menjadi nadi penghubung Kg Tengah dan Kg Sekolah Lama ke Pekan Batu 8 masih TERBIAR begitu sahaja. Tidak ada tanda-tanda ia akan diperbaiki pada kadar segera seperti berlaku di Kg berhampiran yang dengan segera diperbaiki dalam masa sebulan dua.. Itu yang menelan belanja hampir jutaan ringgit. Mungkin ada unsur "DOUBLE STANDARD " atau Politik PILIHKASIH.. Tapi tak juga..Kalau dilihat pada sisi jambatan runtuh tersebut, nampak gah bendera BN.Malangnya,jambatan ni tak sampaipun RM 300,000, tapi masih dibiarkan TERBENGKALAI..Malang sungguh rakyat di zaman PERDANA MENTERI yang bercakap...RAKyat DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.Inilah bahana yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.. Cakap-cakap, hingga kini penduduk masih menanggung derita. Apa UMNO/BN buat kita pun tak faham.? Lanjut refer http://www.freemalaysiatoday com/ . Disconnected Kampungs


Kesan runtuhan
Laluan Jambatan 
Keadaan Jambatan
Pandangan dari jauh

No comments:

Post a Comment