Tuesday, August 21, 2012

BERTAHUN-TAHUN MINTAK SEDEKAH BANTUAN JKM ?

Keratan Sinar Harian



Labu. Pendedahan Akhbar Sinar tentang nasib Tujuh sekeluaga hidup serba dhaif amat dihargai. Detail rujuk Akbar Harian Sinar 21 Ogos 2012 mukasurat 35. Permohonan bantuan yang ditunggu-tunggu bagaikan menunggu buah yang tidak gugur. Difahamkan telah berkali-kali berjumpa dengan wakil rakyat. Kali terakhir pada 21  Januari 2010 seperti yang diberitahu. Bayangkan Insan tua Abdullah Jani 85 tahun dan isteri Echot Abdul Kadir 80 tahun, atas kudrat apa untuk berulangalik menagih sempati agar permohonannya didengar. Agaknya berapa lamakah lagi mereka boleh bertahan. Mereka terus menunggu dan menunggu.. namum hingga sesenja beginipun mereka tidak diendahkan. Melihatkan kepada Nenek Ichot yang terlantar ditambah dengan mengalami sakit jantung dan masalah penglihatan, amat malang keluarga ini tidak diberi keutamaan oleh JKM melalui BOT ( Bantuan Orang Tua ).Alasan yang biasanya standard diberi, tiada pihak yang memaklumkan kepada pihak mereka.

Amatlah menyedihkan JKKK yang diberi amanah untuk menjadi mata dan telinga kerajaan untuk menyampaikan permasalahan rakyat tidak berfungs pada tempatnya. JKM  yang diwar-warkan turun padang pun tidak diketahui padang mana yang mereka pergi. Bahkan jejak E-Kasih pun mungkin tersesat hinggakan " Gajah didepan mata " sebeginipun tidak dapat dilihat. Mungkin JKKK atau JKM atau Squad E-Kasih melihat melalui mata "politik". Maklumlah sebahagian mereka memang sah menjadi  agen-agen UMNO dan Barisan Nasional. Pengerusi JKKK sendiri kalau ditinjau dalam buku pelancaran Jentera Barisan Nasional adalah Berpangkatkan, Naib Ketua Peti Undi.Jadi, adalah tidak mungkin mereka akan buat kerjakerja berdasarkan maslahat kampung atau kawasan yang dikepalai melainkan berpaksikan sentimen politik UMNO -BARISAN NASIONAL. Sempena menyambut Eidilfitri dan Hari Kemerdekaan ke 55 beberapa hari, adalah amat menyedihkan kedapatan jiwa-jiwa pemimpin pemerintah masih kolot dan dibelenggu oleh sentimen politik pilihkasih dalam menentukan sesuatu keputusan rakyat. Tok Abdullah Jani 85 tahun , Nek Ichot,80 tahun dan keluarga adalah satu daripada pulohan atau mungkin ratusan tertimonial kegagalan kerajaan UMNO BARISAN Nasional berlaku adil kepada rakyat . Jadi, apa yang ingin dibanggakan dengan kenyataan Menteri Besar N. Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mengatakan bahawa penerima bantuan JKM di N. Sembilan telah meningkat daripada 22,841 kepada 24,641 statistik yang berakhir pada 31 Disember 2012. Hingga ada yang sinis berkata, berpuluh tahun orang yang sama dapat bantuan, berpuluh tahun juga orang yang sama lainlainnya tidak mendapat bantuan. Jadi apa tunggu, ubah sahaja kerajaan sedia ada dalam PRU 13 nanti !











No comments:

Post a Comment