Wednesday, August 22, 2012

Negeri Sembilan Beraya bersama bendera Pakatan Rakyat

KeADILan Labu mendapat komen daripada kawan-kawan luar Negeri Sembilan dan orang tempatan mengenai suasana hari raya di Negeri Sembilan lain dari yang lain berbanding tahun lepas.Ini kerana kebanyakan daerah di Negeri Sembilan dihujani dengan bendera Pakatan Rakyat.Ianya kelihatan amat ketara bukan setakat di bandar sahaja malahan di kampung-kampung turut kelihatan bendera Pakatan Rakyat berkibar amat megah di sepanjang jalan-jalan utama.Seperti di Rembau,Nilai,Labu,Jelebu,Seremban,Kuala Pilah,Port Dickson dan Tampin.


Antara lokasi berkibarnya bendera Pakatan Rakyat

Kami di KeADILan Labu amat berbangga dengan usaha dan semangat yang ditunjukkan oleh rakan-rakan sepejuangan di Negeri Sembilan.Semoga PRU13 nanti kita dapat merampas kerajaan Negeri daripada Kerajaan Barisan Nasional dan membentuk Kerajaan kita sendiri daripada suara rakyat Negeri Sembilan sendiri.Amin....."Jom Ubah Demi Rakyat Negeri Sembilan"

Lokasi bendera di tepi Jalan Besar

Ubah demi Rakyat Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment