Saturday, December 17, 2016

PAPAN IKLAN GERGASI RUNTUH DI KG PELEGONG, LABU, NS



INI SOAL KESELAMATAN, KELEMAHAN PENGUATKUASAAN & PEMANTAUAN , KETIRISAN DAN TIDAK BERTANGGUNGJAWABAN.
1. Adun Labu, Datuk Hasim Rusdi hentikanlah menuduh ada pihak yang ambil kesempatan politik dalam kejadian insiden Papan Iklan Gergasi runtuh di Kg Pelegong tempoh hari

2. Ini bukan soal mengambil kesempatan politik atau nak jadi jaguh. Ini adalah kes yang melibatkan keselamatan dan nyawa manusia , soal mengenai pihak yang berkuasa dan berkepentingan tidak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan, soal penipuan iklan MPN yang disalahgunakan( jika benar didirikan secara haram?)

3. Jika benar bahawa Adun Labu telah dimaklumkan lebih awal dan dibentangkan dalam minit mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung ( JKKK ) dan telah dimaklumkan oleh YDP Nilai bahawa papan iklan itu dibina secara HARAM, mengapakah beliau tidak bertindak lebih awal. Setidaknya dapat mengelakkan kerja2 pembinaan dapat dihentikan.

4. Saya difahamkan Sdr Maulud Wahid, mangsa kejadian telahpun membuat aduan rasmi kepada Jabatan Hal Ehwal Komuniti & Aduan Awam, Majlis Perbandaran Nilai pada 21/11/2016, No Daftar 21179 atau 0502/2016/11/J/B/074 . Ini bermakna laporan telah dibuat lebih dari 3 minggu sebelum kejadian. Kebiasaannya, laporan akan disiasat dalam tempoh 14 hari dan tidak timbul kekesalan Sdr Maulud yang beberapa kali membuat susulan jawapan daripada MPN tapi diberi alasan masih dalam siasatan. Jadi, adakah sesuatu cuba disembunyikan?

5. Sudah Terang Lagi Bersuloh, terdapat tanda papan rujukan/permit MPN pada kerangka struktur yang tumbang. NO tertera dengan MPN.483/53/2013/5(15) itu APA? Adakah kita hendak beritahu bahawa pihak syarikat iklan tersebut menipu dengan segaja meletakkan iklan MPN itu bagi mengaburi pihak berkaitan yang mereka mendirikan secara haram.

6. Adakah Menteri Besar Negeri Sembilan cuba " lepas tangan " atau Exco Kerajaan Negeri, Datuk Hasim Rusdi ingin memberitahu bahawa MPN terlepas pandang daripada menjalankan tanggungjawab membuat penguatkuasaan dan pemantauan billboard sebesar GERGASI yang terletak di laluan yang mudah dilihat? Takkan begitu mudah dipermainkan atau cuba "diperbodohkan" dengan pembinaan haram yang sebegini besar!

7. Kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan sebelum ini dengan jelas menyatakan bahawa setiap papan iklan yang dipasang di Negeri Sembilan perlu melalui Agensi Perkhidmatan Setempat ( OSA ) , bagi mempastikan ia dibina mengikut spedifikasi yang ditetapkan untuk mengelakkan sebarang risiko terutamanya dari segi keselamatan.. Jadi, mengapa begitu mudah terlepas pandang dan jika diamati agak jelas keluasan tapak pembinaan tersebut hanyalah berukuran lebih kurang 4 kaki persegi setiap tiang, berbanding untuk menampung ketinggian melebihi 90 meter.Jadi, tidak timbul soal "masing-masing mula tuding jari " atau " nak jadi jaguh ".
8. Kalau benarlah begini caranya ia berlaku, barangkali ada kebenarannya sebelum ini seperti dikhabarkan bahawa daripada 200 papan iklan sekitar PBT, hanya 90 sahaja yang mengikuti spesifikasi dan prosedure yang sepatutnya. Amat malang jika ini benar-benar berlaku kerana sudah pasti papan iklan tersebut didirikan di laluan pengangkutan yang sarap dengan pengguna atau premis kediaman.

9. Kita desak supaya pihak berwajib melakukan siasatan dan pemeriksaan segera ke atas setiap satu persatu struktur pembinaan papan iklan disepanjang lebuhraya khususnya, supaya penipuan pembinaan haram dapat dibenteras atau kejadian seperti di Kg Pelegong dapat dielakkan
 .
10. Penekanan ini dibuat atas rasa tanggungjawab , apatah lagi beberapa bulan sebelum ini berlaku kejadian angin ribut yang agak kuat berhampiran kawasan kejadian yang mengakibatkan hampir 20 ekar pokok-pokok balak dihutan berhampiran rosak teruk. Kejadian ini berlaku berhampiran Perkampungan Tekir, Labu atau lebih jelas boleh kelihatan kesannya hingga kini jika kita melalui Lebuhraya PLUS Seremban Nilai berhampiran Hentian R & R.

11. Jadi, kita minta Adun Labu, Datuk Hasin Rusdi supaya lebih Rasional dan jangan cuba mengalihkan isunya yang sebenar. Ini bukan soal politik. Ini adalah MASALAH SDR, PIHAK YANG ADA KUASA, BERKEPENTINGAN DAN DI BERI AMANAH, LALAI DAN CUAI DALAM BERTINDAK MELAKUKAN TANGGUNGJAWAB YANG SEPATUTNYA..


Image may contain: 1 person
No automatic alt text available.

Top of Form
Bottom of Form

No comments:

Post a Comment