Thursday, July 14, 2016

JEJAK ASNAF BERSAMA PENGERUSI KEADILAN NS DI KG SERI BAHAGIA, SENAWANG / TTJ

Kg Seri Bahagian , Senawang, PARLIMEN RASAH

Sangat menyedihkan... Kampung Melayu, penduduk Melayu, anak-anak-anak melayu....terletak ditengah-tengah kepesatan kawasan bandar senawang dan kawasan industri. yang majoritinya melayu... tapi menyedihkan, tiada bekalan air terawat walaupun dibekalkan kemudahan elektrik. Mereka bagaikan segerombolan melayu yang dipinggirkan di bumi melayu , negerinya sendiri.

Kalau mengikut alasan SAINS, tanah yang diterokai oleh penduduk disini adalah milik orang lain ( Kerajaan Negeri ), jadi mereka tidak boleh sewenangnya memasang tanpa kebenaran pemilik.

Kebetulan semasa program Jejak Asnaf bersama Pengerusi Keadilan Negeri Sembilan merangkap Adun Sikamat, Yb Tn Hj Aminuddin Harun, rata-rata mereka yang masih tinggal disitu seramai 15 keluarga  adalah peneroka asal yang suatu ketika dulu seramai lebih kurang 90 keluarga. Sebahagiannya bila ditanya, Ada yang datang dan berasal  dari Labu.. Chuah dan Rantau. Mereka mengakui telah hampir 40 tahun meneroka tanah tersebut..

Menurut satu sumber, telah ada usaha untuk memohon tanah tersebut. Tetapi tidak tahu mana salah silapnya.... (dengarnya ada pihak-pihak berkepentingan campur tangan )... hingga kini penduduk terabai... dan dalam ketakutan... bila-bila masa mereka akan dihalau atau diminta keluar...Lebih menyayat hati mereka berkongsi  beberapa perigi buatan sendiri. Kala hujan, air keruh. Lebih menyedihkan, perigi tersebut bersebelahan dengan kawasan pagar sebuah Pusat Penyembelihasn milik agensi kerajaan.

Ceritanya macam  Cerita Kg Manggis, Pulau Pinang. Tapi kononnya di sana  diabaikan oleh kerajaan Cina DAP. Tapi di Negeri Sembilan, ...... negeri melayu bertuankan UMNO.

Kesempatan bersama Yb Aminuddin  di Kg tersebut, bukan setakat tiadanya bekalan air terawat, jalannya berbatu-batu kerana tidak di Tar. Kiri-kanan jalannya pula penuh semak samun selain kebanyakkan rumah-rumah bagaikan, menunggu masa menyembah bumi... Ada bumbung dapur penduduk beralaskan langit ... menyedihkan penduduk Melayu ini... terabai di negeri sendiri.

Semasa lawatan bersama Yb Aminuddin itu , kami sempat bertemubual dengan salah seorang nenek yang tinggal keseorangan, Nenek tersebut menangis tersedu-sedu semasa menerima sedikit sumbangan dari Yb Aminuddin. Hati saya juga diheret kesedihan melihatkan kepayahan dan penderitaan yang nenek ini alami seusianya sekarang. Amat menyedihkan lagi, kerana nenek ini adalah nenek Melayu dan beragama Islam yang akan menyambut Hari Lembaran pada  keesokkan harinya.  Kita maklum, sedikit sumbangan itu tidak dapat menukar status mereka, namum amat bermakna buat nenek tua itu.

Sudah sampai masanya, Kerajaan Negeri UMNO,  di bawah Menteri Besar nya, Dato Seri Mohammad Hassan memberi pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya dengan rakyat melayu di Kg Seri Bahagia ini... Kampung sahaja nama bahagia.... hakikatnya,  nun di sana penduduknya penuh derita, sensara seolah menunggu  buah yang di gam tak jatuh. Berilah peluang mereka memiliki tanah ... setidak-tidaknya kita menjunjung wasiat ke-2  Raja Melayu yang berbunyi....

 " Kami istiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain 
gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan
 Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu
 rebutlah bersama-sama kaum lain "

Dato Hasim Rusdi juga selaku Ketua Bahagian Rasah boleh memainkan peranan dalam menyelesaikan dan membela untuk penduduk  Melayu Kg Seri Bahagia ini untuk memiliki tanah. Ini kerana   Kg Seri Bahagia ini difahamkan  berada  dalam salah satu cawangan UMNO dalam Bahagian Rasah, yang Dato Hasim Rusdi adalah Ketua Bahagiannya sekarang. Mereka hanya menuntut tanah untuk didiami sahaja, paling banyak pun seekar dua..... bukan berpuloh ekar atau  beratus ekar seperti  permohonan  " segelintir"  yang lain. Tambahan, beliau selaku salah seorang Exco kanan di Kerajaan UMNO di Negeri Sembilan, sudah tentu banyak perkara yang boleh dibantukan oleh beliau... Persoalannya...  "Serious"kah Menteri Besar atau Dato Hasim untuk memberi belas kasihan  , sebidang tanah kepada penduduk-penduduk Melayu Kg Seri Bahagia di kala    nilai tanah di situ dan sekelilingnya telah menjadi "emas" yang sedang diintai oleh banyak pihak yang berkepentingan.

Kesimpulannya, hampir 2 jam Program Jejak Asnaf, bersama-sama wakil penduduk  berjumpa  penduduk kg Seri Bahagia... terungkai seribu satu macam kesukaran, pengabaian dan ambil-mudah tentang nasib dan masa depan yang ditangggung oleh mereka... Cuma mereka masih mampu tersenyum.... namum agaknya hati penuh derita dan kekecewaan.... seolah... merekalah MELAYU yang dipinggirkan ! Ingin Ku tanya di manakah sembunyinya Pejuang-Pejuang Melayu untuk membela mereka... esokkah, atau lusa...mungkin minggu depan ataupun mungkin bulan depan...... atau hanya tinggal kenangan kerana hayat mereka telah dipanggil ilahi terlebih dahulu





























4 comments:

  1. Sampai sekarang pon takde kesudahan takde pihak yang mahu membantu..sehingga sekarang terdengar ura2 ade yang menyatakan tanah itu telah dibeli oleh pihak luar..mana lah kami nak dudok nak pindah bila di halau pemilik nanti..

    ReplyDelete